Posts

Kenali ulamak kita...

Image
Foto 1.0: Syeikh Ahmad Yasin: Ulamak Palestin yang mendokong perjuangan Intifadha. Foto 1.2: Syeikh Nuruddin Al Marbu Al Banjari Al Maliki: Ulamak besar Nusantara abad ini. Foto 1.3: Yang nie tak payah citer lah. Tak citer pun dah ramai yang kenal.

Mari mengenal nama Allah...

Image
Si Cicie yg kecik (x de mak ayah) ni pun Allah boleh bagi rezeki melalui asbab manusia. Al Wadud (Yang Maha Mencintai) 1. Allah amat cinta kepada hambaNya yang baik-baik. 2. Bukti beriman dengan sifat Al Wadud Allah: Bila hambanya buat salah-Allah akan ‘tegur’(melalui sakit@ ujian ) Apabila kita cinta Allah, hati pasti rasa kosong(lapang), kerana dipenuhi oleh rasa cinta untuk Allah semata-mata. Solat, ibadah jadi sempurna. 3. Analogi: a. Cinta sepasang kekasih i. Makan tak kenyang ii. Tidak perlu disuruh-suruh iii. Segala permintaan terasa ringan. 4. Yang tak seronok menjadi seronok. 5. Golongan murtad- Allah cukup marah. 6. Tanda sayang Allah a. Bawa contoh-Rasul b. Tunjuk jalan- Al Qur’an 7. Neraka dicipta untuk mereka yang menzalimi diri sendiri. 8. Orang yang buat dosa- Orang yang menolak cinta Allah. Diubah suai dari petikan tazkirah Ustaz Zawawi Yusoh dalam slot Tazkirah Pagi Radio IKIM (2006)

ISA 8 tahun

ISA 8 tahun Oleh: Anis Nazri KUALA LUMPUR: Tiada yang lebih memeritkan bagi mangsa ISA (p/s: melainkan) apabila tempoh penahanan mereka dilanjutkan dua tahun lagi, selepas enam tahun dikurung tanpa bicara. Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, awal tahun ini seramai lima lagi tahanan ISA dilanjutkan tempoh tahanan. Mereka ialah Yazid Sufaat, Suhaimi Mokhtar, Shahrial Sirin, Dr Abdullah Daud dan Abdullah Minyak Silam. ”Kami sangat kesal dengan keadaan ini. Surat yang dikeluarkan kepada tahanan tidak memberitahu alasan penahanan mereka dilanjutkan. Seolah-olah mereka tidak menganggap tahanan itu manusia, ” kata beliau yang ditemui di sini, 5 April lalu. Isteri Abdullah, Siti Norma, hanya mampu melahirkan rasa kesal terhadap sikap Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak mengendahkan tuntutan tahanan dan keluarga mereka. ”Sehari sebelum pilihanraya umum lalu, iaitu 7 Mac, saya dimaklumkan ...

Muhasabah Diri dan Pembaharuan Iman

Image
Lima soalan yang tidak dijawab oleh Lidah “Allah S.W.T kurniakan hidup dengan kelahiran manusia daripada rahim ibu, sebagai satu rahmat yang mesti disyukuri” Rasulullah S.A.W yang mulia telah meninggalkan sepotong hadis antara ratusan ribu hadis baginda yang cukup bernilai buat panduan kita selaku umatnya, iaitu hadis yang menyebut tentang pentingnya masa. Sebahagian hadis itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim adalah “..rebutlah masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum mati”. Seringkali perkataan ‘sibuk’ digunakan sebagai alasan lapuk untuk mengelakkan diri dari sesuatu mesyuarat, masjlis penting atau untuk tidak solat berjemaah di masjid. Masa adalah usia kita. Ia sangat terbatas kerana sesaat yang berlalu tak mungkin kembali. Bagi seseorang yang bekerja mengikut waktu pejabat, satu saat sahaja sudah cukup memerahkan punch card nya. Begitulah kita umat Nabi Muhammad S.A.W, yang jarang sekali jangka hayatnya melebihi umur baginda. 63 tahun. Ke...

Perlunya replikasi akidah untuk kebahagiaan hidup...

