Posts

Showing posts with the label family

Selamat Hari Guru Cikgu...

Image
Barisan guru SMKSYPII sedang menyanyikan lagu hari Guru. Mei ni byk peristiwa fun & best berlaku kt aku. Antaranya program wife kt pasir Mas. Minggu perpaduan anjuran JPNIN. Baru Sabtu lepas. 2 hari lepas lak sambutan hari Guru kt SMK SYP2. Aku jd MC. Wah, mkin confident lak rase. Aku main gak volley ball. alih2 group aku menang. Sukenye-sukenye. huhu... Bulan ni byk benda gak kena pikir. ISu keluarga, isu negara, isu masa depan. Isu negara ngn petrol yg naik harga nya. isu keluarga pon byk gak. Yg penting aku kena sentiasa harapkan penyelesaian dariNya selain usaha yang aku dok buat. Kepada sume cikgu yang mengenali diri ini. Inginku ucapkan ' Selamat Hari Guru'...

Semalam yang berlalu

Image
Semalam abah datang ke sekolah. Bagi roadtax motor baru. Mujurrr... Kalo tak alamat masuk bandar cam tikus la nanti. Takot t'jmpa bapak polisi. Sehari dua ni hujan tak tentu arah la. Semalam pun lencun gak aku. Kebasahan dek kehujanan. Ape pon baby tersayang masih belum sihat lagi. Kesian baby papa. Dah dekat dua minggu demam. Dah la malam semalam tido memanjang jer. Pagi tadi kul 4.30 dah bangun. Mama die mtk izin nk bagi ubat. T'pksa la aku tolong pegang. Bukan tak nak bagi tapi kesian tengok baby nak telan ubat yang ntah berapa jenis yang pahit2 tu. kalo taraf org dewasa tak terasa lah. Tapi bg baby mungkin pahit giler kot. Sayang ....sabar yer, InsyaAllah sehari dua nanti kebah la demam ngan selsema tu.

Sepintas lalu diari Mac 2011

Bismillahirrahmanirrahim… Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang sentiasa memberikan rahmat dan hidayahNya untukku hidup di atas dunia yang sementara ini. Sesungguhnya, semua yang dilalui sehari-hari ini adalah kesempatan sementara buatku mencari bekalan seoptima mungkin. Kelak di sana kebahagiaan menanti. InsyaAllah. Tanggal 20 Mac 2011, aku melaporkan diri ke sebuah sekolah yang tidak asing lagi di kalangan warga daerah Kuala Krai. Sebuah sekolah menengah. Sebuah sekolah kawalan, iaitu SMK Sultan Yahaya Petra II. Khabarnya semua pelajar yang diterima masuk ke sekolah ini adalah yang telah disaring dan ditapis terlebih dahulu. Kalau tak dapat 4A atau 5A dalam UPSR tak payah bermimpilah nak ke sekolah ini. Merujuk kembali diriku sendiri, aku hanya ditugaskan di sini selaku guru ganti kepada salah seorang guru Sains perempuan di sekolah ini yang cuti bersalin. Alhmadulillah, dah rezeki aku kat sini kali ini. Hari pertama di sekolah ini aku amat teruja dengan persekitaran dan gambara...

Syukur itu segala-galanya.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang telah menciptakan segala sesuatu dan memenuhi setiap keperluan makhluk-Nya. Oh Tuhan sungguh hamba-Mu ini termasuk golongan 99%. Golongan yang tidak dan kurang bersyukur padaMu. Ya Allah, apekah yang telah ku lakukan terhadap isteriku. Alangkah besarnya dosaku padanya. Azami isteriku, maafkan abang ye sayang. Abang janji, abang akan jadi suami yang soleh serta lebih bertanggungjaawab. InsyaAllah. Sungai Embak, Kuala Krai (24 Mei 2010) 08:54 pagi.

Aku dan isteri...

Image
Duhai isteriku, Senyum tawamu pengubat dukaku... -Muhamad Ridhuan & Azami

Kehidupan berkeluarga dan situasi semasa

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberikanku hidayah dan taufik sehingga ku dapat ‘blogging’ mlm nie. Selawat dan salam atas junjungan tercinta. Berkat kedatanganmulah wahai Rasulullah, kami dapat menghirup udara Islam pada hari ini. Limpahan rahmat dan berkat jua ku doakan buat para mukminin di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia am nya. T idak mudah untuk menjadi seorang suami. Itulah yang kurasakan ketika ini. Isteri adalah amanah Allah buatku. Bukan semata-mata nak bersedap-sedapan. Ku sedar dan perasan bahwa ramai yang telah kecundang dalam meayari bahtera rumahtangga. Apa yang pasti, didikan agama yang mencukupi dan mantap sahaja menjamin kerukunan rumahtanggaku yang ku idam-idamkan selama ini.Jauh dari itu aku perlu memastikan hubungan silaturrahim dengan keluarga baruku terjalin erat dan mesra. A ku juga tak boleh lari dari masalah pengurusan wang yang betul. Jika tak dapat kawal nafsu bertambah-tambah la masalah. Hanya satu yang ku ...