Posts

Showing posts from July, 2008

muzakarah, moqobalah, 'bo baloh'

Bismillahirrahmanirrahim.... Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih kurniakanku sedikit kesempatan dan ruang untuk bersyukur atas nikmatNya yang tidak terhingga. Sesungguhnya tidak ada yang lebih membahagiakan selain dapat menzahirkan rasa penghargaan kepada pemilik segala nikmat, sumber segala kebahagiaan. Pagi nie aku bangun lewat lagi..bukan tak terjaga awal, tapi ntah lah..time awal boleh plak gi surau solat subuh berjemaah. Tapi yang banyaknye, solat kat rumah je. Nasib baik la stakat memulakan hidup sebagai orang yang baru grad ni aku tak de la sampai terbabas selalu. Mujur juge skang duk serumah ngn sahabat-sahabat yang sayangkan solat berjemaah... Teruja sungguh rase nye pabila membaca entri terbaru sahabat muslimah ku tadi. Aku mengkaguminya kerna kesabaran dan kesungguhannya menempuhi gelombang hidup di KUSTEM/UMT tanpa tersasar dari tujuan hidup seorang hamba kepada Tuhannya dan sebagai anak yang solehahkepada ayahanda dan bondanya. Ya..mungkin sahabat dan pemba

Konvokesyen ke-6 UMT

Image
Bersama Mahazan, rakan seperjuangan Ibuku, terimalah kejayaan yang tidak seberapa ini Acu cuba try test kat rumah dlu..huhu.. B.Sc Biology Marine 14 July 2008

Majlis Silaturrahim Pondok Semalaysia

Image
Alhamdulillah, pada 9 dan 10 Rejab yang lalu bersamaan 12 dan 13 Julai 2008, aku berkesempatan untuk bersama-sama mengahdiri Majlis Silaturrahim Pondok Semalaysia Kali ke-2. Majlis yang bertempat di Pondok Darul Muhajirin, Bukit Jong Kuala terengganu itu merupakan anjuran Kesatuan Madrasah Islamiyah atau ITMAM. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan pada kaca mataku. Dua ekor lembu tumbang untuk jamuan bagi peserta majlis untuk kedua-dua hari tersebut. Tema majlis tersebut pada tahun ini adalah 'Memahami Aqidah AhluSunnah Wal Jamaah Menerusi Pengajian Sifat 20'. Tuan Guru Baba Mohd Suplar dalam ucapannya menegaskan bahawa kejayaan umat Islam kini bergantung pada sejauh mana mereka boleh mengamalkan amar makruf nahi mungkar. Beliau juga mempersoalkan tentang pembahagian tauhid yang diajar di insititusi-institusi pengajian sekarang di Malaysia, barangkali sesat pada pandangannya. manakal wakil ITMAM iaitu Tuan Guru Hj wan Zukir Wan Ismail pula mengingatkan kepada