Posts

Showing posts from 2007

Demi Waktu

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamadulillah, pada malam ini aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk berceloteh dalam blogku ini, meski tidak sehebat mana, namun aku tetap wajib bersyukur kerana nikmat ilmu dan kemampuan ini hanya Allah sahaja yang boleh bagi. Dari pagi tadi sampailah ke saat ini aku masih bermukim di makmal biodiversiti ni meneruskan kesinambungan projek tahun akhirku. Segala puji-pujian bagi Allah. Hari ini aku dapat men'dissect' kurang lebih sepuluh ekor ketam(fiddler crab) dan dapat juga untuk membuat analisis TLC. InsyaAllah aku yakin dapat selesaikan semua ini dengan lebih cepat an sempurna. Aku ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama. Ianya berkenaan CINTA. Cinta Akhirat Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih mengurniakanku segala kudrat dan iradat yang dengannya menjadi asbab untukku meneruskan baki umurku di dunia yang fana ini. Tidak lain dan tidak bukan untukku mencari perbekalan buat kehidupan di akhi

Pasang surut perjuangan Islam( Tidal changes of Islamic struggling)

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Khutbah Jumaat Masjid At Taqwa Bt. 6 23 November 2007 Ustaz Ayub Isi-isi penting: Taqwa: sebaik-baik bekalan untuk ke akhirat. Islam punya pasang surutnya. Bukan sahaja pada zaman ini, bahkan sejak dari zaman Nabi-Nabi terdahulu termasuklah Nabi Muhammad kita yang tercinta. Umat Islam pernah berjaya dalam Peperangan Badar tetapi mendapat ujian dan musibah dengan kekalahan dalam peperangan Uhud. Umat Islam pernah mengalahkan kaum kuffar dalam Fathul Makkah namun gagal dalam Peperangan Hunain. Di bawah pimpinan Salahuddin Al Ayyubi, Islam pernah menawan kembali Baitul Maqdis, namun akhirnya kembali jatuh ke tangan puak-puak Salib. Justeru janganlah gentar, janganlah takut. Ayuh terus mara bersama-sama agama Allah. Islam kan pasti kembali berada di atas. Dr Yusuf Al Qardawi ketika dalam Hospital baru-baru ini kerana sedikit serangan jantung. (During his convalescence, Sheikh Qaradawi will put the final touches on his new book "F

Bertasbihlah...

Image
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam. Hari ni siap sudah aku menjalani exam final untuk sem 5. Perjuangan takkan selesai, masih terlalu banyak dugaan, masalah dan cabaran yang menanti. Ape pun, aku perlu pastikan semua itu dilalui bersama keredhaan Ilahi dan selaras dengan ajaran dari Rasul Junjungan. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lepas dan minggu ini. Antraranya peristiwa yang menggegarkan negara dan seluruh dunia yang memerhatikan Malaysia, iaitu peristiwa Perhimpunan Raksasa anjuran BERSIH seramai lebih dari 100,000 orang di sekitar Dataran Merdeka. Perhimpunan yang bertujuan untuk mendesak kerajaan supaya memembersihkan semula sistem pilihanraya Malaysia yang semakin parah dan teramat pincang. Aku terkilan kerana tidak dapat menyertai perhimpunan itu yang nyatanya amat bernilai bagi seorang yang ingin memperjuangkan kalimah Allah di muka bumi ini. Hari ini , genap 12 hari sudah perhimpunan itu berlalu. Namun apa tindakan oleh kerajaan Islam Had

Takutlah pada Allah.

In the name of Allah The Most Gracious and Merciful Khutbah(Talk) of Batu Enam Mosque 26th October 2007 Ustaz Abu Bakar Abdullah All praise just for Allah. Be a true believers ( muttaqin) Taqwa adalah satu-satunya bekalan kita dalam menempuh kehidupan yang sementara sebelum menemui hari yang kekal selama-lamanya. Beruntunglah orang-orang yang menggunakan kesempatan yang masih berbaki ini untuk mencapai darjat ketaqwaan yang ditawarkan oleh Allah dalam promosi besar-besaranNya di dalam Al Qur’an. Akan tetapi kebanyakan manusia selalu menyia-nyiakan kesempatan itu dengan membazirkannya pada jalan yang akan membawa kerugian, apatah lagi penyesalan yang tak berpenghujung. Bibir ini amat mudah membicarakan harapan yang ingin dicapai untuk memilik syurga Allah walhal bayaran yang diperlukan tidak setimpal dengan usaha dan bekalan yang dibawa. Alangkah malangnya…..

