Posts

Showing posts with the label education

Menjadi guru yang sempurna

Image
1. Ntah kenapa hari ni tangan terasa ringan sahaja nak tulis blog. mungkin sebab nak guna peluang sebaik-baiknya sementara dapat online kat Hotel Usaha ni. Isteriku masih meeting di Tabika Bandar Gua Musang. Alhamdulillah. Aku berkenan untuk letak satu entri yang harap2 ku bermakna untuk semua orang. 2. "Menjadi guru yang sempurna' Tajuk ini muncul di kepalaku tatkala aku merenung ke dalam diriku mengapa aku begitu berat untuk memohon untuk menjadi guru sebelum ini. Padahal aku pernah beli no pin DPLI yang berharga RM 20 lebih, pernah cuba pergi exam M-Test dan tahun ini, sekali lagi membeli no Pin KPLI. Mungkin bulan 3 nanti pihak pengurusan M-Test akan suruh print salinan slip exam M-Test di internet. apa jua sekali pun aku tetap akan cuba. Nak tahu kenapa, tak de kerja punya pasal la. Hakikatnya rezeki yang Allah sediakan sudah termaktub di Luh Mahfuz. Cuma tinggal aku yang berusaha untuk mencari nya. Ape kan daya, taraf maqam asbab. Golongan 'awwam' kalau mengikut ...

muzakarah, moqobalah, 'bo baloh'

Bismillahirrahmanirrahim.... Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih kurniakanku sedikit kesempatan dan ruang untuk bersyukur atas nikmatNya yang tidak terhingga. Sesungguhnya tidak ada yang lebih membahagiakan selain dapat menzahirkan rasa penghargaan kepada pemilik segala nikmat, sumber segala kebahagiaan. Pagi nie aku bangun lewat lagi..bukan tak terjaga awal, tapi ntah lah..time awal boleh plak gi surau solat subuh berjemaah. Tapi yang banyaknye, solat kat rumah je. Nasib baik la stakat memulakan hidup sebagai orang yang baru grad ni aku tak de la sampai terbabas selalu. Mujur juge skang duk serumah ngn sahabat-sahabat yang sayangkan solat berjemaah... Teruja sungguh rase nye pabila membaca entri terbaru sahabat muslimah ku tadi. Aku mengkaguminya kerna kesabaran dan kesungguhannya menempuhi gelombang hidup di KUSTEM/UMT tanpa tersasar dari tujuan hidup seorang hamba kepada Tuhannya dan sebagai anak yang solehahkepada ayahanda dan bondanya. Ya..mungkin sahabat dan pemba...

Konvokesyen ke-6 UMT

Image
Bersama Mahazan, rakan seperjuangan Ibuku, terimalah kejayaan yang tidak seberapa ini Acu cuba try test kat rumah dlu..huhu.. B.Sc Biology Marine 14 July 2008

Selamat Menempuh Final Exam utk Semua budak U.

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih memberikanku kesempatan untuk hidup di atas muka bumiNya ini bagi menghabiskan sisa-sisa hidupku dan untukku mencapai matlamat kewujudanku di dunia ini sebagai khalifahNya. Ntah la, aku pun tak pasti nak tulis apa sekarang. Yang pasti aku tak nak tidur malam ni sebab dah terlebih tidur hari ni. Ya Allah...apa nak jadi pada hambaMu ini hari ni. Dah la satu waktu pun tak solat berjemaah, solat pun di rumah je. Dua kali hambamu ini bermaksiat besar dalam satu hari. Makan, tahu pulak cari sendiri. Alangkah banyaknya nikmatMu padaku Ya Allah... 1. Udara yang kusedut sehari-hari.... 2. Nasi yang kumakan saban waktu... 3. Air yang kuminum tak henti-henti... 4. Tulang belulang yang kugunakan untuk bergerak dan berjalan setiap saat... 5. Akalku yang masih waras sehingga kini untuk berfikir... 6. Pancainderaku yang masih elok walaupun dah mula pakai spek mata... 7. Kesihatanku yang sentiasa terjaga walaupun kadang-kadang ...