Posts

Showing posts from 2008

Tips kebahagiaan rumahtangga

Disusun oleh : abu Fida'uddin 1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita 2. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain. 3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. (jika suami dalam mood yang sesuai) 4. Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. 5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati .

"This is a goodbye kiss, you dog!"

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Kumulakan bicara maya ini dengan namaNya yang Maha Agung, buat memberkati coretan yang mudah-mudahan memberi input untuk semua. Kaget seketika!!! Itulah yang boleh ku katakan tatkala melihat klip video tentang Bush yang dibaling kasut oleh Muthathar al Zaidi, wartawan dari Iraq sambil melaungkan " This is a goodbye kiss, you dog!"... Memang padan ngan muka kau Bush. Kafir harbi yang paling jahat pernah wujud di muka bumi ni. In this image from APTN video, a man, centre throws a shoe at US President George W. Bush, background left, during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki, Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad, Iraq. On an Iraq trip shrouded in secrecy and marred by dissent, President George W. Bush on Sunday hailed progress in the war that defines his presidency and got a size-10 reminder of his unpopularity when a man hurled two shoes at him during a news conference. (AP Photo) Daku terasa ingin men

Sejenak bersama Due..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Ku mengajak diriku dan para pengunjung sekalian, agar, bersama-sama kita berterima kasih kepada Allah atas segala nikmatnya untuk hari ini dan yang sebelum ini. Semoga limpahan nikmat itu menandakan cinta dan kasih Pencipta kepada hambaNya..Amin. Setelah beberapa lamaku memencil diri, hari ini, walaupun aku dah plan nak balik rumah terus lepas habis kerja-kerja kat makmal tadi namun takdir Allah melangkaui kehendakku. Aku melencong ke pejabat Dr Din dan terus mengambil sedikit ruang waktu yang ada untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja tentang aktivitiku sehari dua nie. Hari Khamis yang lepas, aku diuji dengan demam yang menjadikan tubuhku begitu longlai dan tidak 'rhok'(=larat). Aku bersyukur kerna dengan demam ini, mudah-mudahan dosa-dosa kecilku bakal terampun. Namun , memang tabiat nafsu ammarah, tengah2 demam pon mata still cam biase. Pantang lalu makcik tua, fuuuhh...memang langsung tak tengok walau sebelah mata.

Wahai hati yang lalai...

Wahai hati yang lalai Mengapa masih gencar menambah titik noda Masihkah sanggup menahan bakaran api nan panas Aduh...aduh...aduh... dikau bakal menjerit kepanasan Dek kejahatanmu sebelum ini Justeru Bertaubatlah Usah kau biarkan dirimu terus tertipu dengan dunia....

Memperkasa pemahaman tentang REZEKI

Image
Alhamdulillah, syukur pada Allah yang masih menghidupkan aku pada malam nie and bagi kesempatan utuk bertaubat dan mempersiapkan bekal untuk di hari muka. Moga-moga aku tergolong dalam golongan yang sentiaa mendapat hidayah dan taufik dari Allah. Hari ini tidak bermula dengan baik untukku. Dengan Subuh yang lewat, aku melewati masa-masa yang ada tanpa iringan keberkatan dari Allah. Allahuakbar,...lebih kurang 8 jam aku bersama-sama adik-adik junior pergi ke Setiu untuk ambil ketam bagi tujuan ujikaji untuk projek tahun akhir mereka. Aku pergi pun setelah mendapat greenlight daripada Dr Din. Balik-balik dah 3.30 petang... Em, ape lagi..tido je la. Pas tido bngun solat Asar jap n g lepak2 kat umah hafiz. Dekat ngn maghrib , aku mcm bese, menrima hidayahNya untk pergi ke masjid. Mlm nie ada kuliah tasauf kat masjid KUSZA..Pe lagi beb..pergi la even tak semua ilmu yang diterima tue diamalkan..hu3.... Ustaz bagi explanation daripada Kitab Minhajul abidin...Ape? Ustaz mane..of course la usta

Dari Ramadhan al Mubarak ke Syawal..