Image
Kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Hebat sungguh Tuhanku. Dia menciptakan aku dari air mani yang hina. Tidak dipandang walau sebelah mata. Selama 9 bulan 10 hari aku disimpan di dalam rahim seorang ibu, kini aku hadir ke dunia-Nya tanpa apa-apa bayaran, tanpa dapat kuceritakan pengalamanku berada di sana. Namun, Allah lebih hebat dari apa yang kusangkakan. Nabi Isa alaihissalam sendiri boleh lahir tanpa bapa. Nabi Ibrahim sendiri boleh mendapat walaupun sudah terlalu tua (80tahun), N abi Zakaria pun sama. Walaupun (kalau tak salah) dikatakan mandul, namun masih dapat anak dengan izin Allah. Mengapa kelahiranku yang aku alami sendiri aku boleh percaya dan yakin, tetapi tidak dengan kebangkitan semula selepas mati. Mana mungkin sedemikian berlaku. Oh...aku tahu jawapannya. Inilah iman . Aku yakin jasadku mengandungi roh, namun aku tak nampak. Yakin pada gula itu ada manis, tapi di mana manisya. Lantas tergamakkah aku untuk tidak yakin dengan Hari Pertemuan, Hari Pembala...

CintaMu yang kudambakan...

Image
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta-Mu, Menitis air mata, tatkala merindu, Menitis air mata, tatkala semakin menjauh, Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan, Kerana ku tetap yakini, Allah menyatakan "Wajiblah cintaku kepada oran-orang yang berkasih sayang kepada-Ku" Wahai Muslimin dan Muslimah yang berjiwa besar, Penuhilah dunia ini dengan limpah kasih sayangmu, Khususkanlah buat saudara-saudaramu itu dengan Kepanasan cintamu yang maha tinggi dan biarkanlah mereka tak bahawa engkau mencintai mereka Yang demikian itulah al-aksar (batu geliga) untuk Mengubati seribu satu kesulitan dan kesusahan Sesungguhnya banyak kesulitan dalam dunia ini Timbul dari perasaan yang telah pada dan berlakulah penyelewengan perasaan itu. As Syahid Hasan Al Banna (pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin) Dipetik dari "Psikologi Cinta", Dato' Dr Fadzilah Kamsah dan Syaidatun Nazirah Abu Zahrim, PTS Millennia, 2004...

Saudaraku yang teraniaya

Assalamualaikum, Duhai saudara-saudaraku di Palestin. Maafkanku kerna tidak dapat menolongmu seadanya. hanya doa dan rintihan hati yang dapat ku kirimkan. Moga kalian semua dibantu sentiasa olehNya. Gaza Schooling…No Books, Labs, Schools By Motasem Dalloul, IO Correspondent With the lack of books, students take turns in using old copies. (IOL photo)GAZA CITY — The long-running, watertight Israeli closure of the impoverished Gaza Strip is not only affecting the livelihood of its 1.6 million people, but also the future of their children who are forced to do without books, labs and even power to study at home. Two months after the start of the second term, more than half of the students still go to school without their curriculum books. Iman Shameyya, a ninth grader, is using old copies of the books but must share them with schoolmate Soha al-Shaqra. "I only get half the chance to read from my books. Both of us use the same book at school and each one takes it home day after day,...

Ada apa dengan nafsu...

Salam kamunting, Malaysia kita dan dunia Islam akhir-akhir ini gempar dengan pelbagai isu yang merobek perasaan dan meruntun jiwa. Kes-kes terbaru seperti kes Sufiah Oxford, kes remaja ditanam selepas dirogol dan dibunuh, kes fitnah perasuah-perasuah politik dan kes buang bayi sana sini seakan-akan membongkar betapa teruknya keadaan masyarakat kini. Di kala pemikir-pemikir masyarakat berhempas pulas mencari alternatif penyelesaian, tidak sedikit yang alpa bahwa semua ini berpunca dari sifat dan perilaku inidividu itu sendiri sama ada di peringkat rakyat marahaen hinggalah ke pucuk pimpinan tertinggi. Perilaku manusia yang saya maksudkan adalah akhlak dan moral yang dipengaruhi oleh satu kecenderungan. Nafsu. 'Nafsu'. Satu term yang amat mudah ditutur dan sering dikaitkan dengan makhluk Allah baik dari golongan jin, manusia atau pun haiwan. Dalam perbincangan ini rasanya tak perlulah untuk kita bincangkan persoalan nafsu dalam skop haiwan kerana ya...tidak bermanfaat. Umum m...

