Ada apa dengan nafsu...

Salam kamunting,


Malaysia kita dan dunia Islam akhir-akhir ini gempar dengan pelbagai isu yang merobek perasaan dan meruntun jiwa. Kes-kes terbaru seperti kes Sufiah Oxford, kes remaja ditanam selepas dirogol dan dibunuh, kes fitnah perasuah-perasuah politik dan kes buang bayi sana sini seakan-akan membongkar betapa teruknya keadaan masyarakat kini. Di kala pemikir-pemikir masyarakat berhempas pulas mencari alternatif penyelesaian, tidak sedikit yang alpa bahwa semua ini berpunca dari sifat dan perilaku inidividu itu sendiri sama ada di peringkat rakyat marahaen hinggalah ke pucuk pimpinan tertinggi. Perilaku manusia yang saya maksudkan adalah akhlak dan moral yang dipengaruhi oleh satu kecenderungan. Nafsu.
'Nafsu'. Satu term yang amat mudah ditutur dan sering dikaitkan dengan makhluk Allah baik dari golongan jin, manusia atau pun haiwan. Dalam perbincangan ini rasanya tak perlulah untuk kita bincangkan persoalan nafsu dalam skop haiwan kerana ya...tidak bermanfaat. Umum memahai nafsu sebagai keinginan untuk memperoleh sesuatu yang mana keinginan itu lahir secara fitrah (tanpa dipaksa) seperti nafsu makan, nafsu tidur, nafsu berpasangan dan nafsu kemegahan. Sebagai insan yang amat dhaif ilmunya, harap-harap apa yang dicatatkan tidak menyimpang dari fakta sebenar atau lebih tepat lagi dengan ajaran Al Qur'an dan As Sunnah.


Islam mengkategorikan nafsu kepada beberapa jenis bermula dari yang paling jahat hinggalah ke nafsu yang tingkat martabat tertinggi. Nafsu amarah menduduki carta terbawah. Kerana apa ya? Sememangnya kerana nafsu jenis ini tidak menyuruh dan tidak mendesak melainkan ke arah kejahatan semata-mata. Nafsu lawwamah pula nafsu yang mengarah kepada kejahatan juga. Namun pemilik nafsu ini akan mengeji, mengutuk-ngutuk diri sendiri seusai membuat sesuatu kejahatan/ dosa. Nafsu ini berbeza dengan nafsu mutma'innah, iaitu nafsu yang lazimnya dipunyai oleh para mukmin(orang-orang yang kental imannya). Nafsu ini sudah pasti menjurus seseorang hamba Allah ke arah amalan-amalan yang baik sahaja dan bertepatan dengan Sunnah Rasul (Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam).
Lantas sudah terang lagi bersuluh nafsu mutma'innah lah yang mesti setiap insan itu kejar dan perolehi kerana kita tidak mungkin dapat menyamai nafsu para Nabi yang paling tinggi martabatnya kerana mereka yakin dengan Haqqul Yaqin kepada Allah. Lalu apakah formula dan rumus terbaik yang boleh kita ceduk untuk menghadapi gelora hidup yang membuak-buak ini. Nabi Muhammad, Rasul yang mulia telah meninggalkan jutaan panduan untuk kita selami, hayati dan ekstrak supaya dapat diamalkan sehingga kembali ke pangkuan Allah.
  1. Belajarlah banyak-banyak ilmu agama kerana hanya dengan aqidah yang mantap dan kefahaman yang jitu terhadap Islam dapat menjamin kemuliaan dan kesempurnaan hidup.
  2. Banyakkan zikrullah (mengingati Allah).
  3. Berpuasa sunat kerananafsu akan lemah dengannya.

Justeru marilah kita bersama-sama menuntut ilmu agama dan ilmu-ilmu kehidupan agar perjalanan yang masih jauh ini bisa kita soroti dengan selamat.

Further readings:

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

http://nikabduh.wordpress.com/

http://www.islamonline.net/english/index.shtml

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?