Image
Salam Syawal dan Kemenangan Alhamdulillah, walaupun blog n macam chipsmore tapi masih dapat di update kan lagi. Terkadang rasa kesian kepada rakan-rakan dan abe Besar yang datang menjenguk namun tiada perekmbangan atau berita terbaru dapat dikongsikan. Sedikit berkenaan gambar di atas. Yang atas sekali tue gambar masa gi PUTIK( Pusat Tarbiah Islam Kelantan) di Pengakal;n Chepa sempena majlis aidilfitri antara anak-anak Kelantan di perantauan dengan Tok Guru MB. Alhamdulillah yang kat sebelah tue Aiman. Dia la bersungguh-sungguh ajak. Kalu tak susah jugak nak gi sorang-sorang. Gambar kat bawah tue majlis pada keesokan hari kat Balai Islam London..eh .Lundang. maap ..tershasyul.. (konon-konon nye lah). majlis Hari Raya (tok guru anti dgn istilah 'Hari Raya' nie; die suh kita latih sebut selamat bertadarus. selamat berzikir, selamat berikitikaf, baru cun gitu..ye tak tok guru).. Satu je soalan yang perlu ditanya kepada diri masing-masing dan dijawab oleh diri sendiri... Sudahkah

Salam Ramadhan

Alhamdulillah, syukur ke hadarat Allah kerana masih memberikanku kesempatan untuk kembali meneroka alam maya bersama pelayar-pelayar amatur dan profesional. Semoga Ramadhan kali ni membawa seribu rahmat kepada kita dan keampunan atas setiap dosa yang dilakukan. Amin.... Ya Allah , ampunilah dosa-dosa kami semua...

Syeikh Ahmad Yasin dalam kenangan...

Image
Dicopy dari laman web http://www.infopalestina.com/Ms/default.aspx?xyz=U6Qq7k%2bcOd9i39xY6%2f%2bPYOarD1hkT8XDnTB%2fy79wxjIn5DSjoVC1SSgXHO1QFiz%2fPJLuh8eo%2bKsF%2bdHzLow3811XiWDn4fLn0Y1qhKHumg28veZ47urKlpmoaLcPV%2faVCDv447TeA%2b4%3d Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Yang masih mengurniakanku sisa-sisa umur untukku mencari perbekalan buat kehidupan di akhirat nanti. Rasa-rasanya sudah tiga minggu aku tidak mengupdate kan blog nie. Hari ni aku berkesempatan untuk membiarkan jari-jemariku menari indah di keyboard computer buat sekelian kalinya. Moga-moga usahaku diberkati dan diredhai oleh Allah. Bulan nie banyak peristiwa, kejadian dan program-program penting yang berlaku yang mana sebahagian besarnya tidakku ketahui dengan jelas. Ooopp.hampir2 aku terlupa. Biasa lah kalau dah start menulis tanpa perancangan nie...habis benda nak ditulis. Cuma sekadar yang ku termampu untuk diriku dan supaya tidak menghampakan sahabat-sahabat yang datang mengunjung, marilah kita renung

muzakarah, moqobalah, 'bo baloh'

Bismillahirrahmanirrahim.... Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih kurniakanku sedikit kesempatan dan ruang untuk bersyukur atas nikmatNya yang tidak terhingga. Sesungguhnya tidak ada yang lebih membahagiakan selain dapat menzahirkan rasa penghargaan kepada pemilik segala nikmat, sumber segala kebahagiaan. Pagi nie aku bangun lewat lagi..bukan tak terjaga awal, tapi ntah lah..time awal boleh plak gi surau solat subuh berjemaah. Tapi yang banyaknye, solat kat rumah je. Nasib baik la stakat memulakan hidup sebagai orang yang baru grad ni aku tak de la sampai terbabas selalu. Mujur juge skang duk serumah ngn sahabat-sahabat yang sayangkan solat berjemaah... Teruja sungguh rase nye pabila membaca entri terbaru sahabat muslimah ku tadi. Aku mengkaguminya kerna kesabaran dan kesungguhannya menempuhi gelombang hidup di KUSTEM/UMT tanpa tersasar dari tujuan hidup seorang hamba kepada Tuhannya dan sebagai anak yang solehahkepada ayahanda dan bondanya. Ya..mungkin sahabat dan pemba

Konvokesyen ke-6 UMT

Image
Bersama Mahazan, rakan seperjuangan Ibuku, terimalah kejayaan yang tidak seberapa ini Acu cuba try test kat rumah dlu..huhu.. B.Sc Biology Marine 14 July 2008

