Posts

Showing posts from April, 2008

Kenali ulamak kita...

Image
Foto 1.0: Syeikh Ahmad Yasin: Ulamak Palestin yang mendokong perjuangan Intifadha. Foto 1.2: Syeikh Nuruddin Al Marbu Al Banjari Al Maliki: Ulamak besar Nusantara abad ini. Foto 1.3: Yang nie tak payah citer lah. Tak citer pun dah ramai yang kenal.

Mari mengenal nama Allah...

Image
Si Cicie yg kecik (x de mak ayah) ni pun Allah boleh bagi rezeki melalui asbab manusia. Al Wadud (Yang Maha Mencintai) 1. Allah amat cinta kepada hambaNya yang baik-baik. 2. Bukti beriman dengan sifat Al Wadud Allah: Bila hambanya buat salah-Allah akan ‘tegur’(melalui sakit@ ujian ) Apabila kita cinta Allah, hati pasti rasa kosong(lapang), kerana dipenuhi oleh rasa cinta untuk Allah semata-mata. Solat, ibadah jadi sempurna. 3. Analogi: a. Cinta sepasang kekasih i. Makan tak kenyang ii. Tidak perlu disuruh-suruh iii. Segala permintaan terasa ringan. 4. Yang tak seronok menjadi seronok. 5. Golongan murtad- Allah cukup marah. 6. Tanda sayang Allah a. Bawa contoh-Rasul b. Tunjuk jalan- Al Qur’an 7. Neraka dicipta untuk mereka yang menzalimi diri sendiri. 8. Orang yang buat dosa- Orang yang menolak cinta Allah. Diubah suai dari petikan tazkirah Ustaz Zawawi Yusoh dalam slot Tazkirah Pagi Radio IKIM (2006)

ISA 8 tahun

ISA 8 tahun Oleh: Anis Nazri KUALA LUMPUR: Tiada yang lebih memeritkan bagi mangsa ISA (p/s: melainkan) apabila tempoh penahanan mereka dilanjutkan dua tahun lagi, selepas enam tahun dikurung tanpa bicara. Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, awal tahun ini seramai lima lagi tahanan ISA dilanjutkan tempoh tahanan. Mereka ialah Yazid Sufaat, Suhaimi Mokhtar, Shahrial Sirin, Dr Abdullah Daud dan Abdullah Minyak Silam. ”Kami sangat kesal dengan keadaan ini. Surat yang dikeluarkan kepada tahanan tidak memberitahu alasan penahanan mereka dilanjutkan. Seolah-olah mereka tidak menganggap tahanan itu manusia, ” kata beliau yang ditemui di sini, 5 April lalu. Isteri Abdullah, Siti Norma, hanya mampu melahirkan rasa kesal terhadap sikap Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak mengendahkan tuntutan tahanan dan keluarga mereka. ”Sehari sebelum pilihanraya umum lalu, iaitu 7 Mac, saya dimaklumkan

Muhasabah Diri dan Pembaharuan Iman

Image
Lima soalan yang tidak dijawab oleh Lidah “Allah S.W.T kurniakan hidup dengan kelahiran manusia daripada rahim ibu, sebagai satu rahmat yang mesti disyukuri” Rasulullah S.A.W yang mulia telah meninggalkan sepotong hadis antara ratusan ribu hadis baginda yang cukup bernilai buat panduan kita selaku umatnya, iaitu hadis yang menyebut tentang pentingnya masa. Sebahagian hadis itu sebagaimana yang diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim adalah “..rebutlah masa lapangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum mati”. Seringkali perkataan ‘sibuk’ digunakan sebagai alasan lapuk untuk mengelakkan diri dari sesuatu mesyuarat, masjlis penting atau untuk tidak solat berjemaah di masjid. Masa adalah usia kita. Ia sangat terbatas kerana sesaat yang berlalu tak mungkin kembali. Bagi seseorang yang bekerja mengikut waktu pejabat, satu saat sahaja sudah cukup memerahkan punch card nya. Begitulah kita umat Nabi Muhammad S.A.W, yang jarang sekali jangka hayatnya melebihi umur baginda. 63 tahun. Ke

Perlunya replikasi akidah untuk kebahagiaan hidup...

Image
Kehebatan dan kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Hebat sungguh Tuhanku. Dia menciptakan aku dari air mani yang hina. Tidak dipandang walau sebelah mata. Selama 9 bulan 10 hari aku disimpan di dalam rahim seorang ibu, kini aku hadir ke dunia-Nya tanpa apa-apa bayaran, tanpa dapat kuceritakan pengalamanku berada di sana. Namun, Allah lebih hebat dari apa yang kusangkakan. Nabi Isa alaihissalam sendiri boleh lahir tanpa bapa. Nabi Ibrahim sendiri boleh mendapat walaupun sudah terlalu tua (80tahun), N abi Zakaria pun sama. Walaupun (kalau tak salah) dikatakan mandul, namun masih dapat anak dengan izin Allah. Mengapa kelahiranku yang aku alami sendiri aku boleh percaya dan yakin, tetapi tidak dengan kebangkitan semula selepas mati. Mana mungkin sedemikian berlaku. Oh...aku tahu jawapannya. Inilah iman . Aku yakin jasadku mengandungi roh, namun aku tak nampak. Yakin pada gula itu ada manis, tapi di mana manisya. Lantas tergamakkah aku untuk tidak yakin dengan Hari Pertemuan, Hari Pembala

CintaMu yang kudambakan...

