Coretan 26 Rejab

Bismillah,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, rabbul Izzati. Tuhan Penguasa dan Pemelihara Alam Semesta. Kepada-Nyalah kita berserah diri dan kepada-Nya jua kita bergantung harap.

Hari ini aku berjaya sampai ke rumah flatku di Wangsa Maju selepas perjalanan selama satu jam empat puluh lima minit dari Putrajaya ke rumahku dengan menaiki teksi, tren ekspres KLIA dan bas Rapid KL.Walaupun tambang sejumlah hampir RM20 harus dikeluarkan, aku akur dengan hakikat ini.

Semalaman di Putrajaya untuk menemui dan menemani isteri tercinta yang akan menempuhi peperiksaan KPSL bagi gred 41 di PICC pada hari ini begitu berharga. Betapa tidak. Kami hanya dapat berjumpa seminggu sekali kerana berjauhan akibat kekangan kerja.

Sudah seminggu aku tidak begitu ghairah terhadap facebookku sebagaimana biasa. Aktiviti mengklik butang "like", "comment" dan "share" tidak sekerap dulu. Mungkin gara-gara aku pernah dicaci maki oleh seorang pemblog pro pembangkang kerana tersalah beri nasihat. Mungkin juga sebab aku menyedari keaktifanku tidak ke mana jika di saat aku tidak melayari internet, aku tidak membuat apa-apa yang bermanfaat untuk dunia maya. Sekurang-kurang aku menyiapkan sesuatu untuk blog "mmt86" ku, atau post faceboo "Ridhuan Al Faruq Abdullah"ku atau di channel "donttry2"ku.

Mungkin banyak pengajaran yang ingin disampaikan oleh Allah kepadaku.

Aku yang masih bermujadahah demi menjadi hamba bertaqwa-Mu ya Allah.

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?