Tazkiyatun Nafs(Pembersihan Jiwa)

Khutbah Jumaat Masjid Batu Enam (Kuala Terengganu)
Ustaz Husin
28 September 2007
16 Ramadhan 1428H

Penulis: Budak Kecik

Al Qur’an
1. Apa makna beriman dengan Al Qur’an?
Membenarkan apa-apa yang Al Qur’an kata benar.
Menyalahkan/ Meninggalkan apa yang Al Qur’an kata salah.
Al Qur’an suka akan kebersihan: Jadi kita mestilah menjadi orang-orang yang bersih zahir dan batin( Al Ghazali)

2. Membaca Al Qur’an biarlah dengan niat untuk mendapat petunjuk- kerana Al Qur’aan itu sendiri memancarkan cahaya.
3. Al Qur’an mesti dijadikan perlembagaan negara Malaysia dan mana-mana negara yang ingin dikuasai oleh umat Islam. Barulah dikatakan benar-benara beriman dengan Al Qur’an.
4. Allah itu Maha Adil. Tidak mustahil bagi umat akhir zaman seperti kita untuk hebat dan mulia sebagaimana umat-umat terdahulu. Yang penting kita mesti ikut jejak para sahabat yang ditinggalkan seinci demi seinci dan setapak demi setapak.
5. Kini masjid hanya menjadi tarikan pelacong- macam masjid di tengah-tengah sungai Terengganu yang sedang dibina kini.
6. Kerajaan bertambah zalim, polis pula bertindak ganas terhadap orang-orang awam sendiri.( Contoh: Peristiwa berdarah 9 September di Batu Burok )


Tazkirah Surau Istiqamah( Kg Gong Pak Jin)
27 September 2007
Khamis
15 Ramadhan 1428H
Ustaz X

Tajuk: Ramadhan dalam aspek Falsafah Penyatuan Umat.

Puasa
Tarawih
Sahur
Semuanya serentak di seluruh dunia, pada bulan yang sama.


Allah dah sediakan siap-siap jadual khas sempena Ramadhan untuk hamba-hambanya yang beriman. Sebab dengan ‘jadual’ inilah lahirnya ulama-ulama yang hebat dan terbilang.
Kena perbanyak baca Al Qur’an.
Satu ekspedisi Dakwah yang telah dijalankan di Central Point di Kemaman pada dua minggu yang lalu.:
a. Semua remaja yang ditemui di bilik karaoke adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Kelihatan muda mudi berpelukan tanpa segan silu.


Tazkirah Surau Kg. Pak Tuyu
Ustaz Abu Bakar Ismail
Ketua Jawatankuasa PAS Kawasan Kuala Nerus (if in not mistaken)
29 September 2007
Sabtu
17 Ramdhan 1428 H

1. Tazkirah - Bermanfaat dan amat penting bagi orang-orang yang beriman.
2. Kita sedang menghadapi satu peperangan yang cukup besar kini. Kaum-kaum kuffar sedang melancarkan serangan akidah atas tiap-tiap umat Islam di seluruh dunia.
3. Pertahankanlah agama yang kita anuti kini: Paling penting antara kelima-lima maqasid syariah yang terkandung dalam ajaran Islam.
4. Gerakan Islam disekat di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Kena bersedia menghadapinya.

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?