Posts

Showing posts with the label mind recreation

Cakap tak serupa bikin...

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih memberikan nikmat kesihatan dan nikmat kehidupan hingga saat ini untukku. Aku yang masih di awang-awangan, mencari identiti diri berasa tersentak pabila mengenangkan semua ini. Begitu sekali sifat Maha Pemurah Allah yang tidak terleka walau sesaat pun untuk sentiasa memberikanku nikmat-nikmatnya yang tidak ternilai. InsyaAllah, aku mesti sentiasa takut untuk melanggar apa jua perintahNya. Sudah empat hari aku berkampung di Institut Tadbiran Awam Negara @ INTAN untuk bekerja sebagai Support Engineer bagi Syarikat E-grip sempena SUKMA 2008 dan di sini aku dikategorikan sebagai Sekretariat ICT dengan nama Service Provider . Ape pun jua yang ingin ku coretkan di sini, ape yang pasti aku tidak begitu yakin dengan tindakanku sekarang. Mengapa pula begitu? Selama ini dan setelah beberapa tahu kebelakangan ini aku ditarbiah dengan pelbagai pendedahan mengenai ajaran Islam tercinta dan di saat-saaat seperti inilah unt...

Interview Muazzin UPM dan XPDC Parasitologi Iktio Kenyir

Image
Pemandangan di kaki air terjun Saok, Tasik Kenyir Alhamdulillah, aku baru sahaja pulang dari UPM Serdang minggu lepas, kemudian terus menyertai XPDC di Tasik Kenyir bersama-sama seorang profesor yang juga seorang manager ,Senior Technician dari sebuah makmal, serta beberapa orang staf dan rakanku dari universitiku. Ape pun dengan sedikit kesibukan itu aku terkilan kerana gagal mendisiplinkan diri sebagai seorang hamba kepada penciptaNya. Aku harap ianya tak kan berulang lagi.

Mari mengenal nama Allah...

Image
Si Cicie yg kecik (x de mak ayah) ni pun Allah boleh bagi rezeki melalui asbab manusia. Al Wadud (Yang Maha Mencintai) 1. Allah amat cinta kepada hambaNya yang baik-baik. 2. Bukti beriman dengan sifat Al Wadud Allah: Bila hambanya buat salah-Allah akan ‘tegur’(melalui sakit@ ujian ) Apabila kita cinta Allah, hati pasti rasa kosong(lapang), kerana dipenuhi oleh rasa cinta untuk Allah semata-mata. Solat, ibadah jadi sempurna. 3. Analogi: a. Cinta sepasang kekasih i. Makan tak kenyang ii. Tidak perlu disuruh-suruh iii. Segala permintaan terasa ringan. 4. Yang tak seronok menjadi seronok. 5. Golongan murtad- Allah cukup marah. 6. Tanda sayang Allah a. Bawa contoh-Rasul b. Tunjuk jalan- Al Qur’an 7. Neraka dicipta untuk mereka yang menzalimi diri sendiri. 8. Orang yang buat dosa- Orang yang menolak cinta Allah. Diubah suai dari petikan tazkirah Ustaz Zawawi Yusoh dalam slot Tazkirah Pagi Radio IKIM (2006)

Ada apa dengan nafsu...

Salam kamunting, Malaysia kita dan dunia Islam akhir-akhir ini gempar dengan pelbagai isu yang merobek perasaan dan meruntun jiwa. Kes-kes terbaru seperti kes Sufiah Oxford, kes remaja ditanam selepas dirogol dan dibunuh, kes fitnah perasuah-perasuah politik dan kes buang bayi sana sini seakan-akan membongkar betapa teruknya keadaan masyarakat kini. Di kala pemikir-pemikir masyarakat berhempas pulas mencari alternatif penyelesaian, tidak sedikit yang alpa bahwa semua ini berpunca dari sifat dan perilaku inidividu itu sendiri sama ada di peringkat rakyat marahaen hinggalah ke pucuk pimpinan tertinggi. Perilaku manusia yang saya maksudkan adalah akhlak dan moral yang dipengaruhi oleh satu kecenderungan. Nafsu. 'Nafsu'. Satu term yang amat mudah ditutur dan sering dikaitkan dengan makhluk Allah baik dari golongan jin, manusia atau pun haiwan. Dalam perbincangan ini rasanya tak perlulah untuk kita bincangkan persoalan nafsu dalam skop haiwan kerana ya...tidak bermanfaat. Umum m...