Ramadhan Sebagai Universiti Taqwa Antarabangsa( International of Taqwa University)

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang telah memberikanku segala-galanya untuk meneruskan hidup di dunia ini. Hari ini sudah masuk hari ke enam aku berpuasa. InsyaAllah moga-moga Allah izinkanku menghabiskan sisa umur yang berbaki ini bersama-sama bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh setiap mereka yang beriman.
"Due...Due..dah lima setengah nie..bangun sahur, " kejut Uzair. Aku yang masih di awang-awangan terkebil-kebil melihat jam di handset Nokia pemberian abah beberapa bulan lalu. "..Ah..baru 5:11. sempat lagi ni skit.." getus diriku sendirian. Aku menjamah sedikit nasi yang ku masak sebelum tidur semalam dengan berlaukkan sedikit gulai daging. Alhamdulillah, boleh lah. Daripada berlapar seharian...
Tiba azan subuh aku bergegas ke surau. Pagi ni ustaz X datang (aku lupe la nama die). Mujurlah, dapat juge aku dengar tazkirah sekali sekala. Dia menekankan kepentingan menjaga iman dan Islam. Aku terpaku sepanjang beliau menyampaikan tazkirahnya. Alhamdulillah, walaupun tak banyak yang dapat ku nukilkan di sini tapi InsyaAllah dapat menyedarkan kita semua.
  1. Umat zaman dahulu terpaksa berkorban jiwa demi mempertahankan akidah. (seperti dalam kisah Ashabul Ukhdud;..berlaku di daerah Najran di Yaman. Sekumpulan hamba Allah yang beriman telah di bakar dalam lubang yang diletakkan kayu api sebesar bukit oleh rajanya yang kufur kepada Allah.)
  2. Kita wajib menjaga hukum-hakam Allah. Kena tutup aurat, jangan hampiri riba, jangan hampiri zina dab jangan makan rasuah.

Itu sahaja untuk setakat ini. Moga bertemu lagi di lain ketika. Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?