Mari berdoa

Doa 19

Memohon Keimanan Yang Menjadikan Hati Sabar Bila Ditimpa Bala dan Sentiasa Redha Dengan Rezeki Pemberian Allah S.W.T

Renungan

Setiap manusia yang hidup di dunia ini tidak terlepas dari menghadapi ujian dan dugaan Allah s.w.t. Sesetengah mereka menghadapi ujian atau dugaan Allah s.w.t dengan tenang dan sentiasa sedar bahawa bala ini adalah dari Allah s.w.t, dengan ini mereka terus bersyukur kepada Allah s.w.t terhadap ujian tersebut serta sabar dan menerimanya dengan penuh kerelaan hati. Inilah golongan yang paling cemerlang. Sebaliknya ada sesetengah yang lain pula bila diuji oleh Allah s.w.t dengan keburukan atau bala terus membebel dan menunjukkan reaksi tidak baik terhadap Allah s.w.t bahkan menzahirkan kelakuan yang tidak dapat menerima bala Allah s.w.t yang ditimpakan ke atas mereka. Mereka ini sebenarnya kurang baik, kerana setiap bala yang diuji oleh Allah s.w.t akan digantikan kebaikan bahkan diberikan ganjaran dengan kebaikan. Kenapakah kita selalu merungut dan membebel ketika menghadapi bala Allah s.w.t? Tidakkah Allah s.w.t ingin menguji sejauh manakah kesabaran kita dalam menghadapi bala tersebut serta memberi rahmatNya?

KELEBIHAN

Jika kita ingin supaya Allah s.w.t mengurniakan kepada kita kekuatan iman yang dapat menjadikan kita sabar dan tekun serta sentiasa menyedari bahawa bala itu dari Allah s.w.t di samping dapat menerimanya dengan penuh kerelaan hati dan redha terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita , maka kita boleh berikhtiar dengan memohon doa kepada Allah s.w.t dengan ikhlas hati kepada-Nya sera berharap bahawa Allah s.w.t memperkenankan serta memakbulkannya.

MASA DAN KEKERAPAN MEMBACA

Dibaca setiap waktu lebih-lebih lagi pada hari Jumaat dan setiap kali selepas sembahyang lima waktu. Bacalah doa ini sebanyak mungkin dengan penuh kekhusyukan hati dan sebolehnya dijadikan amalan harian yang berterusan sampai ke akhir hayat.

LAFAZ DOA
(akan di letakkan kemudian)

MAKSUD DOA
Ya Allah aku memohon dari Engkau keimanan yang dapat menjadikan hatiku menyedari bahawa tidak menimpa ke atasku ( dugaan atau bala) melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Engkau. Ya Allah aku memohon dari Engkau keimanan yang dapat menjadikan aku redha dengan rezeki yang telah Engkau tentukan.

Sumber:
Dr Asming Bin Yusuf Yalawae Al Fathani, Kata hati dan Doa, 2007, Pustaka Darul Bayan Sdn. Bhd.m/s 81.( pensyarah KUSZA/UDM ,Kuala Terengganu)

more info:
http://www.muftiselangor.gov.my/E-Book/KoleksiDoa/SenaraiDoa.htm
http://doaharian.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?