Posts

Showing posts from 2009

HidayahMu yang kudambakan...

Oh Tuhan, terima kasih atas segalanya. Nikmat iman dan Islam yang Engkau kurniakan amat bererti buatku. Siapalah aku di dunia ini tanpa Islam yang Engkau bekalkan bagiku. Jumaat lepas aku berkesempatan untuk mendengar khutbah daripada anak kepada Tuan Guru Haji Abdul Rahman (pengasas Pondok Sungai Durian, Kuala Krai). Alhamdulillah, amat berisi, padat dan menyentuh lubuk sanubari. Huraian tuntas daripadanya berkenaan rasuah melumatkan lagi kefahamanku tentang topik 'hot' itu. Kalau di masjid di bawah seliaan negeri jajahan U-BN, confirm tak dibenarkan. Kenapa tidak, tidak benarkan menyentuh hal2 politik dalam masjid. Kerana masjid hanya untuk tempat solat, berzikir, berwirid, qiamullail, membuat maulid, solat terawih, solat hari raya dan seumpamanya. Tidak labih daripada itu. Kalau sentuh politik dan perkara berkaitan, TAK BOLEH. Diulangi, TAK BOLEH. Bahkan mungkin berdosa besar. Malaikat 'SB' boleh datang, sumbat dalam neraka ISA KAMUNTING. Kekal lah kat situ selama-l

Ilmu dan masa

Salam, Ilmu itu pelita hidup. Masa itu kehidupan. Lengkapkanlah diri kita dengan ilmu, gunakanlah masa yang ada sementara masih berada di dunia yang fana ini..
Image

Foto gempa bumi di Padang, Sumatera Barat Indonesia. MasyaAllah.

Image

Sumber kekuatan mukmin

1.Akidah tauhid 2.Jihad 3.Ukhuwwah

Mari berdoa

Doa 19 Memohon Keimanan Yang Menjadikan Hati Sabar Bila Ditimpa Bala dan Sentiasa Redha Dengan Rezeki Pemberian Allah S.W.T Renungan Setiap manusia yang hidup di dunia ini tidak terlepas dari menghadapi ujian dan dugaan Allah s.w.t. Sesetengah mereka menghadapi ujian atau dugaan Allah s.w.t dengan tenang dan sentiasa sedar bahawa bala ini adalah dari Allah s.w.t, dengan ini mereka terus bersyukur kepada Allah s.w.t terhadap ujian tersebut serta sabar dan menerimanya dengan penuh kerelaan hati. Inilah golongan yang paling cemerlang. Sebaliknya ada sesetengah yang lain pula bila diuji oleh Allah s.w.t dengan keburukan atau bala terus membebel dan menunjukkan reaksi tidak baik terhadap Allah s.w.t bahkan menzahirkan kelakuan yang tidak dapat menerima bala Allah s.w.t yang ditimpakan ke atas mereka. Mereka ini sebenarnya kurang baik, kerana setiap bala yang diuji oleh Allah s.w.t akan digantikan kebaikan bahkan diberikan ganjaran dengan kebaikan. Kenapakah kita selalu merungut dan membebel

Kehidupan berkeluarga dan situasi semasa

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberikanku hidayah dan taufik sehingga ku dapat ‘blogging’ mlm nie. Selawat dan salam atas junjungan tercinta. Berkat kedatanganmulah wahai Rasulullah, kami dapat menghirup udara Islam pada hari ini. Limpahan rahmat dan berkat jua ku doakan buat para mukminin di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia am nya. T idak mudah untuk menjadi seorang suami. Itulah yang kurasakan ketika ini. Isteri adalah amanah Allah buatku. Bukan semata-mata nak bersedap-sedapan. Ku sedar dan perasan bahwa ramai yang telah kecundang dalam meayari bahtera rumahtangga. Apa yang pasti, didikan agama yang mencukupi dan mantap sahaja menjamin kerukunan rumahtanggaku yang ku idam-idamkan selama ini.Jauh dari itu aku perlu memastikan hubungan silaturrahim dengan keluarga baruku terjalin erat dan mesra. A ku juga tak boleh lari dari masalah pengurusan wang yang betul. Jika tak dapat kawal nafsu bertambah-tambah la masalah. Hanya satu yang ku

Virus Selsema BABI, peringatan seterusnya dari ALLAH

Situasi semasa Influenza A (H1N1)(Setakat 28 Julai 2009, jam 8.00 pagi) Kes - Kes Baru: 95 Kes - Kes Import: 0 Kes Jangkitan Tempatan: 95 Kes Kematian: 1 Jumlah Kes di Malaysia: 1,219 dengan 3 kematian. 574 (47%) merupakan kes import dan 645 (53%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,198 kes (98%) telah sembuh hanya 12 kes atau 1% sahaja yang sedang menerima rawatan anti-viral di hospital. Sembilan (9) orang atau 1% sedang menerima rawatan anti-viral di rumah.

