Posts

Showing posts from November, 2007

Pasang surut perjuangan Islam( Tidal changes of Islamic struggling)

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Khutbah Jumaat Masjid At Taqwa Bt. 6 23 November 2007 Ustaz Ayub Isi-isi penting: Taqwa: sebaik-baik bekalan untuk ke akhirat. Islam punya pasang surutnya. Bukan sahaja pada zaman ini, bahkan sejak dari zaman Nabi-Nabi terdahulu termasuklah Nabi Muhammad kita yang tercinta. Umat Islam pernah berjaya dalam Peperangan Badar tetapi mendapat ujian dan musibah dengan kekalahan dalam peperangan Uhud. Umat Islam pernah mengalahkan kaum kuffar dalam Fathul Makkah namun gagal dalam Peperangan Hunain. Di bawah pimpinan Salahuddin Al Ayyubi, Islam pernah menawan kembali Baitul Maqdis, namun akhirnya kembali jatuh ke tangan puak-puak Salib. Justeru janganlah gentar, janganlah takut. Ayuh terus mara bersama-sama agama Allah. Islam kan pasti kembali berada di atas. Dr Yusuf Al Qardawi ketika dalam Hospital baru-baru ini kerana sedikit serangan jantung. (During his convalescence, Sheikh Qaradawi will put the final touches on his new book "F

Bertasbihlah...

Image
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Hari ni siap sudah aku menjalani exam final untuk sem 5. Perjuangan takkan selesai, masih terlalu banyak dugaan, masalah dan cabaran yang menanti. Ape pun, aku perlu pastikan semua itu dilalui bersama keredhaan Ilahi dan selaras dengan ajaran dari Rasul Junjungan. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas dan minggu ini. Antraranya peristiwa yang menggegarkan negara dan seluruh dunia yang memerhatikan Malaysia, iaitu peristiwa Perhimpunan Raksasa anjuran BERSIH seramai lebih dari 100,000 orang di sekitar Dataran Merdeka. Perhimpunan yang bertujuan untuk mendesak kerajaan supaya memembersihkan semula sistem pilihanraya Malaysia yang semakin parah dan teramat pincang. Aku terkilan kerana tidak dapat menyertai perhimpunan itu yang nyatanya amat bernilai bagi seorang yang ingin memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi ini. Hari ini , genap 12 hari sudah perhimpunan itu berlalu. Namun apa tindakan oleh kerajaan Islam Had

Takutlah pada Allah.

In the name of Allah The Most Gracious and Merciful Khutbah(Talk) of Batu Enam Mosque 26th October 2007 Ustaz Abu Bakar Abdullah All praise just for Allah. Be a true believers ( muttaqin) Taqwa adalah satu-satunya bekalan kita dalam menempuh kehidupan yang sementara sebelum menemui hari yang kekal selama-lamanya. Beruntunglah orang-orang yang menggunakan kesempatan yang masih berbaki ini untuk mencapai darjat ketaqwaan yang ditawarkan oleh Allah dalam promosi besar-besaranNya di dalam Al Qur’an. Akan tetapi kebanyakan manusia selalu menyia-nyiakan kesempatan itu dengan membazirkannya pada jalan yang akan membawa kerugian, apatah lagi penyesalan yang tak berpenghujung. Bibir ini amat mudah membicarakan harapan yang ingin dicapai untuk memilik syurga Allah walhal bayaran yang diperlukan tidak setimpal dengan usaha dan bekalan yang dibawa. Alangkah malangnya…..