Posts

Showing posts from January, 2008

Tahun paling mendebarkan....2008.

Bismillahirrahmanirrahim, Posse skit... Tahun nie adalah yang paling mendebarkan bagi sesiape sahaja. Nak tahu kenapa? Tanyalah sendiri...huhu... Sebenarnye...tahun nie aku akan bergraduat InsyaAllah, selepas berjaya mengharungi pahit manis selama 3 tahun di UMT nie. Pelbagai onak dan ranjau aku dah tempuhi...Perghh...macam jiwang la plak. Antara orang-orang yang paling berdebar-debar dengan tahun 2008: Pak Leh: Sebab PRU-12 mesti dibuat secepat mungkin. Tok Guru X: Menentukan jatuh bangunnye Parti Qamar. Mak bapak: Bimbang anak-anak akan alami nasib yang sama seperti Nurin @ Syarlinie. Pengguna: BN: Barang naik lagi ke.... Mahasiswa: Bila nak ade p/raya kampus yang adil nie. Artis: Siapa yang akan terus raih anugerah dalam ...hmmm ntah berapa jenis anugerah daaa. Pendidik: Macam mane nak hadapi pelajar-pelajar yang semakin bijak tetapi semakin rosak akhlak. ....Aku rasa cukup r dulu. Nak g solat Asar lak nie...Ok Wassalam.

Wanita Idaman

Alhamdulillah. Pasal semalam. Aku pu tak thu nak tulis ape lagi. Tengoklah lain kali. Wanita Idaman Perempuan yang kami sayangi, Adalah pencinta Tuhannya, Yang mengalir cinta, takut, dan harap. Yang menguasai perjalanan hidupnya, Dari waktu ke waktu, Dari hari ke hari, Sehingga perjalanan di antara, Jasad dan nyawanya berakhir. Perempuan yang kami rindui, Adalah perempuan yang di mata dan di wajahnya, Terpancar sinar nur Ilahi, Lidahnya basah dengan zikrullah, Di sudut hati kecilnya, Sentiasa membesarkan Allah Perempuan yang kami cintai, Yang menutup auratnya, Dari pandangan mata ajnabi, Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya, Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi. Perempuan yang kami impikan, Adalah yang mendekatkan hatinya yang telah jauh, Kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim, Di saat orang lain dilamar kebendaaan Perempuan yang kami kasihi, Yang bersyukur dengan apa yang ada, Yang bersabar pada yang tiada, Cinta pada hidup yang sederhana, Yang tidak bermata benda. Perempuan yang kami s

Blogku untuk hari ini(15 Januari 2008:12:34tgh hari)

Blogku untuk hari ini.(15 Januari 2008) Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku tak tahu lah nak tulis ape kt blogku hari ni. Pasal cinta ke atau pasal aurat. Yang pasti dah ramai tahu pasal ni semua. Sebab ape? Sebab masing-masing dah belajar masa kat sekolah rendah dan sekolah menengah dulu. Takkan ustaz-ustaz dan ustazah kat Malaysia ni tak pernah ajar. Kan terkndung dalam silibus tue... Macam ni lah. Apa kata kita discuss pasal 'TAQWA'. Untuk tajuk nie saya nak ambik tiga ayat Al Qur'an ari Surah al Fatihah. Untuk renungan bersama.... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-1 Segala Puji-pujian Tertentu Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam-2 Tuhan Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-3 Cukup tiga ayat. Cuba kita sama-sama renungi ayat-ayat nie. Ayat-ayat ini merupakan antara tujuh ayat daripada Surah Al Fatihah yang wajib dibaca setiap kali solat dan ia juga terkandung dalam rukun Qouli(=bacaan). Jadi apakah mesej yang Allah cuba sampaik

Nikmat Allah yang banyak...

Diari Trip Memancing Laut Dalam ku 6 Januari 2008 Pergi ke KT, beli alat-alat untuk memancing. Habis dekat seratus lebih.( RM125.00) 7 Januari 2008 Tiada aktiviti berkaitan memancing. Fokus pada kuliah. 8 Januari 2008 Minta Akhi tolong pasangkan tangsi pada spinning reel 9 Januari 2008 Bertolak ke rumah Nur Akhiruddin di Kg Tok Jembal. Bermalam terus di situ kerana nak kejar Subuh berjemaah dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. 10 Januari 2008 Solat subuh berjemaah di Masjid Tok Jembal. Sarapan pagi dengan Zul dan Abang di Warung Roti Canai depan Kem PGA. Bersih-bersih halaman rumah. 1:20 petang- Solat Zohor berjemaah di Masjid Tok Jembal. 1:50 petang-Ke Pasar Basah Pekan Batu Enam untuk beli ikan dan sotong sebagai umpan. Juga sedikit air batu. ≈2:30 petang- Bergerak ke jeti Pak Awang di Pengkalan Datu. ≈3:00 petang-Tiba di Jeti. Timbul masalah bot rosak. Foreman pulak masih belum pulang. Pak Awang mintak member dia tolong gantikan. Hampir-hampir kecewa kerana jika gagal dibaiki