Majlis Silaturrahim Pondok Semalaysia

Image
Alhamdulillah, pada 9 dan 10 Rejab yang lalu bersamaan 12 dan 13 Julai 2008, aku berkesempatan untuk bersama-sama mengahdiri Majlis Silaturrahim Pondok Semalaysia Kali ke-2. Majlis yang bertempat di Pondok Darul Muhajirin, Bukit Jong Kuala terengganu itu merupakan anjuran Kesatuan Madrasah Islamiyah atau ITMAM. Alhamdulillah, sambutan yang diterima amat menggalakkan pada kaca mataku. Dua ekor lembu tumbang untuk jamuan bagi peserta majlis untuk kedua-dua hari tersebut. Tema majlis tersebut pada tahun ini adalah 'Memahami Aqidah AhluSunnah Wal Jamaah Menerusi Pengajian Sifat 20'. Tuan Guru Baba Mohd Suplar dalam ucapannya menegaskan bahawa kejayaan umat Islam kini bergantung pada sejauh mana mereka boleh mengamalkan amar makruf nahi mungkar. Beliau juga mempersoalkan tentang pembahagian tauhid yang diajar di insititusi-institusi pengajian sekarang di Malaysia, barangkali sesat pada pandangannya. manakal wakil ITMAM iaitu Tuan Guru Hj wan Zukir Wan Ismail pula mengingatkan kepada

Serampang dua mata ke talam dua muka

Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai solat Asar berjemaah di surau Fakulti Sains dan Teknologi UMT. Syukurlah kerana dapat azan hari nie. Lama sudah aku tak dapat azan. Sesekali dapat melaungkan kebesaran Allah terasa beruntungnye. Lagi beruntung kerana dapat berjemaah dengan golongan intelektual yang komited dengan Islam. Prof Ismail, Prof Fauzi dan Doktor-Doktor lain selain daripada staf2 sokongan. Meski pun universitiku tidak segah universiti lain yang ternama namun aku masih bersyukur kerana masih punyai mereka. Mereka tidak dilalaikan oleh bebanan kerja walhal mereka bisa saja solat lewat sedikit kerana kerja sebagai profesor pasti memerlukan komitmen yang tinggi. Ape pun aku tetap bersyukur kepada Allah yang mengizinkan ku untuk solat berjemaah pada hari ini. Alhamdulillah. Seusai solat Prof Ismail yang merangkap imam pada hari ini bertazkirah. Cukup pendek dan padat. Rasenye tidak sampai 2 minit. Beliau hanya berpesan supaya ahli jemaah berhati-hati agar tidak termasuk dalam g

Bagaimana Paradigma Liberalisme memasuki kosmo hidup umat Islam Malaysia?

Muhammad Nuruddin Bashah Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) Ancaman liberal di Malaysia dan hakikatnya. Setiap tamadun di dunia ini selalunya menjadikan agama sebagai substensi atau materi utama bagi pengisian yang menjadi tonggak utama kemandirin tamadun tersebut. Unsur mistik dan teologis-metos banyak digunapakai. Kata Marvin Perry, “Religion lay at the center of Mesopotamian life. Every human activity-political, military, social, legal, literary, artistic-was generally subordinated to an overriding religious purpose”[1] Pada asasnya sekularisasi umat Kristian di barat adalah punca berlakunya budaya liberalisme. Tokoh-tokoh sosial-ekonomis seperti John Locke, Rouueau, Thomas Hobbes dan Descartes (ahli matematik) bersepakat dalam melegitimasikan sekular sebagai penyelesai kongkongan gereja dan monarki beraja. Pada asalnya liberalisme hanya diperkata dalam hal ekonomi kerana tokoh falsafah barat tersenarai di atas telah mengasaskan satu paradigma baru iaitu kapitalisme. Kapitalisme adalah

Minyak lagi

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih beri nikmat nafas dan kesihatan kepadaku. Sesungguhnya nikmat-nikmatNya tidak ternilai harganya. Saya ade something nak share ngn pembaca2 sekalian.

Dari blog Tun Mahathir dan Ahli Parlimen Titiwangsa

Image
Harga Minyak Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga. Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun. Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada

Senyum itu sedekah....

Image
http://www.iluvislam.com/

Kasih bapa...

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, pagi ni aku masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat-nikmat Allah yang banyak. Walaupun diri sudah banyak tersasar dari garis panduan Nya namun syukurlah, nikmat rasa bertuhan itu masih ada. Minyak minyak minyak. Ada apa dengan minyak? Sudah berapa kali terlebih sudah. Dari 30 sen kepada 78 sen. Mereka mengatakan harga minyak dikawal oleh pasaran dunia. Namun fikirlah dengan akal yang waras. Jika bapa sendiri tidak boleh menjual dengan harga murah kepada anak-anaknya kepada siapa lagi hendak diharap. Renung-renungkan , selamat beramal.

