Posts

Showing posts from May, 2008

Interview Muazzin UPM dan XPDC Parasitologi Iktio Kenyir

Image
Pemandangan di kaki air terjun Saok, Tasik Kenyir Alhamdulillah, aku baru sahaja pulang dari UPM Serdang minggu lepas, kemudian terus menyertai XPDC di Tasik Kenyir bersama-sama seorang profesor yang juga seorang manager ,Senior Technician dari sebuah makmal, serta beberapa orang staf dan rakanku dari universitiku. Ape pun dengan sedikit kesibukan itu aku terkilan kerana gagal mendisiplinkan diri sebagai seorang hamba kepada penciptaNya. Aku harap ianya tak kan berulang lagi.

Siapakah yang paling kaya?

Image
Sekumpulan pelatih-pelatih selam SCUBA Open Water sedang menjalani kursus mereka di Pulau Bidong, Terengganu , Malaysia (10-12 Mei 2008) Umum mengetahui orang terkaya kat dunia adalah Bill Gates, tak pun Donald Trump. Mungkin juga Syeih Zayed yang memiliki istana-istana yang cukup mewah. Namun dalam perspektif ilmu tasauf(pembersihan hati) , orang yang paling kaya adalah orang yang paling kaya jiwanya. Hatinya tidak dipengaruhi sedikit pun oleh urusan dunia. Itulah kekayaan menurut neraca kenabian. Semakin kuat redha manusia terhadap pemberian Allah maka semakin lapanglah hatinya. Itulah juga yang dinamakan sifat Qana'ah (redha dengan apa yang diberi setelah berusaha bersungguh-sungguh). Jiwanya tidak dikuasai oleh kerakusan, ketamakan dan seumpamanya. Hasilnya kebahagiaan yang sempurna. Ujian dalam kehidupan manusia hanyalah berdasarkan kemampuannya. Sehebat mana ujian yang kita terima namun tak kan menyamai ujian yang diterima oleh para Rasul terutamanya Rasul-Rasul Ulul Azmi. J

XPDC oh XPDC....

Image
XPDC Biologi Marin ku dan Leisure Dive di Pulau Bidong Sebelum bertolak ke Negeri Sembilan (pagi 4 mei 2008) Semasa mengambil Water Quality di Tanjung Tuan, Port Dickson Pose ngan timun laut Pulau Merambong, Johor Alhamdulillah ,setelah dua minggu tidak berkarya hari ini blogku dapat diupdate kembali. Maafkaku wahai teman-teman. Pada 4-8 Mei lepas aku berpeluang untuk join XPDC Biologi Marin kelolaan Jabatan Sains Marin di Tanjung Tuan, Port Dickson dan di Pulau Merambong yang berhampiran dengan Gelang Patah, Johor. Alhamdulillah,ekspedisi selama lima hari itu berjaya dilalui dengan selamat oleh seramai 14 orang (2 pemandu, 8 staff JSM dan 4 student termasuk aku). XPDC tersebut bertujuan untuk mengumpul sampel bagi koleksi makmal Biodiversiti dan juga untuk pembelajaran pelajar-pelajar yang akan datang. Pelbagai jenis flora dan fauna telah dikutip terutamanya dari jenis invertebrate

Kuliah Pagi Jumaat Masjid UDM (KUSZA)

Oleh: Dr. Asming bin Yusof Yalawae Al Fathani ( Pensyarah Syariah UDM) Phd Kekeluargaan Islam (Universiti of Khartoum, Sudan) M.A. Fakulti Syariah-Perundangan Islam(Universiti Malaya, Malaysia) B.A Perundangan Islam(Universiti Qurawiyeen, Fes, Morocco) Masa: 08:30-0930 pagi. Tempat: Masjid UDM (KUSZA) Kewajipan Berjihad atas kaum Muslimin pada zaman Rasulullah dan kemuliaan sifat berlapang dada. Jihad hanya diwajibkan kepada umat Islam selepas penghijrahan Rasulullah ke Madinah/ Yasrib. Sebelum itu ayat-ayat Makkiyyah yang diturunkan banyak menekankan supaya Rasulullah bersabar atas karenah dan kejahatan orang-orang kafir yang menentang dakwah Rasullah kepada ajaran Islam. Allah suruh Rasulullah berlapang dada. Begitulah juga kita. Kena berlapang dada dengan kejahatan atau kesilapan orang lain. Contoh: Seorang suami janganlah marah pada isteri hanya kerana sebab nasi hangit padahal sebelum-sebelum tu isterinya dah banyak tolong dia dan masak yang sedap-sedap. Jangan bersangka buruk de