Posts

Showing posts from January, 2007

BaNjir di Johor Darul UMNO!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim... Kumulakan bicara hati ini dengan sepotong ayat Al qur'an yang mafhumnya berbunyi begini: " Telah zahir segala kerosakan di bumi dan di laut disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang jahat untuk kami merasakan sedikit bagi mereka bagi apa yang telah mereka lakukan...." Alhamdulillah, semalam Ceramah Perdana selamat dijayakan di Masjid Rusila, Marang Terengganu, Malaysia. Ku bersyukur kepada Allah kerana terpilih untuk sama-sama mengikuti majlis ilmu itu( bukan sekadar ceramah politik yang kosong). Dengan dipengerusikan oleh seorang ustaz yang tak sempat ku catit namanya, majlis itu menjadi bertambah hebat dengan kehadiran Presiden PAS sendiri iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang dan juga Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Datuk Dr. Mahfudz bin Mohd. Selain itu Ustaz Mazlan Aliman yang merangkap Naib Ketua Pemuda PAS Pusat dan Ustaz Azman Shapawi yang malam ini baru ku kenal sebagai Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu juga hadir untuk lebih