Cakap tak serupa bikin...

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih memberikan nikmat kesihatan dan nikmat kehidupan hingga saat ini untukku. Aku yang masih di awang-awangan, mencari identiti diri berasa tersentak pabila mengenangkan semua ini. Begitu sekali sifat Maha Pemurah Allah yang tidak terleka walau sesaat pun untuk sentiasa memberikanku nikmat-nikmatnya yang tidak ternilai. InsyaAllah, aku mesti sentiasa takut untuk melanggar apa jua perintahNya. Sudah empat hari aku berkampung di Institut Tadbiran Awam Negara @ INTAN untuk bekerja sebagai Support Engineer bagi Syarikat E-grip sempena SUKMA 2008 dan di sini aku dikategorikan sebagai Sekretariat ICT dengan nama Service Provider . Ape pun jua yang ingin ku coretkan di sini, ape yang pasti aku tidak begitu yakin dengan tindakanku sekarang. Mengapa pula begitu? Selama ini dan setelah beberapa tahu kebelakangan ini aku ditarbiah dengan pelbagai pendedahan mengenai ajaran Islam tercinta dan di saat-saaat seperti inilah unt

Interview Muazzin UPM dan XPDC Parasitologi Iktio Kenyir

Image
Pemandangan di kaki air terjun Saok, Tasik Kenyir Alhamdulillah, aku baru sahaja pulang dari UPM Serdang minggu lepas, kemudian terus menyertai XPDC di Tasik Kenyir bersama-sama seorang profesor yang juga seorang manager ,Senior Technician dari sebuah makmal, serta beberapa orang staf dan rakanku dari universitiku. Ape pun dengan sedikit kesibukan itu aku terkilan kerana gagal mendisiplinkan diri sebagai seorang hamba kepada penciptaNya. Aku harap ianya tak kan berulang lagi.

Siapakah yang paling kaya?

Image
Sekumpulan pelatih-pelatih selam SCUBA Open Water sedang menjalani kursus mereka di Pulau Bidong, Terengganu , Malaysia (10-12 Mei 2008) Umum mengetahui orang terkaya kat dunia adalah Bill Gates, tak pun Donald Trump. Mungkin juga Syeih Zayed yang memiliki istana-istana yang cukup mewah. Namun dalam perspektif ilmu tasauf(pembersihan hati) , orang yang paling kaya adalah orang yang paling kaya jiwanya. Hatinya tidak dipengaruhi sedikit pun oleh urusan dunia. Itulah kekayaan menurut neraca kenabian. Semakin kuat redha manusia terhadap pemberian Allah maka semakin lapanglah hatinya. Itulah juga yang dinamakan sifat Qana'ah (redha dengan apa yang diberi setelah berusaha bersungguh-sungguh). Jiwanya tidak dikuasai oleh kerakusan, ketamakan dan seumpamanya. Hasilnya kebahagiaan yang sempurna. Ujian dalam kehidupan manusia hanyalah berdasarkan kemampuannya. Sehebat mana ujian yang kita terima namun tak kan menyamai ujian yang diterima oleh para Rasul terutamanya Rasul-Rasul Ulul Azmi. J

XPDC oh XPDC....

Image
XPDC Biologi Marin ku dan Leisure Dive di Pulau Bidong Sebelum bertolak ke Negeri Sembilan (pagi 4 mei 2008) Semasa mengambil Water Quality di Tanjung Tuan, Port Dickson Pose ngan timun laut Pulau Merambong, Johor Alhamdulillah ,setelah dua minggu tidak berkarya hari ini blogku dapat diupdate kembali. Maafkaku wahai teman-teman. Pada 4-8 Mei lepas aku berpeluang untuk join XPDC Biologi Marin kelolaan Jabatan Sains Marin di Tanjung Tuan, Port Dickson dan di Pulau Merambong yang berhampiran dengan Gelang Patah, Johor. Alhamdulillah,ekspedisi selama lima hari itu berjaya dilalui dengan selamat oleh seramai 14 orang (2 pemandu, 8 staff JSM dan 4 student termasuk aku). XPDC tersebut bertujuan untuk mengumpul sampel bagi koleksi makmal Biodiversiti dan juga untuk pembelajaran pelajar-pelajar yang akan datang. Pelbagai jenis flora dan fauna telah dikutip terutamanya dari jenis invertebrate

