BaNjir di Johor Darul UMNO!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Kumulakan bicara hati ini dengan sepotong ayat Al qur'an yang mafhumnya berbunyi begini:
" Telah zahir segala kerosakan di bumi dan di laut disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang jahat untuk kami merasakan sedikit bagi mereka bagi apa yang telah mereka lakukan...."

Alhamdulillah, semalam Ceramah Perdana selamat dijayakan di Masjid Rusila, Marang Terengganu, Malaysia. Ku bersyukur kepada Allah kerana terpilih untuk sama-sama mengikuti majlis ilmu itu( bukan sekadar ceramah politik yang kosong). Dengan dipengerusikan oleh seorang ustaz yang tak sempat ku catit namanya, majlis itu menjadi bertambah hebat dengan kehadiran Presiden PAS sendiri iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang dan juga Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Datuk Dr. Mahfudz bin Mohd. Selain itu Ustaz Mazlan Aliman yang merangkap Naib Ketua Pemuda PAS Pusat dan Ustaz Azman Shapawi yang malam ini baru ku kenal sebagai Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu juga hadir untuk lebih mendetailkan lagi keadaan sebenar yang berlaku di Johor.
Dahsyat........Cukup dahsyat banjir yang berlaku di Johor ..Itulah kesimpulan yang dapat ku ambil daripada penerangan daripada mereka semua.
Bayangkanlah, hujan yang sangat lebat turun pada 17 Disember2006 lalu dan dalam tempoh 48 jam selepasnya daerah Segamat ditenggelami air sekelip mata. Sehingga kini( 24Januari 2007) 'Banjir Termenung' di negeri yang paling kuat ke'UMNO'an nya di dunia itu masih tetap termenung. Bala apakah ini sehingga Allah menjadikannya sebegitu rupa. Insaflah kita semua wahai umat Islam, bersama-samalah kita menyokong jemaah yang ingin mendaulatkan Islam di bumi Allah ini.
Sekian, untuk maklumat lanjut sila emel kat sini: ridhuan_525@yahoo.com

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?