Posts

Showing posts from August, 2009

Mari berdoa

Doa 19 Memohon Keimanan Yang Menjadikan Hati Sabar Bila Ditimpa Bala dan Sentiasa Redha Dengan Rezeki Pemberian Allah S.W.T Renungan Setiap manusia yang hidup di dunia ini tidak terlepas dari menghadapi ujian dan dugaan Allah s.w.t. Sesetengah mereka menghadapi ujian atau dugaan Allah s.w.t dengan tenang dan sentiasa sedar bahawa bala ini adalah dari Allah s.w.t, dengan ini mereka terus bersyukur kepada Allah s.w.t terhadap ujian tersebut serta sabar dan menerimanya dengan penuh kerelaan hati. Inilah golongan yang paling cemerlang. Sebaliknya ada sesetengah yang lain pula bila diuji oleh Allah s.w.t dengan keburukan atau bala terus membebel dan menunjukkan reaksi tidak baik terhadap Allah s.w.t bahkan menzahirkan kelakuan yang tidak dapat menerima bala Allah s.w.t yang ditimpakan ke atas mereka. Mereka ini sebenarnya kurang baik, kerana setiap bala yang diuji oleh Allah s.w.t akan digantikan kebaikan bahkan diberikan ganjaran dengan kebaikan. Kenapakah kita selalu merungut dan membebel

Kehidupan berkeluarga dan situasi semasa

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberikanku hidayah dan taufik sehingga ku dapat ‘blogging’ mlm nie. Selawat dan salam atas junjungan tercinta. Berkat kedatanganmulah wahai Rasulullah, kami dapat menghirup udara Islam pada hari ini. Limpahan rahmat dan berkat jua ku doakan buat para mukminin di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia am nya. T idak mudah untuk menjadi seorang suami. Itulah yang kurasakan ketika ini. Isteri adalah amanah Allah buatku. Bukan semata-mata nak bersedap-sedapan. Ku sedar dan perasan bahwa ramai yang telah kecundang dalam meayari bahtera rumahtangga. Apa yang pasti, didikan agama yang mencukupi dan mantap sahaja menjamin kerukunan rumahtanggaku yang ku idam-idamkan selama ini.Jauh dari itu aku perlu memastikan hubungan silaturrahim dengan keluarga baruku terjalin erat dan mesra. A ku juga tak boleh lari dari masalah pengurusan wang yang betul. Jika tak dapat kawal nafsu bertambah-tambah la masalah. Hanya satu yang ku