Posts

Showing posts from 2010

Allah Maha Hebat

‘ La hau lawala quwwata illa billa hilalaliyyil aziim’ Tiada daya dan upaya melainkan milik Allah s.w.t. Ape yang aku nak tulis sangat petang ni adalah berkaitan tentang perlunye seseorang itu mengimani bahawa semua yang berlaku atas dunia, baik buruk adalah ketentuan Allah jua. Aku sendiri tidak boleh menentukan apa yang akan berlaku sehari-hari dalam hidup aku. Zikir di atas mengandungi ribuan makna tersirat dan khasiat. Bacalah selalu dan selamilah hikmah di dalamnya daripada muallim/ guru yang muktabar. “ Dan Allah lah yang menjadikan kamu dan yang kamu kerjakan” As Saffat : 96

Bumi Cinta

Image
Bismillahirrahmanirrahim Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Seminggu dua ni aku asyik menghabiskan masaku dengan membaca novel terbaru karya Habiburahman El Shirazy, seorang novelis terkenal Indonesia saat ini. Novel terbaru beliau itu iaitu ‘Bumi Cinta’, mengisahkan sekelumit kehidupan seorang jejaka tampan yang diberi watak Muhammad Ayyas yang sedang membuat kajian tentang sejarah Islam di Rusia. Bakal pemegang sarjana itu telah menempuh pelbagai onak dan liku dalam tempoh sebulan dia berada di negara yang dahulunya dikenali sebagai Soviet Union itu. Penulis cuba menyampaikan bagaimana dahsyatnya ujian keimanan di sebuah negara bebas yang menghalalkan segala perkara termasuklah seks bebas, gay dan seumpamanya. Aku amat kagum dan akan sentiasa takjub dengan mutu novel yang telah dikarang oleh penulisnya. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati usahanya selama ini. Ameeen… Kali ini aku terasa ingin mengupas soal pornografi dan seks bebas yang

Blog bisnes baruku

Sempena bulan Ramadhan ni aku lancarkan blog bisnes. Entah siapa la yang beruntung untuk turut sama join bisnes nie... Ni alamatnyer... www.ridhzmi.blogspot.com

FIFA World Cup vs Allah's Jannah Cup

FIFA World Cup dah habis. Sekarang ade lagi international grand event yang akan berlangsung. Dah makin dekat dah. So bersedia lah untuk beramal sesungguh-sungguhnyer. Hihi.. Aku dah join satu bisnes baru. Besh bangat. Nama die bisnes produk kesihatan Transfer Factor keluaran 4Life Research Sdn Bhd. Meh la join ramai2 . Rugi kalo x join. Die bukan macam bisnes lain n setakat ni terbaik antara yang terbaik.... Jom explore. http://www.4life.com/ http://zaki.winners4life.net/ Berniaga itu ibadah.

Menjelang Ramadan

Image
Salam sume. Ramadhan dah makin dekat. harap2 sume dah bersedia untuk menyambut kedatangan bulan yang penuh berkah itu. Tahun lepas adalah Ramadhan pertama aku bersama isteri dan mertua. Tahun ni aku harap aku dapat merebut, meraih, mengekstrak pahala sebanyak mungkin. Hari ni dah 19 Rejab. Maknanya tinggal 40 hari lagi nak puasa. Yang masih ade yang kena qadha tu cepat2 lah qadha yer. InsyaAllah niat yang baik pun Allah dah kira. Selamat berpuasa semua.

Syukur itu segala-galanya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang telah menciptakan segala sesuatu dan memenuhi setiap keperluan makhluk-Nya. Oh Tuhan sungguh hamba-Mu ini termasuk golongan 99%. Golongan yang tidak dan kurang bersyukur padaMu. Ya Allah, apekah yang telah ku lakukan terhadap isteriku. Alangkah besarnya dosaku padanya. Azami isteriku, maafkan abang ye sayang. Abang janji, abang akan jadi suami yang soleh serta lebih bertanggungjaawab. InsyaAllah. Sungai Embak, Kuala Krai (24 Mei 2010) 08:54 pagi.

