Posts

Showing posts from December, 2007

Demi Waktu

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamadulillah, pada malam ini aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk berceloteh dalam blogku ini, meski tidak sehebat mana, namun aku tetap wajib bersyukur kerana nikmat ilmu dan kemampuan ini hanya Allah sahaja yang boleh bagi. Dari pagi tadi sampailah ke saat ini aku masih bermukim di makmal biodiversiti ni meneruskan kesinambungan projek tahun akhirku. Segala puji-pujian bagi Allah. Hari ini aku dapat men'dissect' kurang lebih sepuluh ekor ketam(fiddler crab) dan dapat juga untuk membuat analisis TLC. InsyaAllah aku yakin dapat selesaikan semua ini dengan lebih cepat an sempurna. Aku ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama. Ianya berkenaan CINTA. Cinta Akhirat Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih mengurniakanku segala kudrat dan iradat yang dengannya menjadi asbab untukku meneruskan baki umurku di dunia yang fana ini. Tidak lain dan tidak bukan untukku mencari perbekalan buat kehidupan di akhi