Posts

Showing posts from November, 2008

Sejenak bersama Due..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Ku mengajak diriku dan para pengunjung sekalian, agar, bersama-sama kita berterima kasih kepada Allah atas segala nikmatnya untuk hari ini dan yang sebelum ini. Semoga limpahan nikmat itu menandakan cinta dan kasih Pencipta kepada hambaNya..Amin. Setelah beberapa lamaku memencil diri, hari ini, walaupun aku dah plan nak balik rumah terus lepas habis kerja-kerja kat makmal tadi namun takdir Allah melangkaui kehendakku. Aku melencong ke pejabat Dr Din dan terus mengambil sedikit ruang waktu yang ada untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja tentang aktivitiku sehari dua nie. Hari Khamis yang lepas, aku diuji dengan demam yang menjadikan tubuhku begitu longlai dan tidak 'rhok'(=larat). Aku bersyukur kerna dengan demam ini, mudah-mudahan dosa-dosa kecilku bakal terampun. Namun , memang tabiat nafsu ammarah, tengah2 demam pon mata still cam biase. Pantang lalu makcik tua, fuuuhh...memang langsung tak tengok walau sebelah mata.