Posts

Showing posts from August, 2014

Semakin berkurang

Image
Aku mengambil lampin pakai buang untuk disalin pada anak sulungku, Muntasirah. Melihatkan bakinya yang makin berkurang, aku memandang ke dalam diriku. Walaupun aku sering melakukan dosa samada dalam keadaan sedar atau tidak sebenarnya umurku jugamakin berkurang. Kedua-dua ahli keluarga terdekatku telah pergi menghadap Ilahi dalam dua tahun belakangan ini. Abahku, yang meninggal disebabkan haemorrhage atau pendarahan selepas kemalangan dan abang Ngahku, akibat terminum racun rumpai. Allah. Entah bila giliranku. Kini, aku sendiri telah memiliki tiga orang anak hasil hubungan kami sepanjang lima tahun perkahwinan. Alhamdulillah, itu oun rezeki yang tidak ternilai di sisiNya.