Posts

Showing posts from September, 2007

Ramadhan Sebagai Universiti Taqwa Antarabangsa( International of Taqwa University)

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang telah memberikanku segala-galanya untuk meneruskan hidup di dunia ini. Hari ini sudah masuk hari ke enam aku berpuasa. InsyaAllah moga-moga Allah izinkanku menghabiskan sisa umur yang berbaki ini bersama-sama bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh setiap mereka yang beriman. "Due...Due..dah lima setengah nie..bangun sahur, " kejut Uzair. Aku yang masih di awang-awangan terkebil-kebil melihat jam di handset Nokia pemberian abah beberapa bulan lalu. "..Ah..baru 5:11. sempat lagi ni skit.." getus diriku sendirian. Aku menjamah sedikit nasi yang ku masak sebelum tidur semalam dengan berlaukkan sedikit gulai daging. Alhamdulillah, boleh lah. Daripada berlapar seharian... Tiba azan subuh aku bergegas ke surau. Pagi ni ustaz X datang (aku lupe la nama die). Mujurlah, dapat juge aku dengar tazkirah sekali sekala. Dia menekankan kepentingan menjaga iman dan Islam. Aku terpaku sepanjang beliau menyampaikan t