Posts

Jagalah hubungan dengan Tuhanmu

Alhamdulillah, Akhirnya pada petang ni aku diizinkan olehNya untuk mencari segala apa yang ku inginkan di library UMT. ( dulunya dikenai sebagai KUSTEM, KUT, dan UPM.) Alhamdulillah, sekejap lagi Asar akan bertandang. Aduh rindunya terasa untuk mengadap kembali Penciptaku, yang telah mengurniakanku berbagai-bagai nikmat, mentarbiahku dengan Islam yang diredhaiNya mengisi dadaku dengan iman, menjadikanku gerun dan takut padanya semata-mata. Namun aku sedar, aku bukanlah seperti dulu lagi. Kini aku sudah diberi peluang seluas-luasnya untuk memilih apa yang terbaik buat diriku. Kealpaanku dalam mengemudi kehidupan seringkali menjerumuskanku ke lembah kehinaan, dukacita berpanjangan. Ya Allah, banyak sungguh dosa-dosa ku kepadaMu. Ku tahu, engkau Maha Kaya dan tidak akan terjejas meskipun kami semua seluruh umat menderhaka kepadaMu. Lantaran itu , wahai Tuhan yang memiliki segala-galanya, bantulah aku, ampunilah segala dosa-dosaku kepadaMu. -Insan Kerdil

BaNjir di Johor Darul UMNO!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim... Kumulakan bicara hati ini dengan sepotong ayat Al qur'an yang mafhumnya berbunyi begini: " Telah zahir segala kerosakan di bumi dan di laut disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang jahat untuk kami merasakan sedikit bagi mereka bagi apa yang telah mereka lakukan...." Alhamdulillah, semalam Ceramah Perdana selamat dijayakan di Masjid Rusila, Marang Terengganu, Malaysia. Ku bersyukur kepada Allah kerana terpilih untuk sama-sama mengikuti majlis ilmu itu( bukan sekadar ceramah politik yang kosong). Dengan dipengerusikan oleh seorang ustaz yang tak sempat ku catit namanya, majlis itu menjadi bertambah hebat dengan kehadiran Presiden PAS sendiri iaitu Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang dan juga Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Datuk Dr. Mahfudz bin Mohd. Selain itu Ustaz Mazlan Aliman yang merangkap Naib Ketua Pemuda PAS Pusat dan Ustaz Azman Shapawi yang malam ini baru ku kenal sebagai Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu juga hadir untuk lebih ...

Mufti Perak Dicabar Lagi

" Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, kelak kamu akan disentuh oleh api neraka" mafhum firman Allah. Artikel dlm Bernama online 18th Oktober 2006. Am 18 Oktober, 2006 13:04 PM Biar Majlis Fatwa Putuskan Sama Ada Hiburan Aidilfitri Langgar Agama, Kata Rais KUALA KLAWANG, 18 Okt (Bernama) -- Soal sama ada acara program hiburan menyambut Aidilfitri bercanggah atau tidak dengan Islam perlu diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan bukannya oleh mana-mana individu, kata Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Dr Rais Yatim.Merujuk teguran Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria bahawa hiburan berunsur maksiat termasuk menggabung nama Aidilfitri dengan konsert telah mencemar kesucian Ramadan, beliau berkata: "Soalnya, yang ditegur itu tarian mana, lagu mana yang bercanggah.""Teguran yang dibuat mufti itu bukan sahaja pada masa ini, malah sebelum ini juga, yang kadangkala begitu merumitkan kerajaan tetapi tidak ada pihak yang ber...

Ingatlah....

TAZKIRAH HARIAN “Sesungguhnya Islam adalah agama ,dunia, politik dan Negara. Seorang muslim yang sebenarnya ialah yang bekerja demi agama dan dunianya dengan bersama-sama. Al-Qur’an datang membawa akidah yang sebenarnya dan hukum-hukum yang bijaksana dalam peribadatan, muamalah, organisasi pemerintahan, politik, ekonomi, pemerintahan, sosial, kebudayaan. Dia datang membawa titah perintah dan larangan serta apa-apa yang melindunginya berupa hukuman dan celaan. Dan dia juga mengharuskan kepada kaum muslimin seluruhnya untuk melaksanakan dan mendirikan negara atas dasar ajaran itu.” (As Syahid Hassan Al-Banna) BismillahiRahmaniRahim... Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih mengizinkan kita meyedut udara segar sebagai pinjaman sementara yang akan ditanya kelak..syukur ke hadrat Allah yang sentiasa memberi peluang untuk kita bertaubat atas segala dosa kita baik yang disedari atau tidak...

Lubnan disirami darah para syuhada .

Assalamualaikum.. rsnye sudah terlalu lama aku tak jenguk blog aku ni. Well, kini kini aku kembali ngan isu yang lebih baik InsyaAllah. HAMAS : Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia Posted on Monday, May 15 @ 16:20:49 MYT by admin gunxx writes " (Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil) Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aq...

Intro...

Assalamualaikum, web sites ini masih di peringkat permulaan....