Menjadi guru yang sempurna


1. Ntah kenapa hari ni tangan terasa ringan sahaja nak tulis blog. mungkin sebab nak guna peluang sebaik-baiknya sementara dapat online kat Hotel Usaha ni. Isteriku masih meeting di Tabika Bandar Gua Musang. Alhamdulillah. Aku berkenan untuk letak satu entri yang harap2 ku bermakna untuk semua orang.


2. "Menjadi guru yang sempurna'


Tajuk ini muncul di kepalaku tatkala aku merenung ke dalam diriku mengapa aku begitu berat untuk memohon untuk menjadi guru sebelum ini. Padahal aku pernah beli no pin DPLI yang berharga RM 20 lebih, pernah cuba pergi exam M-Test dan tahun ini, sekali lagi membeli no Pin KPLI. Mungkin bulan 3 nanti pihak pengurusan M-Test akan suruh print salinan slip exam M-Test di internet. apa jua sekali pun aku tetap akan cuba. Nak tahu kenapa, tak de kerja punya pasal la. Hakikatnya rezeki yang Allah sediakan sudah termaktub di Luh Mahfuz. Cuma tinggal aku yang berusaha untuk mencari nya. Ape kan daya, taraf maqam asbab. Golongan 'awwam' kalau mengikut kitab tasauf Minhajul Abidin Imam Al Ghazali. Kenalah berusaha. Tak cukup mengharap datang surat tawaran untuk kerja gred 41. Atau pun tawaran kerja mudah bergaji besar daripada sektor swasta.

3. Guru yang sempurna bagiku adalah guru yang akhlak dan moralnya baik di sisi masyarakat dan sudah tentunya baik di sisi Allah. Guru yang sempurna juga adalah guru yang punya ilmu yang sangat banyak, yang boleh menyelesaikan apa jua masalah baik di sekolah mahu pun di rumah. Guru yang sempurna juga tidak mudah kecewa, tegas dengan pendirian, tidak bekerja demi gaji semata-mata. Guru yang sempurna juga patuh kepada peraturan yang ada selagi mendatangkan kebaikan untuk semua pihak.
Aku punya guru yang sangat baik sebelum ini. Tatkala ku di sekolah rendah ada guru perempuan , namanya Wan Juriah yang sangat baik dengan anak-anak muridnya. Sanggup menawarkan tuisyen percuma untukku dan rakan-rakan yang akan menghadapi UPSR. Ada juga guru yang selalu memberi tips kecantikan dan nasihat yang baik untukku ketika ku berada di tingkatan 2. Guru Sejarah ku itu selalu bepesan kepada kami untuk menjaga maruah dan akhlak. Pesannya juga kalau nak muka cantik kenalah slalu basuh dengan buah-buah yang berasid seperti nenas atau limau. Wah... sambil-sambil belajar sejarah pun boleh tau tips kecantikan ape. Tidak ku lupakan ustazah yang mengajar Pendidikan Islam kepadaku di masa aku tingkatan 1. Dia sangat lemah lembut kepada kami. Terasa seperti di layan oleh ibu sendiri setiap kali beliau mengajar. 'Intan Payung Gunung Meletup', masih ku ingat sapaan beliau kepada kami apabila masuk ke kelas.
4. Arwah Cikgu Syukur juga tidak kurang hebat nya. Tanyalah pada sesiapa bekas murid sekolah SMK Pahi, Kuala Krai, Kelantan sebelum tahun 2010. Pasti melebihi 90% yang mengkagumi kehebatan dan karisma beliau. Bukanlah tujuanku untuk mengagung-agungkannya, namun bayangkanlah, seorang guru yang merangkap seorang suami, seorang ketua warden, seorang guru disiplin dan bermacam-macam lagi tanggungjawab yang berjaya dipikul dengan baik olehnya. Aku pernah mengikutinya ke Ciku 2 di Gua Musang semasa di Tingkatan 3. Dia memang baik, solat tak pernah terabai. Anak-anak muridnya dianggap seperti adik sendiri. Kesilapan pelajar asrama ditangani sehikmah mungkin. Alhmadulillah, beliau sudah dipanggil Allah yang amat Menyayanginya. InsyaAllah.
5. Ada lagi guru yang amatku sanjung dan tidak mungkin ada yang lebih baik dan sempurna daripadanya. Dia lah Rasul kita, Nabi Muhammad SallallahuAlaihi Wasallam. Penghulu Segala Rasul. Nabi Akhir Zaman. Wahai Nabi Allah, maafkanlah kami kerana jarang berselawat kepadamu, jarang mengikut sunnah dan ajaranmu, jarang mengingatimu. Wahai Nabi Allah, syafaatkanlah kami nanti di Padang Mahsyar. Kami amat-amat memerlukannya. Kami rayu kepadamu dengan sepenuh hati sebagai umatmu.

Comments

ridhmie said…
jika guru yang ada sekarang masih terikut-ikut perangai lama. Contohnya ponteng kelas masa sekolah dulu mcm mane?

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?