Mufti Perak Dicabar Lagi

" Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, kelak kamu akan disentuh oleh api neraka" mafhum firman Allah.
Artikel dlm Bernama online 18th Oktober 2006.

Am
18 Oktober, 2006 13:04 PM

Biar Majlis Fatwa Putuskan Sama Ada Hiburan Aidilfitri Langgar Agama, Kata Rais
KUALA KLAWANG, 18 Okt (Bernama) -- Soal sama ada acara program hiburan menyambut Aidilfitri bercanggah atau tidak dengan Islam perlu diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan bukannya oleh mana-mana individu, kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim.Merujuk teguran Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria bahawa hiburan berunsur maksiat termasuk menggabung nama Aidilfitri dengan konsert telah mencemar kesucian Ramadan, beliau berkata: "Soalnya, yang ditegur itu tarian mana, lagu mana yang bercanggah.""Teguran yang dibuat mufti itu bukan sahaja pada masa ini, malah sebelum ini juga, yang kadangkala begitu merumitkan kerajaan tetapi tidak ada pihak yang berani menjawabnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan di Kampung Bandar Tinggi, Jelebu, dekat sini malam tadi.Rais berkata teguran seperti itu sudah diambil ingatan oleh kabinet tetapi pihak menegur itu selalu menggunakan isu politik dengan berselindung di sebalik nas keagamaan."Seperti mana juga sesuatu nas undang-undang, ia tidak boleh diputuskan oleh cerdik pandai undang-undang semata-mata, tetapi ia harus diputuskan oleh proses pentadbiran undang-undang khususnya mahkamah," katanya.Rais berkata kementerian berpendapat kenyataan Harussani itu datang daripada seorang individu dan bukan pandangan daripada seorang mufti yang tertakluk kepada Majlis Fatwa."Kalau setiap orang mufti di Malaysia beri pandangan, macam mana jadinya," katanya.Beliau berkata kenyataan mufti itu juga boleh mengelirukan, memecahkan keharmonian dan mempengaruhi masyarakat."Ini perkara berat, sedangkan beliau tidak menyebut satu persatu...adakah nyanyian atau gerak geri yang menggila. Kalau gerak geri yang menggila, saya akur dan boleh kemukakan supaya ia tidak dilakukan," katanya.-- BERNAMA


Bagaimana seorang menteri yang beragama 'Islam', berbangsa Melayu boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian walhal dia sendiri mengaku beragama islam.
Sedarlah wahai umat Islam di Malaysia, agama kita semakin diinjak-injak oleh penganutnya sendiri. Justeru marilah sama-sama kita menginsafi bahawa tugas kita semakin berat dan usaha dakwah secara berjemaah perlu digiatkan untuk menangani masalah besar yang bakal mendatang. Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?