Posts

Showing posts from June, 2008

Serampang dua mata ke talam dua muka

Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai solat Asar berjemaah di surau Fakulti Sains dan Teknologi UMT. Syukurlah kerana dapat azan hari nie. Lama sudah aku tak dapat azan. Sesekali dapat melaungkan kebesaran Allah terasa beruntungnye. Lagi beruntung kerana dapat berjemaah dengan golongan intelektual yang komited dengan Islam. Prof Ismail, Prof Fauzi dan Doktor-Doktor lain selain daripada staf2 sokongan. Meski pun universitiku tidak segah universiti lain yang ternama namun aku masih bersyukur kerana masih punyai mereka. Mereka tidak dilalaikan oleh bebanan kerja walhal mereka bisa saja solat lewat sedikit kerana kerja sebagai profesor pasti memerlukan komitmen yang tinggi. Ape pun aku tetap bersyukur kepada Allah yang mengizinkan ku untuk solat berjemaah pada hari ini. Alhamdulillah. Seusai solat Prof Ismail yang merangkap imam pada hari ini bertazkirah. Cukup pendek dan padat. Rasenye tidak sampai 2 minit. Beliau hanya berpesan supaya ahli jemaah berhati-hati agar tidak termasuk dalam g

Bagaimana Paradigma Liberalisme memasuki kosmo hidup umat Islam Malaysia?

Muhammad Nuruddin Bashah Skuad Penyelamat Aqidah (SPAQ) Ancaman liberal di Malaysia dan hakikatnya. Setiap tamadun di dunia ini selalunya menjadikan agama sebagai substensi atau materi utama bagi pengisian yang menjadi tonggak utama kemandirin tamadun tersebut. Unsur mistik dan teologis-metos banyak digunapakai. Kata Marvin Perry, “Religion lay at the center of Mesopotamian life. Every human activity-political, military, social, legal, literary, artistic-was generally subordinated to an overriding religious purpose”[1] Pada asasnya sekularisasi umat Kristian di barat adalah punca berlakunya budaya liberalisme. Tokoh-tokoh sosial-ekonomis seperti John Locke, Rouueau, Thomas Hobbes dan Descartes (ahli matematik) bersepakat dalam melegitimasikan sekular sebagai penyelesai kongkongan gereja dan monarki beraja. Pada asalnya liberalisme hanya diperkata dalam hal ekonomi kerana tokoh falsafah barat tersenarai di atas telah mengasaskan satu paradigma baru iaitu kapitalisme. Kapitalisme adalah

Minyak lagi

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih beri nikmat nafas dan kesihatan kepadaku. Sesungguhnya nikmat-nikmatNya tidak ternilai harganya. Saya ade something nak share ngn pembaca2 sekalian.

Dari blog Tun Mahathir dan Ahli Parlimen Titiwangsa

Image
Harga Minyak Harga minyak mentah naik sebanyak 400 peratus sejak tiga tahun lepas. Lambat laun harga barangan juga akan alami kenaikan. Di negara-negara lain harga petrol sudahpun naik. Di United Kingdom satu liter petrol dijual pada kadar lebih satu pound sterling atau lebih kurang RM7. Di Amerika Syarikat harganya lebih kurang RM5.Petunjuk bahawa harga minyak di negara-negara jiran mengalami kenaikan ialah bagaimana kenderaan Thai dan juga Singapura berpusu-pusu mengisi minyak di Malaysia.Kerajaan umumkan kenaikan petrol sebanyak 78 sen ke RM2.70, kenaikan melebihi 40 peratus.Saya mungkin tersilap, tetapi ternampak kekurangan jumlah kenderaan di jalanraya hari ini. Tetapi kesannya bukanlah terhad kepada itu sahaja. Barangan pengguna, perkhidmatan dan barangan mewah akan mengalami peningkatan harga. Kos sara hidup sudah tentu meningkat. Dilihat daripada sudut lain akan tercetus inflasi dan taraf kehidupan akan menurun. Memanglah kenaikan harga petrol di sini jauh lebih rendah daripada

Senyum itu sedekah....

Image
http://www.iluvislam.com/

Kasih bapa...

Image
Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, pagi ni aku masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat-nikmat Allah yang banyak. Walaupun diri sudah banyak tersasar dari garis panduan Nya namun syukurlah, nikmat rasa bertuhan itu masih ada. Minyak minyak minyak. Ada apa dengan minyak? Sudah berapa kali terlebih sudah. Dari 30 sen kepada 78 sen. Mereka mengatakan harga minyak dikawal oleh pasaran dunia. Namun fikirlah dengan akal yang waras. Jika bapa sendiri tidak boleh menjual dengan harga murah kepada anak-anaknya kepada siapa lagi hendak diharap. Renung-renungkan , selamat beramal.

Cakap tak serupa bikin...

Bismillahirrahmanirrahim, Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah yang masih memberikan nikmat kesihatan dan nikmat kehidupan hingga saat ini untukku. Aku yang masih di awang-awangan, mencari identiti diri berasa tersentak pabila mengenangkan semua ini. Begitu sekali sifat Maha Pemurah Allah yang tidak terleka walau sesaat pun untuk sentiasa memberikanku nikmat-nikmatnya yang tidak ternilai. InsyaAllah, aku mesti sentiasa takut untuk melanggar apa jua perintahNya. Sudah empat hari aku berkampung di Institut Tadbiran Awam Negara @ INTAN untuk bekerja sebagai Support Engineer bagi Syarikat E-grip sempena SUKMA 2008 dan di sini aku dikategorikan sebagai Sekretariat ICT dengan nama Service Provider . Ape pun jua yang ingin ku coretkan di sini, ape yang pasti aku tidak begitu yakin dengan tindakanku sekarang. Mengapa pula begitu? Selama ini dan setelah beberapa tahu kebelakangan ini aku ditarbiah dengan pelbagai pendedahan mengenai ajaran Islam tercinta dan di saat-saaat seperti inilah unt