muzakarah, moqobalah, 'bo baloh'

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih kurniakanku sedikit kesempatan dan ruang untuk bersyukur atas nikmatNya yang tidak terhingga. Sesungguhnya tidak ada yang lebih membahagiakan selain dapat menzahirkan rasa penghargaan kepada pemilik segala nikmat, sumber segala kebahagiaan.
Pagi nie aku bangun lewat lagi..bukan tak terjaga awal, tapi ntah lah..time awal boleh plak gi surau solat subuh berjemaah. Tapi yang banyaknye, solat kat rumah je. Nasib baik la stakat memulakan hidup sebagai orang yang baru grad ni aku tak de la sampai terbabas selalu. Mujur juge skang duk serumah ngn sahabat-sahabat yang sayangkan solat berjemaah...
Teruja sungguh rase nye pabila membaca entri terbaru sahabat muslimah ku tadi. Aku mengkaguminya kerna kesabaran dan kesungguhannya menempuhi gelombang hidup di KUSTEM/UMT tanpa tersasar dari tujuan hidup seorang hamba kepada Tuhannya dan sebagai anak yang solehahkepada ayahanda dan bondanya. Ya..mungkin sahabat dan pembaca sekalian tertanya-tanya siapakah gerangan gadis suci itu. Biarlah lah rahsia..
Ape yang penting kita ambil contoh daripada sikap, akhlaknya yang mulia itu. Aku mengenalinya semenjak berada di tahun 1 lagi . Pernah juga belajar bersama-sama, mencari maklumat dan menyiapkan kerja dalam satu group assignment. Sepanjang ku mengenalinya, aku menyedari bahwa dia adalah muslimah yang telah banyak ditarbiah dan amat kental dengan prinsipnya. Bagiku tidak ada seorang pun muslimah lain dalam kelasku yang mampu menyainginya. Dia seorang yang tidak kurang dari segi rupa, akhlak yang cukup terpuji, keputusan yang sentiasa maintain meskipun banyak terlibat dalam program anjuran Kelab Al Ikhwan dan organisasi lain. Ukuran kecemerlangan tidak hanya diukur pada keputusan GPA dan CGPA semata-mata. Itulah yang masih ku pegang sehingga hari ini. Namun aku sendiri gagal merealisasikan fakta tersebut. Harapanku, semoga Allah sentiasa merahmati hidupnya, memberikan kebahagiaan dan keselamatan untuknya.
Ha..tue baru muqaddimah..isi baru nak masuk nie..huhu..
muzakarah, moqobalah, 'bo baloh'..
yang 1st dan 2nd tue aku tak panadai nak terang coz aku bukan la politician atau ustaz. Tapi sekadar ingin menyuarakan pandangan aku bersetuju bahawa usaha pertemuan PAS dan UMNO tidak salah dan InsyaAllah dapat menghasilkan natijah yang baik. Meski pun UMNO pernah bergabung dengan PAS setelah merayu-rayu untuk bersama PAS suatu ketika dahulu selepas kejadian 13 Mei 1969. Kemudian setelah sedikit kuat mereka menendang dan menyembelih PAS. Namun sebagai manusia yang masih mempunyai fitrah yang suci, pimpinan PAS telah membuat keputusan dan tindakan yang tepat.
pertemuan PAS dan UMNO tidak salah dan InsyaAllah dapat menghasilkan natijah yang baik
So???
So, kita atau sape-sape yang merasakan TG Presiden telah belot, cerminlah diri anda sendiri. Sejauh mana kita mendokong perjuangan Islam selama ini hinggakan kita sanggup mengatakan yang bukan-bukan kepada mereka yang telah banyak bersengkang mata, bergolok bergadai, bertaruh nyawa dan harta demi Islam tercinta. Siapa kita untuk mempersoalkan tindakan mereka( pimpinan tertinggi PAS). Insaflah , koreksilah diri sendri dan hentikanlah segala kesangsian, keraguan, dan buruk sangka kita kepada orang yang terjamin mengikuti perjuangan Islam yang sebenar. Cukup lah dengan kita melihat bagaimana mereka dihormati dan didokong oleh organisasi Islam seluruh dunia yang masyhur itu. Bukankah mereka yang pernah berurusan secara langsung dengan HAMAS, Ikhwan Muslimin, Hizbullah dan banyak lagi.
Siapa kita?????? Bo baloh..(hentikanlah pergaduhan).

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?