Posts

Showing posts with the label Damansara

Didikan awal terbaik untuk anak.

Pendidikan Iman: Azan dalam tempoh satu jam atau satu setengah jam selepas lahir. Anak muda hari ini lebih kenal selebriti berbanding dengn Rasulullah. Mereka lebih kenal adik-beradik artis Hollowood, Bollywood berbanding dengan adik-beradik Nabi. Cuba uji kat sapa-sapa. Berapa orangkah anak Nabi kita? Malu lah kalau tak ingat. Jangan jadi mak ayah yang "kurang ajar". Contoh kes di Damansara. Ada yang sanggup panggil jurulatih nyanyian, tarian dan vokal ke rumah untuk latih anak-anak biar pandai menari, menyanyi. Tapi Al Qur'an tak panggil pula ustaz-ustaz datang ke rumah.  Ustaz sendiri jgn jadi "kurang ajar" apa yang sepatutnya diajar kepada masyarakat. Solat. Dari segi bahasa adalah doa. dari segi istilah adalah perbuatan yang dimulai dengan takbirotul ihram dan diakhiri dengan salam. Dalam solat ada 13 rukun.  Sumber: kuliah maghrib surau Al-Huda Seksyen 10, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. 10.06.2013 (Selasa)