Penterjemahan di Malaysia sepintas lalu.


Seerti dan sejadi. Itulah konsep penterjemahan yang dipegang oleh mana-mana penterjemah di seluruh dunia. Penterjemahan bermakna memindahkan maksud, budaya dan perkara berkaitan daripada bahasa sumber kepada bahasa sasaran. Konteks pembaca sasaran perlu diketahui dengan jelas. 

Kajian tentang tajuk perlu dilakukan khususnya apabila menterjemah buku. Jika menterjemah dokumen, ketepatan maklumat antara hal terpenting yang diutamakan. Pemahaman penterjemah tentang sesuatu isu lebih penting daripada kebolehan menterjemah itu sendiri. Bidang terjemahan merupakan bidang belakang tabir di Malaysia. 

Sama ada rakyat sedar atau tidak, negara mempunyai ramai penterjemah hebat yang berpengalaman belasan tahun dalam bidang penterjemah. Mereka mungkin sedang bekerja dengan badan separa kerajaan seperti ITBM, DBP atau ahli Persatuan Penterjemah Malaysia. Ramai juga yang menjadi penterjemah sambilan. 

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?