Posts

Showing posts from 2014

Pasca Peperiksaan

 Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Dalam entri sebelum ini di blog www.ridhzmi.blogspot.com aku  ada menyelitkan maksud ayat Al Quran berkenaan rezeki. Untuk tatapan pembaca maksud ayat tersebut adalah "Dan tiadalah makhluk yang melata di bumi melainkan Allah S.W.T lah yang menentukan rezekinya." Sejajar dengan mesej yang Allah cuba sampaikan, aku perlu yakin yang rezeki sekecil-kecil atau pun selemah-lemah haiwan pun Allah sediakan. Inikan pula aku. Aku perlu percaya yang rezekiku telah tersedia dan tercatat di Lauh Mahfuz sejak azali lagi. InsyaAllah aku dan keluargaku takkan mati kebuluran selagi aku berusaha gigih mencarinya sambil menyerahkan keberhasilannya kepada Allah. Dialah Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Dalam tempoh enam tahun belakangan ini banyak perkara dan benda dah berlaku padaku dan orang seklilingku. Banyak tempat dah aku jejaki selain daripada pengajaran yang aku perolehi. Dari Kuala Terengganu ke Kuala Krai, dari Gua Musang hingg

Kerja oh kerja.

Persediaan exam PTD. http://ridhzmi.blogspot.com/2014/10/teruskan-persediaanmu.html?m=0 Teruskan persediaanmu

Semakin berkurang

Image
Aku mengambil lampin pakai buang untuk disalin pada anak sulungku, Muntasirah. Melihatkan bakinya yang makin berkurang, aku memandang ke dalam diriku. Walaupun aku sering melakukan dosa samada dalam keadaan sedar atau tidak sebenarnya umurku jugamakin berkurang. Kedua-dua ahli keluarga terdekatku telah pergi menghadap Ilahi dalam dua tahun belakangan ini. Abahku, yang meninggal disebabkan haemorrhage atau pendarahan selepas kemalangan dan abang Ngahku, akibat terminum racun rumpai. Allah. Entah bila giliranku. Kini, aku sendiri telah memiliki tiga orang anak hasil hubungan kami sepanjang lima tahun perkahwinan. Alhamdulillah, itu oun rezeki yang tidak ternilai di sisiNya.

Assalamualaikum semua

Hai, lama saya tidak mengemaskini blog ini. Sedar tak sedar dah masuk bulan April 2014 rupanya kita. Andai malam ini saya dijemput ke rahmatullah, tolonglah maafkan salah silap saya yer semua. Ok, Assalamualaikum.

Allah.

Islam itu indah.