Posts

Showing posts with the label blog

Blog Vs Facebook?

Bismillahirrahmanirrahim  Alhamdulillah. Malam ini anakku semua tidur semua menjelang 01:16 pagi. Isteriku memang dari tadi lagi. Tinggal aku seorang sahaja lagi sambil layan era.fm. Awak kat mana? Awak-awak kat mana? ...hmmm... lagu malam minggu memang makin rancak bila makin larut. Kalau fly.fm lagilah kan.  Sebenarnya aku merancang untuk mengaktifkan blogku seaktif mungkin. Akan tetapi kini orang kurang melayari blog lagi. Kebanyakan dari kita lebih minat facebook, twitter, whatapps, telegram dan instagram. Era blog makin suram. Tak kisahlah. Lain padang lain belalang. Lain orang lainoah ragamnya. Cuma masalah utamaku adalah untuk berblog secara offline dengan konsisten walaupun tiada capaian akses internet di samping ketiadaan pengetahuan terkini atau seumpamanya yang amat disukai dan diperlukan penggemar blog.  Kini kita ada facebook page #PenMerahdotcom, #SiakapKeli, #TheVocket, #TheRed Warriors, #AmranFans, fan page #HafizHamidun, #NurFazura dan ...

Coretan 26 Rejab

Bismillah, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, rabbul Izzati. Tuhan Penguasa dan Pemelihara Alam Semesta. Kepada-Nyalah kita berserah diri dan kepada-Nya jua kita bergantung harap. Hari ini aku berjaya sampai ke rumah flatku di Wangsa Maju selepas perjalanan selama satu jam empat puluh lima minit dari Putrajaya ke rumahku dengan menaiki teksi, tren ekspres KLIA dan bas Rapid KL.Walaupun tambang sejumlah hampir RM20 harus dikeluarkan, aku akur dengan hakikat ini. Semalaman di Putrajaya untuk menemui dan menemani isteri tercinta yang akan menempuhi peperiksaan KPSL bagi gred 41 di PICC pada hari ini begitu berharga. Betapa tidak. Kami hanya dapat berjumpa seminggu sekali kerana berjauhan akibat kekangan kerja. Sudah seminggu aku tidak begitu ghairah terhadap facebookku sebagaimana biasa. Aktiviti mengklik butang "like", "comment" dan "share" tidak sekerap dulu. Mungkin gara-gara aku pernah dicaci maki oleh seorang pemblog pro pembangkang ke...