Posts

Showing posts from September, 2010

Bumi Cinta

Image
Bismillahirrahmanirrahim Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Seminggu dua ni aku asyik menghabiskan masaku dengan membaca novel terbaru karya Habiburahman El Shirazy, seorang novelis terkenal Indonesia saat ini. Novel terbaru beliau itu iaitu ‘Bumi Cinta’, mengisahkan sekelumit kehidupan seorang jejaka tampan yang diberi watak Muhammad Ayyas yang sedang membuat kajian tentang sejarah Islam di Rusia. Bakal pemegang sarjana itu telah menempuh pelbagai onak dan liku dalam tempoh sebulan dia berada di negara yang dahulunya dikenali sebagai Soviet Union itu. Penulis cuba menyampaikan bagaimana dahsyatnya ujian keimanan di sebuah negara bebas yang menghalalkan segala perkara termasuklah seks bebas, gay dan seumpamanya. Aku amat kagum dan akan sentiasa takjub dengan mutu novel yang telah dikarang oleh penulisnya. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati usahanya selama ini. Ameeen… Kali ini aku terasa ingin mengupas soal pornografi dan seks bebas yang