Posts

Blog masih penting

Blog masih penting

Kumulakan catatan malam ini dengan lafaz Bismillah dan selawat ke atas baginda Rasul S.A.W. Sungguh tidak kusangka. Password blog yang ku hafal selama ini luput daripada ingatanku. Yang ada cuma password untuk admin. Jadi aku tidak lagi dapat mengubah preferences dan setting asas yang lain kecuali sekadar menambah post baharu ke dalam blog Mujahadah Menuju Taqwaku ini. (https//:www.mmt86.blogspot.com) ku ini... Dalam pada itu aku masih berharap agar blog yang telah ku aktifkan sejak 2006 ini masih dapat bernafas segar jika aku kembali mendapat password blog yang hilang itu..moga hendaknya..

Ku dapat rasakan netizen di luar sana masih sangat mendambakan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada mereka yang ikhlas dan ingin membantu sesiapa sahaja. Aku sangat berharap dapat menjadi sebahagian daripada mereka dengan apa sahaja ilmu dan perkongsian secara percuma yang dapat membantu menyelesaikan masalah insan lain. Sebab apakah aku berasa begitu? Pasti disebabkan oleh…

Blog Vs Facebook?

Bismillahirrahmanirrahim
 Alhamdulillah. Malam ini anakku semua tidur semua menjelang 01:16 pagi. Isteriku memang dari tadi lagi. Tinggal aku seorang sahaja lagi sambil layan era.fm. Awak kat mana? Awak-awak kat mana? ...hmmm... lagu malam minggu memang makin rancak bila makin larut. Kalau fly.fm lagilah kan.

 Sebenarnya aku merancang untuk mengaktifkan blogku seaktif mungkin. Akan tetapi kini orang kurang melayari blog lagi. Kebanyakan dari kita lebih minat facebook, twitter, whatapps, telegram dan instagram. Era blog makin suram. Tak kisahlah. Lain padang lain belalang. Lain orang lainoah ragamnya. Cuma masalah utamaku adalah untuk berblog secara offline dengan konsisten walaupun tiada capaian akses internet di samping ketiadaan pengetahuan terkini atau seumpamanya yang amat disukai dan diperlukan penggemar blog.

 Kini kita ada facebook page #PenMerahdotcom, #SiakapKeli, #TheVocket, #TheRed Warriors, #AmranFans, fan page #HafizHamidun, #NurFazura dan banyak lagi yang digilai oleh re…

Something nice to be shared.

I so thankful because just now I managed to eat some cookies with a cup of tea together with Nasrullah, my only son. That's just after I hang up some garments outside and swept some debris in front of home.

Nasrullah still doesn't want to sleep and keep playing on his own. His sister already has her nap just now. And now he actively want me play with him even he know I'm doing something with my smartphone. The clock shows 15:39 hour, and I do nothing except what I have done before. I know that I have to find new job to replace what I have released last week. The subtitle editor post at I-Yuno Malaysia Sdn. Bhd. Without wasting my time to think about it anymore, now I'm focusing to new application which I did last two days.

An application as science officer at Institute of Oceanography and Maritime Studies (INOCEM), fully under International Islamic University of Malaysia (IIUM). Since it is located in Kuantan, I'm really hope if I could get hired. Even though the p…

Pasca Peperiksaan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dalam entri sebelum ini di blog www.ridhzmi.blogspot.com aku  ada menyelitkan maksud ayat Al Quran berkenaan rezeki. Untuk tatapan pembaca maksud ayat tersebut adalah "Dan tiadalah makhluk yang melata di bumi melainkan Allah S.W.T lah yang menentukan rezekinya." Sejajar dengan mesej yang Allah cuba sampaikan, aku perlu yakin yang rezeki sekecil-kecil atau pun selemah-lemah haiwan pun Allah sediakan. Inikan pula aku. Aku perlu percaya yang rezekiku telah tersedia dan tercatat di Lauh Mahfuz sejak azali lagi. InsyaAllah aku dan keluargaku takkan mati kebuluran selagi aku berusaha gigih mencarinya sambil menyerahkan keberhasilannya kepada Allah. Dialah Allah yang Maha Pemberi Rezeki.

Dalam tempoh enam tahun belakangan ini banyak perkara dan benda dah berlaku padaku dan orang seklilingku. Banyak tempat dah aku jejaki selain daripada pengajaran yang aku perolehi. Dari Kuala Terengganu ke Kuala Krai, dari Gua Musang hingga k…

Kerja oh kerja.

Persediaan exam PTD.

http://ridhzmi.blogspot.com/2014/10/teruskan-persediaanmu.html?m=0
Teruskan persediaanmu

Semakin berkurang

Image
Aku mengambil lampin pakai buang untuk disalin pada anak sulungku, Muntasirah. Melihatkan bakinya yang makin berkurang, aku memandang ke dalam diriku. Walaupun aku sering melakukan dosa samada dalam keadaan sedar atau tidak sebenarnya umurku jugamakin berkurang. Kedua-dua ahli keluarga terdekatku telah pergi menghadap Ilahi dalam dua tahun belakangan ini. Abahku, yang meninggal disebabkan haemorrhage atau pendarahan selepas kemalangan dan abang Ngahku, akibat terminum racun rumpai. Allah. Entah bila giliranku. Kini, aku sendiri telah memiliki tiga orang anak hasil hubungan kami sepanjang lima tahun perkahwinan. Alhamdulillah, itu oun rezeki yang tidak ternilai di sisiNya.

Assalamualaikum semua

Hai, lama saya tidak mengemaskini blog ini. Sedar tak sedar dah masuk bulan April 2014 rupanya kita. Andai malam ini saya dijemput ke rahmatullah, tolonglah maafkan salah silap saya yer semua. Ok, Assalamualaikum.