Ada apa dengan nafsu...
Salam kamunting, Malaysia kita dan dunia Islam akhir-akhir ini gempar dengan pelbagai isu yang merobek perasaan dan meruntun jiwa. Kes-kes terbaru seperti kes Sufiah Oxford, kes remaja ditanam selepas dirogol dan dibunuh, kes fitnah perasuah-perasuah politik dan kes buang bayi sana sini seakan-akan membongkar betapa teruknya keadaan masyarakat kini. Di kala pemikir-pemikir masyarakat berhempas pulas mencari alternatif penyelesaian, tidak sedikit yang alpa bahwa semua ini berpunca dari sifat dan perilaku inidividu itu sendiri sama ada di peringkat rakyat marahaen hinggalah ke pucuk pimpinan tertinggi. Perilaku manusia yang saya maksudkan adalah akhlak dan moral yang dipengaruhi oleh satu kecenderungan. Nafsu. 'Nafsu'. Satu term yang amat mudah ditutur dan sering dikaitkan dengan makhluk Allah baik dari golongan jin, manusia atau pun haiwan. Dalam perbincangan ini rasanya tak perlulah untuk kita bincangkan persoalan nafsu dalam skop haiwan kerana ya...tidak bermanfaat. Umum m...