Mari berdoa
Doa 19 Memohon Keimanan Yang Menjadikan Hati Sabar Bila Ditimpa Bala dan Sentiasa Redha Dengan Rezeki Pemberian Allah S.W.T Renungan Setiap manusia yang hidup di dunia ini tidak terlepas dari menghadapi ujian dan dugaan Allah s.w.t. Sesetengah mereka menghadapi ujian atau dugaan Allah s.w.t dengan tenang dan sentiasa sedar bahawa bala ini adalah dari Allah s.w.t, dengan ini mereka terus bersyukur kepada Allah s.w.t terhadap ujian tersebut serta sabar dan menerimanya dengan penuh kerelaan hati. Inilah golongan yang paling cemerlang. Sebaliknya ada sesetengah yang lain pula bila diuji oleh Allah s.w.t dengan keburukan atau bala terus membebel dan menunjukkan reaksi tidak baik terhadap Allah s.w.t bahkan menzahirkan kelakuan yang tidak dapat menerima bala Allah s.w.t yang ditimpakan ke atas mereka. Mereka ini sebenarnya kurang baik, kerana setiap bala yang diuji oleh Allah s.w.t akan digantikan kebaikan bahkan diberikan ganjaran dengan kebaikan. Kenapakah kita selalu merungut dan membebel...