Islam itu indah...

Di SK Pulat Gua Musang ini, aku masih diberi hidayah untuk solat, berakhlak dengan akhlak Islam. Pada 10 Jun lalu, aku masih diberi hidayah untuk berkahwin dengan cara Islam. Di Malaysia ini, aku masih berpeluang mengamalkan ajaran Islam walaupun masih banyak yang belum sempurna.

Aku kembali...

Salam ukhuwwah Islamiah dan salam persaudaraan sesama insan. Ambo tok sir kecek banyok kali nie , tapi banyok bendo jugok keno royak sini. Sekat2 de la deh. Beberapa tarikh penting sejak 'hibernasi' ambo dari ruangan maya nie. 1 Jun 2009: Jadi guru kat SMK Mengkebang. 10 Jun 2009: Tarikh perkahwinanku dgn gadis sunti dari Pasir Pekan, Tumpat , Kelantan. 1 Julai 2009: Tarikh lapor diri di sebuah sekolah di Gua Musang. 14 Julai 2009: Aku balik mengundi di Kg. Chuchoh Puteri B, sempena PRK N.41 DUN Manek Urai. 15 Julai 2009 : Aku kat SK Pulat. Esok nak balik jmpe istri dah. Huhu2...

Suka duka semanis madu, sepahit hempedu...

Alhamdulillah, assalamualaikum semua. Kpd yg sering mengunjungi blog ini salam syang, salam rindu kepada semua. Moga2 saat2 yang masih berbaki ini akan diisi dengan benih-benih iman, taqwa and amal soleh, buat perbekalan padahari yang tiada nilai wang ringgit dunia, tiada nilai hubungan kekeluargaan yang erat dan tiada nilai teman taulan sehati sejiwa. yang ada hanyalah amalan sendiri untuk dipersembahkan kepada yang maha Esa secara direct tanpa apa-apa perantaraan sebagaimana amalan di dunia dahulu yang diserahkan bulat-bulat kepada dan keranaNya. Mudahan-mudahan Allah akan memberkati kita selalu dan memberikan yang terbaik untuk Islam. Bangunlah wahai diriku dan semuanya, kita jungjung Islam ynag semaikn diijnak-injak oleh kaum kuffar sejak sekian lama.
Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang. Alhamdulillah, inign ku panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kpd Allah yang masih memberikanku segala nikmat yang tidak kan mungkin dpt kuhitung. Kpd pelawat yg setia, maaf kerna daku tidak punya byk masa dan peluang untuk terus aktif blogging. Terlalu byk isu untuk diulas dan dkongsikan. Isu persekolahan, isu umat Islam, isu negara, isu politik tanah air, isu ekonomi global yang makin merudum, isu gejala sosial dan jenayah... dan bermacam-macam isu lah. Ape-ape pun sbg seorang hamba kdp Tuhannya , kita hadapilah semua ini dengan panduan Al Qur'an dan pertimbangan akal yang waras. Wassalam.

Assalamualaikum sir....

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah , yang telah memberikan sedikit kesempatan kepadaku untuk menulis sedikit pada pagi ini. Sudah agak lama aku tak blogging. Hari ini, aku muncul sebagai salah seorang yang memikul beban amanah dan tanggungjawab yang sangat besar. Amanah sebagai seorang pendidik. Semoga aku dapat menjadi pendidik harapan agama dan bangsa. Amin....
Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Syukur ke hadrat Allah yang masih memberikanku kesempatan untuk mengecapi nikmat Iman dan Islam sebagai hambaNya di bumi ini. Gambar di atas diambil masaku pergi kat masjid Pengadang Baru, sempena perhimpunan sempena memperingati Intifadah Palestin. Erm...tue je la dulu..