Takbir...

Islam is for all. 17 Januari 2007 (23:11) Bismillahirrahmanirrahim…. Alhamdulillah, malam ini aku diberikan nikmat yang yang tidak terhingga antara nikmat-nikmatNya yang sangat banyak. Diperdengarkan aku dengan kisah-kisah silam yang sedikit sebanyak dapat menyuburkan kembali semangat jihad untuk mempertahankan agama Islam yang tercinta. Tepat jam 19:13 aku menaiki motor Honda 70 ku, bernombor plat WBR739 menuju ke masjid KUSZA (sekarang dikenali sebagai Masjid Universiti Darul Iman). Sesampainya di sana terus aku dapat solat berjemaah dan tentunya menjadi makmum muafiq. Ku kira malam ini tidak ada ustaz jemputan atau yang sepatutnya datang, akan mengajar di masjid itu, tetapi sangkaanku meleset sama sekali. Allah lebih sayangkan makmum yang ikhlas datang untuk memenuhi seruan Ilahi. Ustaz yang selalu datang pada malam Khamis datang dan bersedia untuk mengajar dengan penuh bersemangat. Aku masih belum mengetahui siapakah gerangan ustaz tersebut namun yang pasti setap kali lepas solat ...

Cikgu Syukor dalam kenangan (SMK Pahi)

Masih ku ingat lirik senyumanmu, menenangkan jiwa, menyejukkan kalbu, Cikgu Syukor, Maafkanlah diriku, pergimu tanpa kuduga, Begitu cepat kau meninggalkanku, Masih terngiang-ngiang di telingaku dendangan selawat Dari bibirmu yang tulus itu, Dendangan yang tidak mungkin kulupakan, Cikgu Syukor... Maafkanlah anak muridmu ini, Mengapa begitu kejam sekali diriku... Cikgu Mohd Abdul Syukor bin Daud, guru paling berkarisma di SMK Pahi meninggalkan bumi Allah ini pada pagi yang hening 25 mac 2008, hari Selasa , di atas pangkuan isteri tercinta. Semoga Allah merahmati rohnya.. Al Fatihah....

Diariku....

30 Mac 2008 Alhamdulillah, sebenranya byk benda yg aku nak tulis kat sini hari ni tapi tak mungkin dapat tulis semua kot. Cukup lah skit2. Catatan Perjalanan Seorang Hamba Hari Khamis lepas aku balik rumah. Alhmadulillah, walaupu terkejar2 sbb baru nak beli tiket, tapi dapat jugak naik bas ke machang yg kul 2.30. sampai2 kat rmah, kul 8.20 mlm. Alamak, maghrib tak solat lagi. tgh2 ambik wudhu'(air sembahyang) t'dgr bilal kat masjid azan. Kena qadha' la nampk gayanya. Lepas solat isyak sume, borak2 ngn ma, ngn adik2 then ...tdo dgn nyenyaknyer.... Jumaat Solat subuh sorang2, tak larat nak bangun awal. bkn tak t'sdar. Bgn2 ma dah tolong masak sume .Aku solat2 dan tunggu mkn je lah. Tak wat pape, tdo je sepagi tue. Tgk2 jam dah kul 1. Alamak, Jumaat lak. Pas Jumaat, tlg2 abg Ngah goreng ikan kt dapur, then mkn nasik ramai2. Belek2 nota Islam dan Ideologi Masa Kini jap. Tgk2 dah dkat Asar. Alhmadulillah, dapat taufik untuk gi masjid. Lama betul tak azan, sampai2 tak de oran...

Tazkiyatun nafs.

Image

Baik Buruk Allah yang Tentukan...

