XPDC oh XPDC....

XPDC Biologi Marin ku dan Leisure Dive di Pulau Bidong

Sebelum bertolak ke Negeri Sembilan (pagi 4 mei 2008)

Semasa mengambil Water Quality di Tanjung Tuan, Port Dickson

Pose ngan timun laut Pulau Merambong, Johor




Alhamdulillah ,setelah dua minggu tidak berkarya hari ini blogku dapat diupdate kembali. Maafkaku wahai teman-teman.


Pada 4-8 Mei lepas aku berpeluang untuk join XPDC Biologi Marin kelolaan Jabatan Sains Marin di Tanjung Tuan, Port Dickson dan di Pulau Merambong yang berhampiran dengan Gelang Patah, Johor. Alhamdulillah,ekspedisi selama lima hari itu berjaya dilalui dengan selamat oleh seramai 14 orang (2 pemandu, 8 staff JSM dan 4 student termasuk aku).

XPDC tersebut bertujuan untuk mengumpul sampel bagi koleksi makmal Biodiversiti dan juga untuk pembelajaran pelajar-pelajar yang akan datang. Pelbagai jenis flora dan fauna telah dikutip terutamanya dari jenis invertebrate marin(haiwan tak bertulang belakang di laut) dan dari jenis rumput dan rumpai laut.


Kesimpulannya ekspedisi ini telah mencapai objektifnya. Aku , walaupun diberi sedikit saguhati namun pengalaman yang diperolehi cukup bernilai untuk bidang-bidang berkaitan yang akanku ceburi nanti. Perasaan seronok,letih, sedih, terkilan, gembira bercampur baur dan akhirnya aku menyimpulkan bahwa ekpedisi ini pasti lebih bermakna dan memuaskan hati semua orang jika masalah-masalah yang berlaku tidak diulangi lagi.






Leisure Dive di Pulau Bidong



Sehari selepas aku pulang dari XPDC BioMarin aku berangkat pula ke Pulau Bidong untuk menyelam di tempat-tempat khas di Pulau Bidong, dekat..ngan Pulau Redang, Terengganu. Best jugak sebab lama dah tak menyelam. Oleh sebab aku pergi untuk menyelam jer so tak banyak ilmu baru yang kau dapat. tapi ramai kenalan baru macam Kak Long KL, Abg Din Qatar, Abg Adenan Paka ,Engineer Abu YTL Paka, En Azman Instructor dan ramai lagi lah. Namun tak dapat aku nak poskan gambar2 tue ari ni. Mungkin esok kot kalau bukan lusa. Huhu...

Comments

~iFsYudz~ said…
This comment has been removed by the author.
~iFsYudz~ said…
elo elo assalamualaikum dik...
ni ha kak long ko dah jalan2 blog...wah cepat2 la kem gambar k...
hihi thanks, missing scube diving already hihi
Thanks kak Long.

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?