HidayahMu yang kudambakan...

Oh Tuhan, terima kasih atas segalanya. Nikmat iman dan Islam yang Engkau kurniakan amat bererti buatku. Siapalah aku di dunia ini tanpa Islam yang Engkau bekalkan bagiku.

Jumaat lepas aku berkesempatan untuk mendengar khutbah daripada anak kepada Tuan Guru Haji Abdul Rahman (pengasas Pondok Sungai Durian, Kuala Krai). Alhamdulillah, amat berisi, padat dan menyentuh lubuk sanubari.

Huraian tuntas daripadanya berkenaan rasuah melumatkan lagi kefahamanku tentang topik 'hot' itu. Kalau di masjid di bawah seliaan negeri jajahan U-BN, confirm tak dibenarkan. Kenapa tidak, tidak benarkan menyentuh hal2 politik dalam masjid. Kerana masjid hanya untuk tempat solat, berzikir, berwirid, qiamullail, membuat maulid, solat terawih, solat hari raya dan seumpamanya. Tidak labih daripada itu. Kalau sentuh politik dan perkara berkaitan, TAK BOLEH. Diulangi, TAK BOLEH. Bahkan mungkin berdosa besar. Malaikat 'SB' boleh datang, sumbat dalam neraka ISA KAMUNTING. Kekal lah kat situ selama-lamanya hingga Menteri KDN lepaskan.

aduh, aku pantang hurai masalah nie. Sakit hati. Kembali kepada isi khutbah Jumaat tadi. Rasuah banyak melibatkan pegawai kerajaaan. Actually, tidak ada istilah duit kopi. Kalau dah dapat gaji bulan-bulan kenapa mesti terima hadiah atau duit minum lagi. Terang-terang dah kira rasuah. By hook or by crook kalau aku pun jadi pegawai kerajaan mintak-mintaklah tak terkena virus S1A1. Satu untuk kau, satu untuk aku.....

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?