Image
Kekhusyukan Tok Guru semasa berdoa selepas solat Subuh(Munajat Perdana Rakayat Kelantan 7 Mac 2008) Alhamdulillah, hari ini Malaysia masih 'basah', dek kerana gelombang 'tsunami politik' yang melanda 8 Mac 2008 yang lalu. Aku yang kerugian kerana tidak dapat turut sama mencipta sejarah itu akur dengan kedhaifanku untuk memastikan diriku bersama barisan(baca:bulatan) pejuang Islam dan pejuang hak-hak kemanusiaan. 'Mereka' yang mendapat majoriti '9/10' itu kini sedang ber'pesta' air mata kerana berjaya memberikan 4 anak emas yang dijaga selama ini kepada 'kawan rapat' yang di'sayangi' selama ini. Moga-moga mereka akan terus begitu dan begitu. Ayuh bro...PRU-13 kita pastikan TOK GURU NIK AZIZ @ Penggantinya menjadi PM/ Khalifah Islam bagi Daulat Islamiah kita yang baru, InsyaAllah. Takbir....ALLAHU AKBAR.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

Image
Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...huhu.. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum sidang pembaca blogku sekalian... Tok Guru Nik Aziz ajar anak murid mengumpat???? Kalau modal cuma sesen jangan dirasuah si billionaire. Dalam hadis Nabi, mafhumnya, "Berkatalah olehmu akan yang benar, sekalipun pahit". Jadi apa yang tak kena dengan ucapan Tok Guru sehari dua nie...Cuba kita fikirkan. Persoalan hidup selepas mati adalah antara persoalan yang sudah jelas termaktub dalam Al Qur'an dan Hadis Nabi. Lantaran itu, menjadi kewajipan atas para ilmuan Islam(ulamak) memperingatkan tentang perkara ini bagi Muslim yang lalai. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang zalim sama ada dari golongan kafir, munafiq atau fasiq. Apa kaitannya dengan isu yang nak dibincangkan nie..(boleh mengumpat). Malaysia kita mempunyai pemimpin yang fasiq. Kenapa, kerana terang-terang enggan melaksanakan hukum Islam di Malaysia dan kerana cuba menghalang orang-orang Melayu Islam yang ing...
Image
Kat Jabatan Alam Sekitar KT. Cari report EIA. Allahuakbar.

Tahun paling mendebarkan....2008.

Bismillahirrahmanirrahim, Posse skit... Tahun nie adalah yang paling mendebarkan bagi sesiape sahaja. Nak tahu kenapa? Tanyalah sendiri...huhu... Sebenarnye...tahun nie aku akan bergraduat InsyaAllah, selepas berjaya mengharungi pahit manis selama 3 tahun di UMT nie. Pelbagai onak dan ranjau aku dah tempuhi...Perghh...macam jiwang la plak. Antara orang-orang yang paling berdebar-debar dengan tahun 2008: Pak Leh: Sebab PRU-12 mesti dibuat secepat mungkin. Tok Guru X: Menentukan jatuh bangunnye Parti Qamar. Mak bapak: Bimbang anak-anak akan alami nasib yang sama seperti Nurin @ Syarlinie. Pengguna: BN: Barang naik lagi ke.... Mahasiswa: Bila nak ade p/raya kampus yang adil nie. Artis: Siapa yang akan terus raih anugerah dalam ...hmmm ntah berapa jenis anugerah daaa. Pendidik: Macam mane nak hadapi pelajar-pelajar yang semakin bijak tetapi semakin rosak akhlak. ....Aku rasa cukup r dulu. Nak g solat Asar lak nie...Ok Wassalam.

Wanita Idaman

Alhamdulillah. Pasal semalam. Aku pu tak thu nak tulis ape lagi. Tengoklah lain kali. Wanita Idaman Perempuan yang kami sayangi, Adalah pencinta Tuhannya, Yang mengalir cinta, takut, dan harap. Yang menguasai perjalanan hidupnya, Dari waktu ke waktu, Dari hari ke hari, Sehingga perjalanan di antara, Jasad dan nyawanya berakhir. Perempuan yang kami rindui, Adalah perempuan yang di mata dan di wajahnya, Terpancar sinar nur Ilahi, Lidahnya basah dengan zikrullah, Di sudut hati kecilnya, Sentiasa membesarkan Allah Perempuan yang kami cintai, Yang menutup auratnya, Dari pandangan mata ajnabi, Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya, Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi. Perempuan yang kami impikan, Adalah yang mendekatkan hatinya yang telah jauh, Kepada Ar-Rahman, Ar-Rahim, Di saat orang lain dilamar kebendaaan Perempuan yang kami kasihi, Yang bersyukur dengan apa yang ada, Yang bersabar pada yang tiada, Cinta pada hidup yang sederhana, Yang tidak bermata benda. Perempuan yang kami s...

