Posts

Showing posts from March, 2010

Dari Mimbar Ar Rahman

Maulidurrasul Di Ambang Senja VS Infiniti -‘Orang yang bakhil itu adalah apabila ada disebut namaku, dia tidak berselawat ke atasku’ (mafhum Hadis Nabi) - Tanda utama kecintaan seseorang terhadap Nabi Muhammad adalah amalannya yang 100% menurut sunnah atau perjalanan hidup Rasulullah S.A.W. - Barat telah menghina Rasul. Contoh, Denmark dengan karikatur Rasululullah yang dipapakikan serban berserta bom di atas kepala. Belanda pula dengan filem ‘Fitna’, hasil jahat Geert Wilders. Dari Switzerland pun ada. si celaka itu melukis gambar nabi kita dengan berbadankan 'dog'. Astaghfirullah. Apa reaksi kita? - Jangan biar ingatan kita kepada Rasulullah sekadar ingatan kepada rakan sekerja, sekadar ingatan terhadap adaik-beradik atau kepada George Bush. Tapi biarlah ingatan kita kepada baginda adalah ingatan terhadap insan yang menjadi perantaraan wahyu. Ingatan kepada yang telah mengembalikan manusia daripada alam jahiliah kepada alam Islam yang penuh cahaya.

Menjadi guru yang sempurna

Image
1. Ntah kenapa hari ni tangan terasa ringan sahaja nak tulis blog. mungkin sebab nak guna peluang sebaik-baiknya sementara dapat online kat Hotel Usaha ni. Isteriku masih meeting di Tabika Bandar Gua Musang. Alhamdulillah. Aku berkenan untuk letak satu entri yang harap2 ku bermakna untuk semua orang. 2. "Menjadi guru yang sempurna' Tajuk ini muncul di kepalaku tatkala aku merenung ke dalam diriku mengapa aku begitu berat untuk memohon untuk menjadi guru sebelum ini. Padahal aku pernah beli no pin DPLI yang berharga RM 20 lebih, pernah cuba pergi exam M-Test dan tahun ini, sekali lagi membeli no Pin KPLI. Mungkin bulan 3 nanti pihak pengurusan M-Test akan suruh print salinan slip exam M-Test di internet. apa jua sekali pun aku tetap akan cuba. Nak tahu kenapa, tak de kerja punya pasal la. Hakikatnya rezeki yang Allah sediakan sudah termaktub di Luh Mahfuz. Cuma tinggal aku yang berusaha untuk mencari nya. Ape kan daya, taraf maqam asbab. Golongan 'awwam' kalau mengikut