Kehidupan berkeluarga dan situasi semasa


Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberikanku hidayah dan taufik sehingga ku dapat ‘blogging’ mlm nie. Selawat dan salam atas junjungan tercinta. Berkat kedatanganmulah wahai Rasulullah, kami dapat menghirup udara Islam pada hari ini. Limpahan rahmat dan berkat jua ku doakan buat para mukminin di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia am nya.

Tidak mudah untuk menjadi seorang suami. Itulah yang kurasakan ketika ini. Isteri adalah amanah Allah buatku. Bukan semata-mata nak bersedap-sedapan. Ku sedar dan perasan bahwa ramai yang telah kecundang dalam meayari bahtera rumahtangga. Apa yang pasti, didikan agama yang mencukupi dan mantap sahaja menjamin kerukunan rumahtanggaku yang ku idam-idamkan selama ini.Jauh dari itu aku perlu memastikan hubungan silaturrahim dengan keluarga baruku terjalin erat dan mesra.

Aku juga tak boleh lari dari masalah pengurusan wang yang betul. Jika tak dapat kawal nafsu bertambah-tambah la masalah. Hanya satu yang ku harapkan, rezeki yang berterusan dari Allah dan usaha gigihku dalam meneruskan pelayaran ini.

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?