Posts

Showing posts from November, 2009

HidayahMu yang kudambakan...

Oh Tuhan, terima kasih atas segalanya. Nikmat iman dan Islam yang Engkau kurniakan amat bererti buatku. Siapalah aku di dunia ini tanpa Islam yang Engkau bekalkan bagiku. Jumaat lepas aku berkesempatan untuk mendengar khutbah daripada anak kepada Tuan Guru Haji Abdul Rahman (pengasas Pondok Sungai Durian, Kuala Krai). Alhamdulillah, amat berisi, padat dan menyentuh lubuk sanubari. Huraian tuntas daripadanya berkenaan rasuah melumatkan lagi kefahamanku tentang topik 'hot' itu. Kalau di masjid di bawah seliaan negeri jajahan U-BN, confirm tak dibenarkan. Kenapa tidak, tidak benarkan menyentuh hal2 politik dalam masjid. Kerana masjid hanya untuk tempat solat, berzikir, berwirid, qiamullail, membuat maulid, solat terawih, solat hari raya dan seumpamanya. Tidak labih daripada itu. Kalau sentuh politik dan perkara berkaitan, TAK BOLEH. Diulangi, TAK BOLEH. Bahkan mungkin berdosa besar. Malaikat 'SB' boleh datang, sumbat dalam neraka ISA KAMUNTING. Kekal lah kat situ selama-l