Kuliah Pagi Jumaat Masjid UDM (KUSZA)

Oleh: Dr. Asming bin Yusof Yalawae Al Fathani ( Pensyarah Syariah UDM)
Phd Kekeluargaan Islam (Universiti of Khartoum, Sudan)
M.A. Fakulti Syariah-Perundangan Islam(Universiti Malaya, Malaysia)
B.A Perundangan Islam(Universiti Qurawiyeen, Fes, Morocco)
Masa: 08:30-0930 pagi.
Tempat: Masjid UDM (KUSZA)


Kewajipan Berjihad atas kaum Muslimin pada zaman Rasulullah dan kemuliaan sifat berlapang dada.
  • Jihad hanya diwajibkan kepada umat Islam selepas penghijrahan Rasulullah ke Madinah/ Yasrib.

  • Sebelum itu ayat-ayat Makkiyyah yang diturunkan banyak menekankan supaya Rasulullah bersabar atas karenah dan kejahatan orang-orang kafir yang menentang dakwah Rasullah kepada ajaran Islam.

  • Allah suruh Rasulullah berlapang dada.

  • Begitulah juga kita. Kena berlapang dada dengan kejahatan atau kesilapan orang lain. Contoh: Seorang suami janganlah marah pada isteri hanya kerana sebab nasi hangit padahal sebelum-sebelum tu isterinya dah banyak tolong dia dan masak yang sedap-sedap.

  • Jangan bersangka buruk dengan orang lain.

  • Allah suruh selesai masalah dengan jalan yang paling baik.

  • Ingat kembali asal kehidupan kita. Dahulu: Kita tak punya apa-apa, iaitu semasa alam roh. Hanya iman yang tulus kepada Allah yang ada.

  • Oleh itu, ingatlah Allah setiap saat dan waktu. Jangan ingat Allah pada waktu susah sahaja.

  • Dr. Yusof Qaradhawi sebut: Orang-orang yang tidak ingat Allah, tidak kenal Allah , tidak akan mendapat pertolongan, tidak akan mendapat ketenangan dan tidak akan mendapat rahsia hakikat.

  • Bertaubatlah sentiasa kepada Allah dan jika bersalah pada manusia, cepat-cepatlah minta maaf walaupun tidak disengajakan.

  • Islam adalah agama profesional. Jangan sangka dah dapat Phd dalam bidang sains dan matematik atau pun engineering, tak perlu dah nak belajar ilmu agama. Ilmu akademik tak sama dengan ilmu agama.

  • Buat amal tanpa memahmai sifat 20 Allah, amal tersebut pasti ditolak.

  • Jadi ramai-ramailah pergi masjid, atau pusat-pusat pengajian agam, tambah ilmu sebagai bekalan hidup di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.

  • Bersabarlah seperti rasulullah yang berdakwah siang dan malam walaupun dhina, dicerca dan dilontar dengan tahi unta busuk yang masih panas.
Sekian dariku, moga-moga kalian mendapat manfaat. Do Well, KT. 2 Mei 2008( 10:09 a.m)

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?