Posts

Showing posts with the label islamic principal

April yg berlalu...

Image
Bismillahirrahmanirrahim 2011 dah masuk suku tahun. Banyak suka duka yg dah ditempuh. Daripada pengalaman membesarkan baby yg berumur dua bulan lebih sampai pengalaman mengajar kat sebuah sekolah kawalan kat Kuala Krai ni. Gambar kt atas tue gambar masa pegi riadah kat Taman Tasik Krai, Kuala Krai ngn isteri tercinta. Awal pg lg tu kan. Tak la special sgt taman ni tapi bole la. Dalam tempoh 4 bln pertama ni kak ipar ku dah start mengandung, keta baru servis semula, ma kena batuk berdarah, mengajar kat sekolah rendah, jmpe kwn lama, jmpe bekas guru sekolah rendah, PRU Sarawak, tsunami Jepun, letupan reaktor Nuklear Fukushima, org sebelah rumah hampir sembuh drp stroke, abah jual kereta Nissan Sunny die, tandas baru rumah sewa abah siap, babi kembali mengganas kat rumah abah, Amirah kena demam & batuk2, aku sendiri pun x kebah drp batuk lg, Anwar kena fitnah, minyak RON 97 'tak naik' 20 sen ( Ahmad Sabri cakap), gempa susulan kat Jepun (7.1,6.9, 7.4...), Ahmad Sarbani kena ...

Bumi Cinta

Image
Bismillahirrahmanirrahim Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Seminggu dua ni aku asyik menghabiskan masaku dengan membaca novel terbaru karya Habiburahman El Shirazy, seorang novelis terkenal Indonesia saat ini. Novel terbaru beliau itu iaitu ‘Bumi Cinta’, mengisahkan sekelumit kehidupan seorang jejaka tampan yang diberi watak Muhammad Ayyas yang sedang membuat kajian tentang sejarah Islam di Rusia. Bakal pemegang sarjana itu telah menempuh pelbagai onak dan liku dalam tempoh sebulan dia berada di negara yang dahulunya dikenali sebagai Soviet Union itu. Penulis cuba menyampaikan bagaimana dahsyatnya ujian keimanan di sebuah negara bebas yang menghalalkan segala perkara termasuklah seks bebas, gay dan seumpamanya. Aku amat kagum dan akan sentiasa takjub dengan mutu novel yang telah dikarang oleh penulisnya. Mudah-mudahan Allah sentiasa memberkati usahanya selama ini. Ameeen… Kali ini aku terasa ingin mengupas soal pornografi dan seks bebas yang...

Bagaimana Paradigma Liberalisme memasuki kosmo hidup umat Islam Malaysia?

Muhammad Nuruddin Bashah Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) Ancaman liberal di Malaysia dan hakikatnya. Setiap tamadun di dunia ini selalunya menjadikan agama sebagai substensi atau materi utama bagi pengisian yang menjadi tonggak utama kemandirin tamadun tersebut. Unsur mistik dan teologis-metos banyak digunapakai. Kata Marvin Perry, “Religion lay at the center of Mesopotamian life. Every human activity-political, military, social, legal, literary, artistic-was generally subordinated to an overriding religious purpose”[1] Pada asasnya sekularisasi umat Kristian di barat adalah punca berlakunya budaya liberalisme. Tokoh-tokoh sosial-ekonomis seperti John Locke, Rouueau, Thomas Hobbes dan Descartes (ahli matematik) bersepakat dalam melegitimasikan sekular sebagai penyelesai kongkongan gereja dan monarki beraja. Pada asalnya liberalisme hanya diperkata dalam hal ekonomi kerana tokoh falsafah barat tersenarai di atas telah mengasaskan satu paradigma baru iaitu kapitalisme. Kapitalisme adalah ...

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

Image
Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...huhu.. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum sidang pembaca blogku sekalian... Tok Guru Nik Aziz ajar anak murid mengumpat???? Kalau modal cuma sesen jangan dirasuah si billionaire. Dalam hadis Nabi, mafhumnya, "Berkatalah olehmu akan yang benar, sekalipun pahit". Jadi apa yang tak kena dengan ucapan Tok Guru sehari dua nie...Cuba kita fikirkan. Persoalan hidup selepas mati adalah antara persoalan yang sudah jelas termaktub dalam Al Qur'an dan Hadis Nabi. Lantaran itu, menjadi kewajipan atas para ilmuan Islam(ulamak) memperingatkan tentang perkara ini bagi Muslim yang lalai. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang zalim sama ada dari golongan kafir, munafiq atau fasiq. Apa kaitannya dengan isu yang nak dibincangkan nie..(boleh mengumpat). Malaysia kita mempunyai pemimpin yang fasiq. Kenapa, kerana terang-terang enggan melaksanakan hukum Islam di Malaysia dan kerana cuba menghalang orang-orang Melayu Islam yang ing...