Image
Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta-Mu, Menitis air mata, tatkala merindu, Menitis air mata, tatkala semakin menjauh, Tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan, Kerana ku tetap yakini, Allah menyatakan "Wajiblah cintaku kepada oran-orang yang berkasih sayang kepada-Ku" Wahai Muslimin dan Muslimah yang berjiwa besar, Penuhilah dunia ini dengan limpah kasih sayangmu, Khususkanlah buat saudara-saudaramu itu dengan Kepanasan cintamu yang maha tinggi dan biarkanlah mereka tak bahawa engkau mencintai mereka Yang demikian itulah al-aksar (batu geliga) untuk Mengubati seribu satu kesulitan dan kesusahan Sesungguhnya banyak kesulitan dalam dunia ini Timbul dari perasaan yang telah pada dan berlakulah penyelewengan perasaan itu. As Syahid Hasan Al Banna (pengasas gerakan Ikhwanul Muslimin) Dipetik dari "Psikologi Cinta", Dato' Dr Fadzilah Kamsah dan Syaidatun Nazirah Abu Zahrim, PTS Millennia, 2004

Saudaraku yang teraniaya

Assalamualaikum, Duhai saudara-saudaraku di Palestin. Maafkanku kerna tidak dapat menolongmu seadanya. hanya doa dan rintihan hati yang dapat ku kirimkan. Moga kalian semua dibantu sentiasa olehNya. Gaza Schooling…No Books, Labs, Schools By Motasem Dalloul, IO Correspondent With the lack of books, students take turns in using old copies. (IOL photo)GAZA CITY — The long-running, watertight Israeli closure of the impoverished Gaza Strip is not only affecting the livelihood of its 1.6 million people, but also the future of their children who are forced to do without books, labs and even power to study at home. Two months after the start of the second term, more than half of the students still go to school without their curriculum books. Iman Shameyya, a ninth grader, is using old copies of the books but must share them with schoolmate Soha al-Shaqra. "I only get half the chance to read from my books. Both of us use the same book at school and each one takes it home day after day,&quo

Ada apa dengan nafsu...

Salam kamunting, Malaysia kita dan dunia Islam akhir-akhir ini gempar dengan pelbagai isu yang merobek perasaan dan meruntun jiwa. Kes-kes terbaru seperti kes Sufiah Oxford, kes remaja ditanam selepas dirogol dan dibunuh, kes fitnah perasuah-perasuah politik dan kes buang bayi sana sini seakan-akan membongkar betapa teruknya keadaan masyarakat kini. Di kala pemikir-pemikir masyarakat berhempas pulas mencari alternatif penyelesaian, tidak sedikit yang alpa bahwa semua ini berpunca dari sifat dan perilaku inidividu itu sendiri sama ada di peringkat rakyat marahaen hinggalah ke pucuk pimpinan tertinggi. Perilaku manusia yang saya maksudkan adalah akhlak dan moral yang dipengaruhi oleh satu kecenderungan. Nafsu. 'Nafsu'. Satu term yang amat mudah ditutur dan sering dikaitkan dengan makhluk Allah baik dari golongan jin, manusia atau pun haiwan. Dalam perbincangan ini rasanya tak perlulah untuk kita bincangkan persoalan nafsu dalam skop haiwan kerana ya...tidak bermanfaat. Umum m

Takbir...

Islam is for all. 17 Januari 2007 (23:11) Bismillahirrahmanirrahim…. Alhamdulillah, malam ini aku diberikan nikmat yang yang tidak terhingga antara nikmat-nikmatNya yang sangat banyak. Diperdengarkan aku dengan kisah-kisah silam yang sedikit sebanyak dapat menyuburkan kembali semangat jihad untuk mempertahankan agama Islam yang tercinta. Tepat jam 19:13 aku menaiki motor Honda 70 ku, bernombor plat WBR739 menuju ke masjid KUSZA (sekarang dikenali sebagai Masjid Universiti Darul Iman). Sesampainya di sana terus aku dapat solat berjemaah dan tentunya menjadi makmum muafiq. Ku kira malam ini tidak ada ustaz jemputan atau yang sepatutnya datang, akan mengajar di masjid itu, tetapi sangkaanku meleset sama sekali. Allah lebih sayangkan makmum yang ikhlas datang untuk memenuhi seruan Ilahi. Ustaz yang selalu datang pada malam Khamis datang dan bersedia untuk mengajar dengan penuh bersemangat. Aku masih belum mengetahui siapakah gerangan ustaz tersebut namun yang pasti setap kali lepas solat