Kuliah Pagi Jumaat Masjid UDM (KUSZA)

Oleh: Dr. Asming bin Yusof Yalawae Al Fathani ( Pensyarah Syariah UDM) Phd Kekeluargaan Islam (Universiti of Khartoum, Sudan) M.A. Fakulti Syariah-Perundangan Islam(Universiti Malaya, Malaysia) B.A Perundangan Islam(Universiti Qurawiyeen, Fes, Morocco) Masa: 08:30-0930 pagi. Tempat: Masjid UDM (KUSZA) Kewajipan Berjihad atas kaum Muslimin pada zaman Rasulullah dan kemuliaan sifat berlapang dada. Jihad hanya diwajibkan kepada umat Islam selepas penghijrahan Rasulullah ke Madinah/ Yasrib. Sebelum itu ayat-ayat Makkiyyah yang diturunkan banyak menekankan supaya Rasulullah bersabar atas karenah dan kejahatan orang-orang kafir yang menentang dakwah Rasullah kepada ajaran Islam. Allah suruh Rasulullah berlapang dada. Begitulah juga kita. Kena berlapang dada dengan kejahatan atau kesilapan orang lain. Contoh: Seorang suami janganlah marah pada isteri hanya kerana sebab nasi hangit padahal sebelum-sebelum tu isterinya dah banyak tolong dia dan masak yang sedap-sedap. Jangan bersangka buruk de

Kenali ulamak kita...

Image
Foto 1.0: Syeikh Ahmad Yasin: Ulamak Palestin yang mendokong perjuangan Intifadha. Foto 1.2: Syeikh Nuruddin Al Marbu Al Banjari Al Maliki: Ulamak besar Nusantara abad ini. Foto 1.3: Yang nie tak payah citer lah. Tak citer pun dah ramai yang kenal.

Mari mengenal nama Allah...

Image
Si Cicie yg kecik (x de mak ayah) ni pun Allah boleh bagi rezeki melalui asbab manusia. Al Wadud (Yang Maha Mencintai) 1. Allah amat cinta kepada hambaNya yang baik-baik. 2. Bukti beriman dengan sifat Al Wadud Allah: Bila hambanya buat salah-Allah akan ‘tegur’(melalui sakit@ ujian ) Apabila kita cinta Allah, hati pasti rasa kosong(lapang), kerana dipenuhi oleh rasa cinta untuk Allah semata-mata. Solat, ibadah jadi sempurna. 3. Analogi: a. Cinta sepasang kekasih i. Makan tak kenyang ii. Tidak perlu disuruh-suruh iii. Segala permintaan terasa ringan. 4. Yang tak seronok menjadi seronok. 5. Golongan murtad- Allah cukup marah. 6. Tanda sayang Allah a. Bawa contoh-Rasul b. Tunjuk jalan- Al Qur’an 7. Neraka dicipta untuk mereka yang menzalimi diri sendiri. 8. Orang yang buat dosa- Orang yang menolak cinta Allah. Diubah suai dari petikan tazkirah Ustaz Zawawi Yusoh dalam slot Tazkirah Pagi Radio IKIM (2006)

ISA 8 tahun

ISA 8 tahun Oleh: Anis Nazri KUALA LUMPUR: Tiada yang lebih memeritkan bagi mangsa ISA (p/s: melainkan) apabila tempoh penahanan mereka dilanjutkan dua tahun lagi, selepas enam tahun dikurung tanpa bicara. Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, awal tahun ini seramai lima lagi tahanan ISA dilanjutkan tempoh tahanan. Mereka ialah Yazid Sufaat, Suhaimi Mokhtar, Shahrial Sirin, Dr Abdullah Daud dan Abdullah Minyak Silam. ”Kami sangat kesal dengan keadaan ini. Surat yang dikeluarkan kepada tahanan tidak memberitahu alasan penahanan mereka dilanjutkan. Seolah-olah mereka tidak menganggap tahanan itu manusia, ” kata beliau yang ditemui di sini, 5 April lalu. Isteri Abdullah, Siti Norma, hanya mampu melahirkan rasa kesal terhadap sikap Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak mengendahkan tuntutan tahanan dan keluarga mereka. ”Sehari sebelum pilihanraya umum lalu, iaitu 7 Mac, saya dimaklumkan