Selamat Menempuh Final Exam utk Semua budak U.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih memberikanku kesempatan untuk hidup di atas muka bumiNya ini bagi menghabiskan sisa-sisa hidupku dan untukku mencapai matlamat kewujudanku di dunia ini sebagai khalifahNya. Ntah la, aku pun tak pasti nak tulis apa sekarang. Yang pasti aku tak nak tidur malam ni sebab dah terlebih tidur hari ni. Ya Allah...apa nak jadi pada hambaMu ini hari ni. Dah la satu waktu pun tak solat berjemaah, solat pun di rumah je. Dua kali hambamu ini bermaksiat besar dalam satu hari. Makan, tahu pulak cari sendiri. Alangkah banyaknya nikmatMu padaku Ya Allah... 1. Udara yang kusedut sehari-hari.... 2. Nasi yang kumakan saban waktu... 3. Air yang kuminum tak henti-henti... 4. Tulang belulang yang kugunakan untuk bergerak dan berjalan setiap saat... 5. Akalku yang masih waras sehingga kini untuk berfikir... 6. Pancainderaku yang masih elok walaupun dah mula pakai spek mata... 7. Kesihatanku yang sentiasa terjaga walaupun kadang-kadang

Aidilfitriku yang meriah dalam hambar...

Alhamdulillah. Petang ni aku berpeluang utk posting perutusanku sempena hari SELEPAS raya. Tak kisahlah yang penting aku dapat selamat pulang dan selamat kembali utk exam final pd November nanti. Aduhai... Pejam celik-pejam celik dah 5 sem aku belajar. Sem depan adalh saat2 terakirku di sini( mungkin). kecualilah kalau aku sambung master nanti. Pape hal pun aku bersyukur kerana masih dan sentiasa diberi peluang oleh Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang dan Maha Pemberi rezeki. Takde ape yg best yg boleh aku nukilkan. Tapi at least pembaca blogku ni takde la boring sangat (mudah-mudahan). Jap lagi nk kena gi ambik blik PC yg dh drepair kt kedai. " Hello... Assalamualaikum,...ni Adik Ridhuan ke? ...PC adik dah siap , 60 ringgit je dik".Begitu lah panggilan dari kedai tu yg aku terima pagi tadi. Aduhai ...terbang pulak duit aku petang nie. Minggu ni shj dah dekat seratus lebih utk repair macam-macam. Pasal raya....? Eh lupa lak nak citer... Raya ku thn ni agak meriah berbandi

Selamat Hari Raya Teristimewa Buat Keluarga Mangsa ISA...

In The Name of Allah The Most Gracious and Compassionate Even my English is not quite well but I'm prefer to write in this languge this time. Maybe I feel scary or too glide...Whatever... Well alhamdulillah, now I'm at my friends'rental house as I write this blog. Alhamdulillah, this time is very luxurious for me since I'm never been has this chance to write in English freely. Now let us enjoy my finding regarding on my title this time. Rabu 10 Oktober 2007 28 Ramadhan 1428 Hijrah Siri akhir: Jangan terkeliru dengan kekejaman ISA Saari Sungib abuurwah@gmail.com Sat May 12, 07 1:46:38 pm MYT Alhamdulillah, inilah siri penulisan saya yang ke-40. Ia juga merupakan siri yang terakhir. Banyak sudah rasanya yang cuba saya kongsi dan cuba saya gali iktibar daripada penahanan saya sebanyak dua kali di bawah ISA. Saya cuba luah dan kongsi segalanya agar aktivis dapat mengambil manfaat daripada penulisan saya. Saya percaya ramai lagi aktivis yang telah melalui penderitaan dan kes

Tazkiyatun Nafs(Pembersihan Jiwa)