Wahai anak muda, jangan persia-siakan usia mu

Bismillahirrahmanirrahim Ku mulakan bicara jiwang ini untuk berkongsi mungkin ilmu atau leteran atau ngomelan. Terpulang kepada sesiapa yang membacanya. Frasa utama yang ingin kugunakan adalah ‘kerja’, ‘duit’, ‘kemalasan’, ‘tawakal’, ‘lemah semangat’, ‘trauma’, ‘kesabaran’. Aku sekarang tidak punya mata pencarian. Justeru itu menyebabkan aku memerlukan sesuatu untuk mendapat uang. Mungkin aku dikuasai oleh kemalasan. Mungkin aku sudah lemah semangat untuk memohon kerja baru yang tidak kunjung tiba. Mungkin aku sudah dilanda trauma akibat tertipu tahun lalu. Namun kesabaran tetap menjadi tumpuan utama. Aku sememangnya malas. Tapi aku tahu aku punya tanggnungjawab yang amat besar sekarang. Aku sudah beristeri. Aku sudah mencecah umur 24 tahun. Aku punya ayahanda dan bonda yang sudah tua. Aku juga punya tiga orang adik lelaki yang masih belajar. Oh… Allah. Aku bukanlah terlalu malu untuk berkerja walau pun bergaji kecil, akan tetapi aku seringkali tewas dengan keegoanku. Ya Allah, mengapa

Dari Mimbar Ar Rahman

Maulidurrasul Di Ambang Senja VS Infiniti -‘Orang yang bakhil itu adalah apabila ada disebut namaku, dia tidak berselawat ke atasku’ (mafhum Hadis Nabi) - Tanda utama kecintaan seseorang terhadap Nabi Muhammad adalah amalannya yang 100% menurut sunnah atau perjalanan hidup Rasulullah S.A.W. - Barat telah menghina Rasul. Contoh, Denmark dengan karikatur Rasululullah yang dipapakikan serban berserta bom di atas kepala. Belanda pula dengan filem ‘Fitna’, hasil jahat Geert Wilders. Dari Switzerland pun ada. si celaka itu melukis gambar nabi kita dengan berbadankan 'dog'. Astaghfirullah. Apa reaksi kita? - Jangan biar ingatan kita kepada Rasulullah sekadar ingatan kepada rakan sekerja, sekadar ingatan terhadap adaik-beradik atau kepada George Bush. Tapi biarlah ingatan kita kepada baginda adalah ingatan terhadap insan yang menjadi perantaraan wahyu. Ingatan kepada yang telah mengembalikan manusia daripada alam jahiliah kepada alam Islam yang penuh cahaya.

Menjadi guru yang sempurna

Image
1. Ntah kenapa hari ni tangan terasa ringan sahaja nak tulis blog. mungkin sebab nak guna peluang sebaik-baiknya sementara dapat online kat Hotel Usaha ni. Isteriku masih meeting di Tabika Bandar Gua Musang. Alhamdulillah. Aku berkenan untuk letak satu entri yang harap2 ku bermakna untuk semua orang. 2. "Menjadi guru yang sempurna' Tajuk ini muncul di kepalaku tatkala aku merenung ke dalam diriku mengapa aku begitu berat untuk memohon untuk menjadi guru sebelum ini. Padahal aku pernah beli no pin DPLI yang berharga RM 20 lebih, pernah cuba pergi exam M-Test dan tahun ini, sekali lagi membeli no Pin KPLI. Mungkin bulan 3 nanti pihak pengurusan M-Test akan suruh print salinan slip exam M-Test di internet. apa jua sekali pun aku tetap akan cuba. Nak tahu kenapa, tak de kerja punya pasal la. Hakikatnya rezeki yang Allah sediakan sudah termaktub di Luh Mahfuz. Cuma tinggal aku yang berusaha untuk mencari nya. Ape kan daya, taraf maqam asbab. Golongan 'awwam' kalau mengikut

Aku dan isteri...

Image
Duhai isteriku, Senyum tawamu pengubat dukaku... -Muhamad Ridhuan & Azami

Do you a smoker?

Terasa ingin merokok semula -Fatimah Abadullah Bekas Pelajar aliran Agama Dulu semasa di sekolah berasrama penuh, keitka tingkatan lima saya menghisap rokok. sesekali apabila teringatkan perangai lama, saya ada juga perasaan teringin untuk merokok kembali tetspi memandangkan ia bukanlah imej muslimah sejati, saya segera lupakan dan padamkan hasrat itu. Renung-renungkan. (sumber: Utusan Malaysia Isnin 18 Januari 2010 muka 9)

mari ber'facebook'.

salam, guna teknologi untuk dapat redha Allah.