Posts

Showing posts with the label politics and Human Right

April yg berlalu...

Image
Bismillahirrahmanirrahim 2011 dah masuk suku tahun. Banyak suka duka yg dah ditempuh. Daripada pengalaman membesarkan baby yg berumur dua bulan lebih sampai pengalaman mengajar kat sebuah sekolah kawalan kat Kuala Krai ni. Gambar kt atas tue gambar masa pegi riadah kat Taman Tasik Krai, Kuala Krai ngn isteri tercinta. Awal pg lg tu kan. Tak la special sgt taman ni tapi bole la. Dalam tempoh 4 bln pertama ni kak ipar ku dah start mengandung, keta baru servis semula, ma kena batuk berdarah, mengajar kat sekolah rendah, jmpe kwn lama, jmpe bekas guru sekolah rendah, PRU Sarawak, tsunami Jepun, letupan reaktor Nuklear Fukushima, org sebelah rumah hampir sembuh drp stroke, abah jual kereta Nissan Sunny die, tandas baru rumah sewa abah siap, babi kembali mengganas kat rumah abah, Amirah kena demam & batuk2, aku sendiri pun x kebah drp batuk lg, Anwar kena fitnah, minyak RON 97 'tak naik' 20 sen ( Ahmad Sabri cakap), gempa susulan kat Jepun (7.1,6.9, 7.4...), Ahmad Sarbani kena ...

"This is a goodbye kiss, you dog!"

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang Kumulakan bicara maya ini dengan namaNya yang Maha Agung, buat memberkati coretan yang mudah-mudahan memberi input untuk semua. Kaget seketika!!! Itulah yang boleh ku katakan tatkala melihat klip video tentang Bush yang dibaling kasut oleh Muthathar al Zaidi, wartawan dari Iraq sambil melaungkan " This is a goodbye kiss, you dog!"... Memang padan ngan muka kau Bush. Kafir harbi yang paling jahat pernah wujud di muka bumi ni. In this image from APTN video, a man, centre throws a shoe at US President George W. Bush, background left, during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki, Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad, Iraq. On an Iraq trip shrouded in secrecy and marred by dissent, President George W. Bush on Sunday hailed progress in the war that defines his presidency and got a size-10 reminder of his unpopularity when a man hurled two shoes at him during a news conference. (AP Photo) Daku terasa ingin men...

muzakarah, moqobalah, 'bo baloh'

Bismillahirrahmanirrahim.... Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih kurniakanku sedikit kesempatan dan ruang untuk bersyukur atas nikmatNya yang tidak terhingga. Sesungguhnya tidak ada yang lebih membahagiakan selain dapat menzahirkan rasa penghargaan kepada pemilik segala nikmat, sumber segala kebahagiaan. Pagi nie aku bangun lewat lagi..bukan tak terjaga awal, tapi ntah lah..time awal boleh plak gi surau solat subuh berjemaah. Tapi yang banyaknye, solat kat rumah je. Nasib baik la stakat memulakan hidup sebagai orang yang baru grad ni aku tak de la sampai terbabas selalu. Mujur juge skang duk serumah ngn sahabat-sahabat yang sayangkan solat berjemaah... Teruja sungguh rase nye pabila membaca entri terbaru sahabat muslimah ku tadi. Aku mengkaguminya kerna kesabaran dan kesungguhannya menempuhi gelombang hidup di KUSTEM/UMT tanpa tersasar dari tujuan hidup seorang hamba kepada Tuhannya dan sebagai anak yang solehahkepada ayahanda dan bondanya. Ya..mungkin sahabat dan pemba...

Minyak lagi

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih beri nikmat nafas dan kesihatan kepadaku. Sesungguhnya nikmat-nikmatNya tidak ternilai harganya. Saya ade something nak share ngn pembaca2 sekalian.

Dari blog Tun Mahathir dan Ahli Parlimen Titiwangsa

Image
Harga Minyak Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga. Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun. Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada...