Khutbah Jumaat Masjid Batu Enam (Kuala Terengganu) Ustaz Husin 28 September 2007 16 Ramadhan 1428H Penulis: Budak Kecik Al Qur’an 1. Apa makna beriman dengan Al Qur’an? Membenarkan apa-apa yang Al Qur’an kata benar. Menyalahkan/ Meninggalkan apa yang Al Qur’an kata salah. Al Qur’an suka akan kebersihan: Jadi kita mestilah menjadi orang-orang yang bersih zahir dan batin( Al Ghazali) 2. Membaca Al Qur’an biarlah dengan niat untuk mendapat petunjuk- kerana Al Qur’aan itu sendiri memancarkan cahaya. 3. Al Qur’an mesti dijadikan perlembagaan negara Malaysia dan mana-mana negara yang ingin dikuasai oleh umat Islam. Barulah dikatakan benar-benara beriman dengan Al Qur’an. 4. Allah itu Maha Adil. Tidak mustahil bagi umat akhir zaman seperti kita untuk hebat dan mulia sebagaimana umat-umat terdahulu. Yang penting kita mesti ikut jejak para sahabat yang ditinggalkan seinci demi seinci dan setapak demi setapak. 5. Kini masjid hanya menjadi tarikan pelacong- macam masjid di tengah-tengah sungai Te

Ramadhan Sebagai Universiti Taqwa Antarabangsa( International of Taqwa University)

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang telah memberikanku segala-galanya untuk meneruskan hidup di dunia ini. Hari ini sudah masuk hari ke enam aku berpuasa. InsyaAllah moga-moga Allah izinkanku menghabiskan sisa umur yang berbaki ini bersama-sama bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh setiap mereka yang beriman. "Due...Due..dah lima setengah nie..bangun sahur, " kejut Uzair. Aku yang masih di awang-awangan terkebil-kebil melihat jam di handset Nokia pemberian abah beberapa bulan lalu. "..Ah..baru 5:11. sempat lagi ni skit.." getus diriku sendirian. Aku menjamah sedikit nasi yang ku masak sebelum tidur semalam dengan berlaukkan sedikit gulai daging. Alhamdulillah, boleh lah. Daripada berlapar seharian... Tiba azan subuh aku bergegas ke surau. Pagi ni ustaz X datang (aku lupe la nama die). Mujurlah, dapat juge aku dengar tazkirah sekali sekala. Dia menekankan kepentingan menjaga iman dan Islam. Aku terpaku sepanjang beliau menyampaikan t

Jagalah hubungan dengan Tuhanmu

Alhamdulillah, Akhirnya pada petang ni aku diizinkan olehNya untuk mencari segala apa yang ku inginkan di library UMT. ( dulunya dikenai sebagai KUSTEM, KUT, dan UPM.) Alhamdulillah, sekejap lagi Asar akan bertandang. Aduh rindunya terasa untuk mengadap kembali Penciptaku, yang telah mengurniakanku berbagai-bagai nikmat, mentarbiahku dengan Islam yang diredhaiNya mengisi dadaku dengan iman, menjadikanku gerun dan takut padanya semata-mata. Namun aku sedar, aku bukanlah seperti dulu lagi. Kini aku sudah diberi peluang seluas-luasnya untuk memilih apa yang terbaik buat diriku. Kealpaanku dalam mengemudi kehidupan seringkali menjerumuskanku ke lembah kehinaan, dukacita berpanjangan. Ya Allah, banyak sungguh dosa-dosa ku kepadaMu. Ku tahu, engkau Maha Kaya dan tidak akan terjejas meskipun kami semua seluruh umat menderhaka kepadaMu. Lantaran itu , wahai Tuhan yang memiliki segala-galanya, bantulah aku, ampunilah segala dosa-dosaku kepadaMu. -Insan Kerdil

BaNjir di Johor Darul UMNO!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim... Kumulakan bicara hati ini dengan sepotong ayat Al qur'an yang mafhumnya berbunyi begini: " Telah zahir segala kerosakan di bumi dan di laut disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang jahat untuk kami merasakan sedikit bagi mereka bagi apa yang telah mereka lakukan...." Alhamdulillah, semalam Ceramah Perdana selamat dijayakan di Masjid Rusila, Marang Terengganu, Malaysia. Ku bersyukur kepada Allah kerana terpilih untuk sama-sama mengikuti majlis ilmu itu( bukan sekadar ceramah politik yang kosong). Dengan dipengerusikan oleh seorang ustaz yang tak sempat ku catit namanya, majlis itu menjadi bertambah hebat dengan kehadiran Presiden PAS sendiri iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang dan juga Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Datuk Dr. Mahfudz bin Mohd. Selain itu Ustaz Mazlan Aliman yang merangkap Naib Ketua Pemuda PAS Pusat dan Ustaz Azman Shapawi yang malam ini baru ku kenal sebagai Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu juga hadir untuk lebih