Muhasabah Diri dan Pembaharuan Iman

Image
Lima soalan yang tidak dijawab oleh Lidah “Allah S.W.T kurniakan hidup dengan kelahiran manusia daripada rahim ibu, sebagai satu rahmat yang mesti disyukuri” Rasulullah S.A.W yang mulia telah meninggalkan sepotong hadis antara ratusan ribu hadis baginda yang cukup bernilai buat panduan kita selaku umatnya, iaitu hadis yang menyebut tentang pentingnya masa. Sebahagian hadis itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim adalah “..rebutlah masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum mati”. Seringkali perkataan ‘sibuk’ digunakan sebagai alasan lapuk untuk mengelakkan diri dari sesuatu mesyuarat, masjlis penting atau untuk tidak solat berjemaah di masjid. Masa adalah usia kita. Ia sangat terbatas kerana sesaat yang berlalu tak mungkin kembali. Bagi seseorang yang bekerja mengikut waktu pejabat, satu saat sahaja sudah cukup memerahkan punch card nya. Begitulah kita umat Nabi Muhammad S.A.W, yang jarang sekali jangka hayatnya melebihi umur baginda. 63 tahun. Ke

Perlunya replikasi akidah untuk kebahagiaan hidup...

Image
Kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Hebat sungguh Tuhanku. Dia menciptakan aku dari air mani yang hina. Tidak dipandang walau sebelah mata. Selama 9 bulan 10 hari aku disimpan di dalam rahim seorang ibu, kini aku hadir ke dunia-Nya tanpa apa-apa bayaran, tanpa dapat kuceritakan pengalamanku berada di sana. Namun, Allah lebih hebat dari apa yang kusangkakan. Nabi Isa alaihissalam sendiri boleh lahir tanpa bapa. Nabi Ibrahim sendiri boleh mendapat walaupun sudah terlalu tua (80tahun), N abi Zakaria pun sama. Walaupun (kalau tak salah) dikatakan mandul, namun masih dapat anak dengan izin Allah. Mengapa kelahiranku yang aku alami sendiri aku boleh percaya dan yakin, tetapi tidak dengan kebangkitan semula selepas mati. Mana mungkin sedemikian berlaku. Oh...aku tahu jawapannya. Inilah iman . Aku yakin jasadku mengandungi roh, namun aku tak nampak. Yakin pada gula itu ada manis, tapi di mana manisya. Lantas tergamakkah aku untuk tidak yakin dengan Hari Pertemuan, Hari Pembala

CintaMu yang kudambakan...

Image
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta-Mu, Menitis air mata, tatkala merindu, Menitis air mata, tatkala semakin menjauh, Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan, Kerana ku tetap yakini, Allah menyatakan "Wajiblah cintaku kepada oran-orang yang berkasih sayang kepada-Ku" Wahai Muslimin dan Muslimah yang berjiwa besar, Penuhilah dunia ini dengan limpah kasih sayangmu, Khususkanlah buat saudara-saudaramu itu dengan Kepanasan cintamu yang maha tinggi dan biarkanlah mereka tak bahawa engkau mencintai mereka Yang demikian itulah al-aksar (batu geliga) untuk Mengubati seribu satu kesulitan dan kesusahan Sesungguhnya banyak kesulitan dalam dunia ini Timbul dari perasaan yang telah pada dan berlakulah penyelewengan perasaan itu. As Syahid Hasan Al Banna (pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin) Dipetik dari "Psikologi Cinta", Dato' Dr Fadzilah Kamsah dan Syaidatun Nazirah Abu Zahrim, PTS Millennia, 2004

Saudaraku yang teraniaya

Assalamualaikum, Duhai saudara-saudaraku di Palestin. Maafkanku kerna tidak dapat menolongmu seadanya. hanya doa dan rintihan hati yang dapat ku kirimkan. Moga kalian semua dibantu sentiasa olehNya. Gaza Schooling…No Books, Labs, Schools By Motasem Dalloul, IO Correspondent With the lack of books, students take turns in using old copies. (IOL photo)GAZA CITY — The long-running, watertight Israeli closure of the impoverished Gaza Strip is not only affecting the livelihood of its 1.6 million people, but also the future of their children who are forced to do without books, labs and even power to study at home. Two months after the start of the second term, more than half of the students still go to school without their curriculum books. Iman Shameyya, a ninth grader, is using old copies of the books but must share them with schoolmate Soha al-Shaqra. "I only get half the chance to read from my books. Both of us use the same book at school and each one takes it home day after day,&quo