Posts

Showing posts from October, 2006

Mufti Perak Dicabar Lagi

" Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, kelak kamu akan disentuh oleh api neraka" mafhum firman Allah. Artikel dlm Bernama online 18th Oktober 2006. Am 18 Oktober, 2006 13:04 PM Biar Majlis Fatwa Putuskan Sama Ada Hiburan Aidilfitri Langgar Agama, Kata Rais KUALA KLAWANG, 18 Okt (Bernama) -- Soal sama ada acara program hiburan menyambut Aidilfitri bercanggah atau tidak dengan Islam perlu diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan bukannya oleh mana-mana individu, kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim.Merujuk teguran Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria bahawa hiburan berunsur maksiat termasuk menggabung nama Aidilfitri dengan konsert telah mencemar kesucian Ramadan, beliau berkata: "Soalnya, yang ditegur itu tarian mana, lagu mana yang bercanggah.""Teguran yang dibuat mufti itu bukan sahaja pada masa ini, malah sebelum ini juga, yang kadangkala begitu merumitkan kerajaan tetapi tidak ada pihak yang ber

Ingatlah....

TAZKIRAH HARIAN “Sesungguhnya Islam adalah agama ,dunia, politik dan Negara. Seorang muslim yang sebenarnya ialah yang bekerja demi agama dan dunianya dengan bersama-sama. Al-Qur’an datang membawa akidah yang sebenarnya dan hukum-hukum yang bijaksana dalam peribadatan, muamalah, organisasi pemerintahan, politik, ekonomi, pemerintahan, sosial, kebudayaan. Dia datang membawa titah perintah dan larangan serta apa-apa yang melindunginya berupa hukuman dan celaan. Dan dia juga mengharuskan kepada kaum muslimin seluruhnya untuk melaksanakan dan mendirikan negara atas dasar ajaran itu.” (As Syahid Hassan Al-Banna) BismillahiRahmaniRahim... Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih mengizinkan kita meyedut udara segar sebagai pinjaman sementara yang akan ditanya kelak..syukur ke hadrat Allah yang sentiasa memberi peluang untuk kita bertaubat atas segala dosa kita baik yang disedari atau tidak