Posts

Showing posts with the label sport

Cakap tak serupa bikin...

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih memberikan nikmat kesihatan dan nikmat kehidupan hingga saat ini untukku. Aku yang masih di awang-awangan, mencari identiti diri berasa tersentak pabila mengenangkan semua ini. Begitu sekali sifat Maha Pemurah Allah yang tidak terleka walau sesaat pun untuk sentiasa memberikanku nikmat-nikmatnya yang tidak ternilai. InsyaAllah, aku mesti sentiasa takut untuk melanggar apa jua perintahNya. Sudah empat hari aku berkampung di Institut Tadbiran Awam Negara @ INTAN untuk bekerja sebagai Support Engineer bagi Syarikat E-grip sempena SUKMA 2008 dan di sini aku dikategorikan sebagai Sekretariat ICT dengan nama Service Provider . Ape pun jua yang ingin ku coretkan di sini, ape yang pasti aku tidak begitu yakin dengan tindakanku sekarang. Mengapa pula begitu? Selama ini dan setelah beberapa tahu kebelakangan ini aku ditarbiah dengan pelbagai pendedahan mengenai ajaran Islam tercinta dan di saat-saaat seperti inilah unt...