Blogku untuk hari ini(15 Januari 2008:12:34tgh hari)

Blogku untuk hari ini.(15 Januari 2008) Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Aku tak tahu lah nak tulis ape kt blogku hari ni. Pasal cinta ke atau pasal aurat. Yang pasti dah ramai tahu pasal ni semua. Sebab ape? Sebab masing-masing dah belajar masa kat sekolah rendah dan sekolah menengah dulu. Takkan ustaz-ustaz dan ustazah kat Malaysia ni tak pernah ajar. Kan terkndung dalam silibus tue... Macam ni lah. Apa kata kita discuss pasal 'TAQWA'. Untuk tajuk nie saya nak ambik tiga ayat Al Qur'an ari Surah al Fatihah. Untuk renungan bersama.... Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-1 Segala Puji-pujian Tertentu Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam-2 Tuhan Yang maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-3 Cukup tiga ayat. Cuba kita sama-sama renungi ayat-ayat nie. Ayat-ayat ini merupakan antara tujuh ayat daripada Surah Al Fatihah yang wajib dibaca setiap kali solat dan ia juga terkandung dalam rukun Qouli(=bacaan). Jadi apakah mesej yang Allah cuba sampaik...

Nikmat Allah yang banyak...

Diari Trip Memancing Laut Dalam ku 6 Januari 2008 Pergi ke KT, beli alat-alat untuk memancing. Habis dekat seratus lebih.( RM125.00) 7 Januari 2008 Tiada aktiviti berkaitan memancing. Fokus pada kuliah. 8 Januari 2008 Minta Akhi tolong pasangkan tangsi pada spinning reel 9 Januari 2008 Bertolak ke rumah Nur Akhiruddin di Kg Tok Jembal. Bermalam terus di situ kerana nak kejar Subuh berjemaah dan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. 10 Januari 2008 Solat subuh berjemaah di Masjid Tok Jembal. Sarapan pagi dengan Zul dan Abang di Warung Roti Canai depan Kem PGA. Bersih-bersih halaman rumah. 1:20 petang- Solat Zohor berjemaah di Masjid Tok Jembal. 1:50 petang-Ke Pasar Basah Pekan Batu Enam untuk beli ikan dan sotong sebagai umpan. Juga sedikit air batu. ≈2:30 petang- Bergerak ke jeti Pak Awang di Pengkalan Datu. ≈3:00 petang-Tiba di Jeti. Timbul masalah bot rosak. Foreman pulak masih belum pulang. Pak Awang mintak member dia tolong gantikan. Hampir-hampir kecewa kerana jika gagal dibaiki ...

Demi Waktu

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Alhamadulillah, pada malam ini aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk berceloteh dalam blogku ini, meski tidak sehebat mana, namun aku tetap wajib bersyukur kerana nikmat ilmu dan kemampuan ini hanya Allah sahaja yang boleh bagi. Dari pagi tadi sampailah ke saat ini aku masih bermukim di makmal biodiversiti ni meneruskan kesinambungan projek tahun akhirku. Segala puji-pujian bagi Allah. Hari ini aku dapat men'dissect' kurang lebih sepuluh ekor ketam(fiddler crab) dan dapat juga untuk membuat analisis TLC. InsyaAllah aku yakin dapat selesaikan semua ini dengan lebih cepat an sempurna. Aku ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama. Ianya berkenaan CINTA. Cinta Akhirat Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih mengurniakanku segala kudrat dan iradat yang dengannya menjadi asbab untukku meneruskan baki umurku di dunia yang fana ini. Tidak lain dan tidak bukan untukku mencari perbekalan buat kehidupan di akhi...