ISA 8 tahun

ISA 8 tahun Oleh: Anis Nazri KUALA LUMPUR: Tiada yang lebih memeritkan bagi mangsa ISA (p/s: melainkan) apabila tempoh penahanan mereka dilanjutkan dua tahun lagi, selepas enam tahun dikurung tanpa bicara. Menurut Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh, awal tahun ini seramai lima lagi tahanan ISA dilanjutkan tempoh tahanan. Mereka ialah Yazid Sufaat, Suhaimi Mokhtar, Shahrial Sirin, Dr Abdullah Daud dan Abdullah Minyak Silam. ”Kami sangat kesal dengan keadaan ini. Surat yang dikeluarkan kepada tahanan tidak memberitahu alasan penahanan mereka dilanjutkan. Seolah-olah mereka tidak menganggap tahanan itu manusia, ” kata beliau yang ditemui di sini, 5 April lalu. Isteri Abdullah, Siti Norma, hanya mampu melahirkan rasa kesal terhadap sikap Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang tidak mengendahkan tuntutan tahanan dan keluarga mereka. ”Sehari sebelum pilihanraya umum lalu, iaitu 7 Mac, saya dimaklumkan ...

Baik Buruk Allah yang Tentukan...

Image
Kekhusyukan Tok Guru semasa berdoa selepas solat Subuh(Munajat Perdana Rakayat Kelantan 7 Mac 2008) Alhamdulillah, hari ini Malaysia masih 'basah', dek kerana gelombang 'tsunami politik' yang melanda 8 Mac 2008 yang lalu. Aku yang kerugian kerana tidak dapat turut sama mencipta sejarah itu akur dengan kedhaifanku untuk memastikan diriku bersama barisan(baca:bulatan) pejuang Islam dan pejuang hak-hak kemanusiaan. 'Mereka' yang mendapat majoriti '9/10' itu kini sedang ber'pesta' air mata kerana berjaya memberikan 4 anak emas yang dijaga selama ini kepada 'kawan rapat' yang di'sayangi' selama ini. Moga-moga mereka akan terus begitu dan begitu. Ayuh bro...PRU-13 kita pastikan TOK GURU NIK AZIZ @ Penggantinya menjadi PM/ Khalifah Islam bagi Daulat Islamiah kita yang baru, InsyaAllah. Takbir....ALLAHU AKBAR.

Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga

Image
Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...huhu.. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum sidang pembaca blogku sekalian... Tok Guru Nik Aziz ajar anak murid mengumpat???? Kalau modal cuma sesen jangan dirasuah si billionaire. Dalam hadis Nabi, mafhumnya, "Berkatalah olehmu akan yang benar, sekalipun pahit". Jadi apa yang tak kena dengan ucapan Tok Guru sehari dua nie...Cuba kita fikirkan. Persoalan hidup selepas mati adalah antara persoalan yang sudah jelas termaktub dalam Al Qur'an dan Hadis Nabi. Lantaran itu, menjadi kewajipan atas para ilmuan Islam(ulamak) memperingatkan tentang perkara ini bagi Muslim yang lalai. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang zalim sama ada dari golongan kafir, munafiq atau fasiq. Apa kaitannya dengan isu yang nak dibincangkan nie..(boleh mengumpat). Malaysia kita mempunyai pemimpin yang fasiq. Kenapa, kerana terang-terang enggan melaksanakan hukum Islam di Malaysia dan kerana cuba menghalang orang-orang Melayu Islam yang ing...

Selamat Hari Raya Teristimewa Buat Keluarga Mangsa ISA...

In The Name of Allah The Most Gracious and Compassionate Even my English is not quite well but I'm prefer to write in this languge this time. Maybe I feel scary or too glide...Whatever... Well alhamdulillah, now I'm at my friends'rental house as I write this blog. Alhamdulillah, this time is very luxurious for me since I'm never been has this chance to write in English freely. Now let us enjoy my finding regarding on my title this time. Rabu 10 Oktober 2007 28 Ramadhan 1428 Hijrah Siri akhir: Jangan terkeliru dengan kekejaman ISA Saari Sungib abuurwah@gmail.com Sat May 12, 07 1:46:38 pm MYT Alhamdulillah, inilah siri penulisan saya yang ke-40. Ia juga merupakan siri yang terakhir. Banyak sudah rasanya yang cuba saya kongsi dan cuba saya gali iktibar daripada penahanan saya sebanyak dua kali di bawah ISA. Saya cuba luah dan kongsi segalanya agar aktivis dapat mengambil manfaat daripada penulisan saya. Saya percaya ramai lagi aktivis yang telah melalui penderitaan dan kes...