Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga


Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih...huhu..


Bismillahirrahmanirrahim,


Assalamualaikum sidang pembaca blogku sekalian...


Tok Guru Nik Aziz ajar anak murid mengumpat????


Kalau modal cuma sesen jangan dirasuah si billionaire.
Dalam hadis Nabi, mafhumnya, "Berkatalah olehmu akan yang benar, sekalipun pahit".


Jadi apa yang tak kena dengan ucapan Tok Guru sehari dua nie...Cuba kita fikirkan. Persoalan hidup selepas mati adalah antara persoalan yang sudah jelas termaktub dalam Al Qur'an dan Hadis Nabi. Lantaran itu, menjadi kewajipan atas para ilmuan Islam(ulamak) memperingatkan tentang perkara ini bagi Muslim yang lalai. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang zalim sama ada dari golongan kafir, munafiq atau fasiq.


Apa kaitannya dengan isu yang nak dibincangkan nie..(boleh mengumpat).

Malaysia kita mempunyai pemimpin yang fasiq. Kenapa, kerana terang-terang enggan melaksanakan hukum Islam di Malaysia dan kerana cuba menghalang orang-orang Melayu Islam yang ingin menggazetkan hukum Al Qur'an dan Hadis sebagai Perlembagaan negara. Mereka mengajak rakyat menolak kemampuan Al Qur'an sebagai undang-undang untuk manusia. Pelbagai dalih diberi. Masyarakat majmuklah, takut ekonomi jatuhlah, takut rakyat berpecah belahlah dan sejuta satu macam alasan yang tidak rasional dan melanggar batas-batas akidah Islamiah.


Dalam Surah Al Baqarah ayat 2: Inilah al Kitab, yang tiada keraguan padanya sebagai hidayah(petunjuk) bagi orang-orang yang bertaqwa.


Nah..sudah terang lagi bersuluh mereka tidak mahu kepada Islam. Hanya Goerge Bush,A.Sharon dan Tony Blair ikutan mereka. Mungkin juga Mustafa Kamal Attaturk. Pelbagai cara telah BN/Umno aturkan untuk menyekat perjuangan umat Islam yang hendak menegakkan hukum Allah. Padahal di sana, tersedia sumber keselamatan dan panduan sejati yang menjamin kebahagiaan hidup setiap insan.


Parti PAS yang menyesuaikan diri dengan waqi' semasa, bertanding dalam pilihanraya, sebagai salah satu jalan yang bersih walaupu pilihanraya(di Malaysia) sekarang penuh dengan 'najis Mughollazohnya' Kotor dan menjijikkan lagi menjelikkan. PAS, dari dulu lagi istiqamah dengan dasar Islam, matlamatnya tetap sama.Menubuhkan kerajaan Islam yang terlaksana di dalamnya hukum hakam Islam, yang rakyatnya mengamalkan Islam dalam kehidupan seharian.

Manifesto yang dilancarkan baru-baru ini juga membawa maksud yang sama.

Pelbagai kaedah telah digunakan untuk menyedarkan pemerintah dan rakyat yang masih lalai atau pun tidak sedar kerana bagi mereka hanya RTM dan TV3 sumber berita paling sahih, mengatasi Al Qur'an dan Hadis. Justeru teguran demi teguran dibuat dan istilah-istilah diutarakn, demi menjinakkan hati yang sudah teramat liar. Mungkin tika ini tiada lagi istilah yang sesuai digunakan melainkan perkataan keras yang sudah diajar oleh Allah dan Rasulnya sendiri. Tidak dkatakan 'bodo'(=bodoh) lagikah kalau orang yang sudah berkali-kali diperingatkan dengan kebenaran, tetapi menolaknya mentah-mentah. Tidah bangang lagikah kalau orang yang sudah jelas menyeleweng tapi kita katakan dialah yang paling amanah dan bersih. Ok lah , saya rasa cukuplah dulu untuk setaka nie. Sebarang komen, sila rujuk kat ruangan di bwh k. Wassalam.



extra info:

Comments

Popular posts from this blog

Blog Vs Facebook?