Bumi Cinta


Bismillahirrahmanirrahim


Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Seminggu dua ni aku asyik menghabiskan masaku dengan membaca novel terbaru karya Habiburahman El Shirazy, seorang novelis terkenal Indonesia saat ini. Novel terbaru beliau itu iaitu ‘Bumi Cinta’, mengisahkan sekelumit kehidupan seorang jejaka tampan yang diberi watak Muhammad Ayyas yang sedang membuat kajian tentang sejarah Islam di Rusia. Bakal pemegang sarjana itu telah menempuh pelbagai onak dan liku dalam tempoh sebulan dia berada di negara yang dahulunya dikenali sebagai Soviet Union itu. Penulis cuba menyampaikan bagaimana dahsyatnya ujian keimanan di sebuah negara bebas yang menghalalkan segala perkara termasuklah seks bebas, gay dan seumpamanya. Aku amat kagum dan akan sentiasa takjub dengan mutu novel yang telah dikarang oleh penulisnya. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati usahanya selama ini. Ameeen… Kali ini aku terasa ingin mengupas soal pornografi dan seks bebas yang sudah menjadi budaya dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia kini.
Pornografi adalah ujian keimanan buat hamba-hamba Allah yang beriman. Sebaliknya menjadi candu bagi yang bertuhankannya. Mohon dijauhkan. Aku adalah lelaki yang tidak terlepas daripada ujian ini. Sudah menjadi fitrah bagi manusia untuk tertarik hati terhadap sesama sendiri. Ini kerana Allah sudah ciptakan setiap benda di alam ini berpasang-pasangan dan saling memerlukan. Tiada yang hadir tunggal, tanpa pasangannya. Di mana ada lelaki, di situ ada perempuan. Di mana ada langit di situ ada bumi. Itulah sunnatullah yang wajib difahami oleh orang yang berakal. Namun tabiat manusia yang suka menyalahi fitrah itulah yang akhirnya memakan diri sendiri. Banyak punca-punca yang mendorong kepada penularan ‘wabak’ ini. Punca utama adalah akibat daripada keengganan pemerintah dan rakyat melaksanakan hukum hakam Islam di bumi Allah. Apabila hukum hakam Islam ditinggalkan maka kemurkaan Allah pasti tertimpa pada sesuatu umat dan mengakibatkan hilang keberkatan dan rahmat Allah ke atas mereka. Akhirnya kejahatan dan kemungkaran tidak dapat dibendung lagi dan hanya kehancuran menanti umat tersebut. Program-program dan rancangan televisyen kerajaan serta swasta yang menjurus ke arah kemaksiatan semakin banyak dianjurkan oleh pemimpin-pemimpin yang namanya Islam pada hari ini. Program Jom Heboh, Gang Starz, Akademi Fantasia, Mari Berdansa, One In A Million atau apa sahaja namanya semakin digemari oleh masyarakat Islam di Malaysia hari ini.
Selain itu lambakan pornografi di internet juga menyebabkan generasi umat Islam tika ini terutamanya generasi muda semakin mudah terpengaruh dan ketagih dengan gambar-gambar telanjang wanita di internet. MasyaAllah , apa sudah jadi.

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?